Hadiah Untuk Pemenang Contest Teka Bintang

Asssalamualaikum..

Terima kasih atas semua penyertaan yang telah Nys terima setakat ini. Penat tak kira bintang2 nih? Hehe.. Agak-agaknya siapa yang telah berjaya meneka dengan tepat? Kalo tengok2 kan..... Oh.. Belum masanya untuk memberitahu tentang pemenangnya.

Sementelah sepurnama memikirkan tentang hadiah untuk pemenang nanti, maka kini ingin diumumkan bahawa pemenang akan mendapat pakej perjalanan ke bintang. Alamak.. takbley2. Nys pon tak sampai bintang lagi. Hadiahnya sesuatu yang berbentuk bintang. Adakah bintang di langit? bintang di dalam gelas? Atau bintang2 di jalanan? 

Nys tak beli lagi pon hadiah. Nga tunggu cuti mid sem nih boley la g beli. Kan masa tu contest pon tamat masa cuti.

Kepada yang bakal bercuti, selamat bercuti..


Nak join jugak? Klik SINI yer.. Sebelum 6 Feb 2011 yer sebab 5 Feb tu kira hari last la kan.

Senarai peserta "CONTEST TEKA BINTANG"

Assalamualaikum.

Hari ni Nys update senarai peserta yang join contest setakat nih. Lepas nih kalau sesiapa nak check nama just tekan dekat tab "Senarai Peserta" di atas yer.
Terima kasih atas sokongan anda semua.

  1. mirahashime
  2.  nanakimie
  3.  uNa
  4.  AROL DSHW
  5.  Muazz Adley
  6.  zaikulim
  7.  CuteMum
  8.  eB
  9.  Jieda 
  10.  hezrina
  11. MamaEma 
  12. Dini
  13. atie
  14. ifa
  15. Mika
  16. aQeidieQa
  17. Mrs. Asida
  18. lIfE StIlL gO On 
  19. anin
  20. Miza
  21. cik bintang
  22. fadzilah
  23. vyerheart
  24. nadratul
  25. cikpuanhady
  26. sakilascraft 
  27. aanie
  28. rafolian
  29. affiza
  30. lurun nauzzi namzar
  31. budak kedah
  32. LiSsA
  33. Nana
  34. myssmie
  35. shaizhar
  36. cik zai penang 
  37. fateen
  38. noor fatin
  39. miera
  40. shera
  41. zuneta
  42. cempaka
  43. Putri_Aizat

      Untuk makluman peserta, jumlah bintang hanyalah yang berada di dalam cawan tak termasuk hiasan di tepi. Terima Kasih.. ^__^

      MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
      (xde kne mengene)

        AWOKPENYU.KIDZ GIVEAWAY

        Contest by: Ini Blog Aiman
        Dateline: 25 Februari 2011

        Nys join sebab nampak katak di atas.. Hehehe..

        Bayangkan Jika Mereka Adalah "MANUSIA"

        AlaA.. Kepala da jatuh...

        Erm.. Ari ni kita masak sup orang nak tak?

        Chip..chip..chip.. Makanla..

        Pukul lagi.. Blasah die..

        YeaY!.. dapat hadiah..

        Ok.. say "PEOPLE"

        Kecewanya aku...



        p/s: Seram weh.. haha


        Sumber: omygod.my

        CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !


        Contest by: Siti Fatimah
        Closing date: 1 Mac 2011
         

        Gambar yang dipertaruhkan:


        Kalau Nys menang, Nys nak wang tunai RM100.
        Kalau tak boley wang tunai, dress @ set blouse+seluar.
        (banyak songeh lak.. ^__^)

        Tag:

        Renungan 2 | Sayangi Ibu

        Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu... adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”

        (al-Bukhari)

        Siapakah Lelaki Sejati?



        LELAKI SEJATI........

        Adalah mereka yang menundukkan pandangannya darimu, bukan kerana kau tak layak dilihat, namun kerana ia tahu kau begitu indah....

        Adalah mereka yang tak ingin menyentuhmu sedikitpun, bukan kerana jijik padamu, tapi kerana ia taat dengan apa yang diperintahkan oleh Tuhannya....

        Adalah mereka yang tak mudah mengasyikkan kata kasih dan cinta, bukan kerana ia tak memilikinya, tapi kerana ia tak ingin keduanya hanya atas nafsu belaka

        Adalah mereka yang tak ingin berada di dekatmu, bukan kerana benci padamu, tapi kerana ia takut bisikan syaitan datang menyapa

        Adalah mereka yang datang padamu dengan akad yang pasti, bukan dengan janji palsu yang berlabuh tanpa jelas tujuan dan arah.

        Untuk semua saudariku,

        Jangan sampai nafsu melenakanmu.

        sumber:  http://www.facebook.com/album.php?fbid=137639256274717&id=100000859306511&aid=13792

        Profile Unik Untuk Facebook

        Assalamualaikum..

        Selamat.......tengah malam! Ari ni nak share sesuatu ngan korang.. Aku taw pasni korang mesti buat punya. Ape yang aku buat? Jom kite terjah...


        Inilah profile facebook aku yang baru. Baru jer buat beberapa minit yang lepas. Menarik tak? Lagi besh kalo ade gamba2 yang unik sesuai untuk buat macam nih.

        Senang jer pon wat bende nih. Just pegi kat www.profile-maker.com

        Selamat mencuba! ^__^

        Aku disengat! T__T

        Assalamualaikum..

        Waa.. Sungguh malang pagi ni sebab awal2 pagi sesudah subuh, ntah mane datang serangga penyengat masuk ke dalam bilik aku. Dok kat lantai lak tuh.. Then aku pon telah terpijak beliau lalu beliau menyengat jari kaki tu. Sakit wo0.. masih berbisa sampai sekarang nih.

        bentuk die cani tapi takde belang2 kuning. Ape ek?
         Serius sakit berdenyut2. Meleleh gak lak air mate aku. Tapi skang aku terpaksa bangun walaupun cuti Thaipusam. Ada meeting + jamuan. Bukan sempena Thaipusam yer. Aku tak sambut  pon. Huhu(tawa dalam kesakitan)

        Ok laa... Cukupla mencoret di sini.. Maw pegi mandi(jalan da cam tempang)

        Bajet Awal Sem...

         Assalamualaikum..


        Terfikir2 untuk menaip. Nak share la ape yang berlaku kat aku skang nih. Bagi yang still blaja for 1st year n dapat pinjaman PTPTN, korang mesti trok gak la sem nih. Aku nih? tak dapat PTPTN pun. Da tersekat sebab tukar kos. Mengharapkan biasiswa PM(pa & ma). Nak mintak lelebih aku sian gak la kan. Adek2 ade lagi 2 orang skola. Yg sorang dok kat kolej mara tu takpe la, ditanggung beres.



        Jadi patutnya yang dapat PTPTN yang jumlahnya lebey kurang RM1500 mengalami nasib yang sama ngan aku la.

        RM1500 / 5 = RM300

        RM300 untuk bulan pertama bukak sem ni korang agak2 la cukup ker?

        Barang2 keperluan + buku + assignment + ........ = RM130++

        Makan = ??

        Nasi berlauk (ie ayam + sayur) = RM 3.50
        Nasi goreng kedai luar = RM 3.50
        Nasi goreng kafe(ie n.g.kampung) = RM 2.50

        Adakah korang akan makan nasik berlauk setiap hari? Ataupun korang nak makan nasi goreng kampung setiap hari?? Mesti ada masa nak gak makan selera lain. Macam McD ker, KFC ker..
        Tapi cukup ker kalau....

        RM300 - RM130 = RM170

        Kalau korang makan 2x sehari?

        ie:  RM3.50 x 2 = RM7
             RM7 x 30    = RM210...???

        Oh no! Lebih bajet..http://www.emocutez.com Then cane lak kalau yang jumlah RM130 tu adalah lebih dari itu? Of coz tak cukup. Untuk mencukupkannya, terpaksa la mengurangkan makan kepada sekali sehari ataupun korang terpaksa mengikat perut di hujung bulan.

        Biasanya student yang dapat PTPTN nih die akan ikat perut bila ujung sem sebabnya terlebih bajet di bulan2 awal.

        nota kaki busuk: Terpaksa wat part time la nampaknya..

        Menggapai Cahaya

        jika kau di dalam kegelapan
        kemudian kelihatan akan cahaya
        yang menyinari jalanmu
        jangan kau berpaling lagi
        dan menganggap cahaya itu
        bukan menjemputmu
        sebaliknya kau harus menggapainya
        agar ia benar untukmu
        dan akan membawa kau
        menuju cinta yang satu


        Kepandaian di tempat yang salah

        Hai semua.. Jom gelak2 jap. Jangan la tension2. Taw la assignment da melambak skang nih. Tak best la gelak sensorang. Jom kite tengok kebijaksanaan tahap cipanzi budak2 nih menjawab soalan dengan kreatifnyer.

        Kalau tak nampak gambar untuk besarkan. Tak nampak jugak?? Dalam cite P.Ramlee kate anak haram. Huhu.. Gurau je naa.. Jangan mara..






        sumber: google & facebook

        Doa Orang Terdesak

        Assalamualaikum...



        Gambar ini diperolehi dari facebook. Seperti yang kita tahu doa itu mestilah sesuatu yang baik. Tidak boleh mendoakan keburukan orang lain. Tapi oleh sebab terdesak sangat, sanggup mendoakan keburukan orang lain atas kepentingan diri sendiri.

        Rasulullah saw bersabda : “Janganlah kalian berdoa atas diri kalian kecuali dengan kebaikan, karena Malaikat mengamini apa yang kalian katakan” (HR.Muslim)

         Tetapi kalau doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan kerana ia untuk keselamatan diri bukan pula untuk kepentingan diri.

        Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". (H.R. Bukhari dan Muslim)

        Jadi, baik kita nilai kembali apa yang telah kita doakan. Moga kita sentiasa mendoakan kebaikan dan doa kita dimakbulkan oleh Allah.
        Amin...

        Cinta Nobita dan Sizuka



        Di suatu malam depan panggung wayang…

        Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
        Nobita : A’ ah xbosan. Best!
        Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
        Nobita : Errr~ hehe..

        Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
        Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
        Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
        Nobita : Errr~ hehe..

        Mereka pun menuju ke i-City..

        Sizuka : Awk, sy cantik x?
        Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
        Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
        Nobita : Errr~ hehe..

        Mereka pun tiba di i-City..

        Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
        Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
        Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
        Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
        Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
        Nobita : Errr~ huhu..

        Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
        Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
        Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
        Nobita : Errr~ huhu..

        Mereka pun pulang..

        Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
        Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
        Sizuka : Buktinya??
        Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
        Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
        Nobita : Eh..errr~ huhu

        Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
        Nobita : Eh..mestila! hehe
        Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
        Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
        Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

        Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
        Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

        Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

        Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
        Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

        Nobita : ......

        [Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

        peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri yg teramat hina ini~

        sumber: facebook

        Tonton drama KOREA di MADUU!


        Mesti tonton Drama Korea streaming website terbaik di Malaysia!

        Tonton semua drama Korea terhangat dan terbaru PERCUMA di Maaduu! Stream video berkualiti tinggi tanpa muat turun atau buffering. Dapatkan semua drama yang menakjubkan seperti Boys Over Flowers, Cinderella Man, Coffee Prince Slave Hunters dan banyak lagi sekarang!

        Om Nom Nom your way through, and WIN a trip to Hong Kong!


        Okey. Soalan Pantas! Adakah anda hidup untuk makan atau makan untuk hidup?

        Kami membawakan anda sebuah contest luar biasa yang merupakan "Maxis Om Nom Nom Race". Eksklusif untuk Nuffnang Blogger, 60 blogger paling kreatif akan berpacu dengan waktu untuk menyelesaikan cabaran pelbagai makanan di seluruh Malaysia dan memenangi hadiah utama! Menulis posting blog berjudul "Satu Langkah Lebih dekat ke Maxis Om Nom Nom Race", dan beritahu kami mengapa anda akan senang untuk menjadi sebahagian daripada Maxis Om Nom Nom Race. 60 entri blog terbaik akan dipilih untuk menyertai dalam Maxis Om Nom Nom Race dan hadiah menarik untuk menang!

        Ada 2 hadiah utama untuk dimenangi.

        2 pasukan yang memperoleh mata terbanyak akan memenangi berikut:
        Hadiah Pertama: Sebuah perjalanan ke Hong Kong 3 hari 2 malam penginapan dengan 5 Star (bagi ahli pasukan pemenang dari 4 pax) bernilai RM10, 000 - (Dan juga 1 HTC Keinginan Z untuk setiap ahli)

        Hadiah kedua: 4 x HTC 7 Mozart - 1 pada ahli menang. Semua 60 peserta akan dihargai dengan goodie bag Maxis.

        Cepat cepat! Jangan lewatkan kesempatan ini.

        Contest berakhir pada 12 Januari 2011.

        Mark Zurkerberg Suruh Buat Twitter & Myspace

        Kecoh pasal facebook nak tutup pada 15 Mac 2011, maka Zuckerberg membuat kenyataan di facebook milik beliau. Ape die cakap? Jom kite tengok...

        Top 5 Paling Hensem 2010!

        Assalamualaikum...

        Hai semua gadis² or janda² yang ada di luar sana. Hari ni nys ada pula top list jejaka2 idaman anda semua. Kalau berkenan boley la pm Nys. Nanti Nys kasik no.fon n emel diorang.






        generated by: http://www.mono-1.com/monoface/main.html

        Top 5 Paling Cun 2010!

        Hai sume jejaka2 diluar sana. Jom usha awek paling cun di alam semesta ini yang takkan dijumpai di tempat2 lain selain di blog ini. Kalu berkenan pm me ok..





        Jom ke Kursus Pra Perkahwinan!



        Assalamualaikum...

        Anda bakal berkahwin? Akan berkahwin? Bulan depan? Tahun depan? Atau tahun-tahun seterusnya?

             Kepada rakan-rakan yang berada di USM atau di sekitar Pulau Pinang, anda semua dijemput ke Kursus Pra Pekahwinan yang dianjurkan oleh Desasiswa Aman Damai dengan kerjasama Pusat Islam USM, Kampus Induk Pulau Pinang. Tawaran terhebat! ^^,


        Facebook nak tutup....??

        Assalamualaikum..

        Eyt..watpe tu? online facebook?  Online la puas2. Dalam lebey kurang 2 bulan ni je la korang dapat online fb kesayangan korang tuh.. Nanti kawan korang yang beribu2 tuh da takde daa. Sedey tak? Cop..cop..ape aku merepek nih?



        Hey.. Aku tak merepek la.. Mark Zuckerberg yang bitaw aku.. Takde la.. Dia bitaw kat press conference. Dia kate fb nih dah tak terkawal da. Jadi die nak tamatkan perkhidmatan fb ni sebab da stress ngan bendalah nih. Alahai Zuckerberg. Jangan la buat camtu.. Sian la kat penguna2 fb yang beriban2 nih. Berita sepenuhnya bacalah kat SINI.

        Oh.. Putera Amar!

        Assalamualaikum...

        Alamak.. da ketinggalan rupanya.. Da seminggu da cerita Putera Katak tu da abes. Ni lambat tahu sebab tak ngadap tv. Ari ni ade mase lapang pegi la menjenguk www.tonton.com.my. Tu yang baru tahu cite ni da abes..

        Klaka tol la cite dongeng cani nih. Tapi ok what. Haha.. Malaysia bley improve lagi dalam wat animation yang lebey real. Macam kalo katak bercakap or mase die melompat tuh bia cam cite omputeh tuh. Takde la nampak katun camtuh. Tapi ape2 pon besh la sebab ianya pasal KATAK!
        Hehehehe..

        Cite pon da abes kan.. boley tak kasik putera tu kat Nys??

        Nset wat hal!!

        MySpaceHuh.. Aku bengang nih.. Ape masalah nset aku nih?  Da la masa cuti ari tuh da wat hal.. xley anta mesej. Skang nih takleh call plak? Argh.. Aku bengang tol la.. Orang tepon jer aku tak dengar. Ingat line prob ker.. Ni ternyata nset aku yang wat hal. Ari tuh da melayang rm40(dwet bapak aku). Ni kalo repair bape lak. Takkan nak soh aku beli nset len.. Baru setahun lebey ler aku guna. Grr.. Bikin wa mara jer malam2 nih. Nak kne g meetaing lak pasni.. Malas tol laa.. Huh.. Huh.. geram3!!!

        Day 30 | A photograph of myself today + three good things that have happened in the past 30 days

        Assalamualaikum and g0od evening!...

        Yeay! Last entry... Ini akan menjadi entry penutup untuk task 30 things in 30 days..

        Actually ari ni aku tak sehat ngat. So muke pon cam hape tah. Nak tengok gak ker? Tengok ler.


        3 + 1 good things happened in the past 30 days

        1) Aku ngah bercuti
        2) Blajar wat felt craft
        3) Blajar wat cupcakes
        2) Adek aku dapat 8A PMR

        Jom belajar buat ayat | Episod 1

        Assalamualaikum dan selamat malam.

        Hari ini kita akn belajar cara2 buat ayat guna no plat. Anda kenal apa itu no plat??

        Ini lah contoh no. plat. Takkan tak tau lagi.. Duhh..


        Jadi ayat kita hari ini adalah:-

        Jumpa lagi di episod akan datang.
        Sekian terima kasih.

        Day 29 | Something I could never get tired of doing

        Assalamualaikum..

        Awal tol taip blog ari nih. Ni aktiviti untuk mengelakkan tido di waktu pagi. Kelas pukul 10 jap lagi. Masih awal untuk mandi.

        Apakah yang aku tak penah penat untuk buat? Jawapannya di sini.. BLOGGING! Aku suke menaip nih.. Walaupun tah pape jer aku tulis tapi aku tak kesah. Aku jugak tak kesah kalo orang tak baca blog aku nih. Ni just untuk suka2. Tapi betul ke aku suka blogging nih? Sebab aku penat dok ngadap laptop online jer..

        Blog = online

        Penat = online

        Blog = penat....??


        Erk.. Haha.. abaikan.. Sshhhhuuhh3.. gi mandi nuh.. 

        Vortex oh Vortex

        Assalamualaikun dan selamat tengah hari...

        Pakat mai sini, pakatmai pesta penang. Oops.. Sory la lambat jemput. Sebab ari ni da last pesta ni. Datang lagi tahun depan. Hikhik.. Hari ni aku nak share pengalaman aku naik vortex(salah satu game yang paling mencabar kat pesta).


        Tinggi o0o.. gambar goyang sebab bende tu nga gerak. Amek guna fon je pon.
        Masa nak main ni, seseorang telah dipaksa rela untuk naik jugak. Siap merayu bia aku tukar fikiran. Takut muntah la. Takut jadi pape la.MySpace Maafla yer. Keputusan adalah muktamad. Hahahaha.. Then aku lak disuruh dok kat tepi bahagian lua(cam pompuan baju merah tuh duduk). Hoho.. takde masalah.. Kang taknak nanges lak. Huhu..
        image: google

        Disebabkan aku tak pegang fon tyme naek bende nih, so takde la pemandangan dari atas bendalah nih. Boley tahan seram gak la. Tapi co0l la beb. Terbalik2 aku. Tapi aku top mata tau. Bila lagi nak menghayati pemandangan dari atas sambil berpusing2 kan.

        Lepas da abes main beliau kata takde la menakutkan. Eleh.. Padahal before main dia lah yang paling gelabah. Hahahahahahahhaa..

        Kepada yang belum pernah naik lagi, cuba la naik. Sapa yang kat penang boleh pergi malam nih. Sapa yang jauh tu pergi akhir tahun ni pulak.


        p/s: jangan marah yer mr.caer atas pendedahan eksklusif nih.. http://www.smileycodes.info

        ✿ Blog Archive ✿

        Powered by Blogger.

        ✿ Mutiara Kata ✿

        Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
        [4:100]

        Anda juga mungkin meminati:

        Related Posts with Thumbnails

        ✿ Kelab Sk0deng ✿

        Instagram