Thursday, September 14, 2017
Resepi | Muffin Milo
Muffin Milo
4 sudu Milo
4 sudu tepung gandum
4 sudu gula halus
4 sudu minyak
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Badam dan cip coklat
Campurkan semuanya (kecuali badam dan cip coklat) ke dalam bekas. Putar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas muffin.
Bakar dengan suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Friday, September 8, 2017
Resepi | Tuna Macaroni Baked
Resepi Tuna Macaroni Baked
Bahan-bahan
Minyak zaitun
Bawang holland - 1 biji (potong dadu)
Bawang putih - 2 ulas (cincang halus)
Oregano - 2 sudu besar
Sos prego carbonara - 1 tin
Susu segar @ cooking cream - ½ cawan
Makaroni - 200 g
Tuna in olive oil - 1 tin
Chilli tuna - 1 tin
Sekeping cheddar cheese
Mozarella cheese - 1 paket
Garam - jika perlu
Cara-cara
- Rebus macaroni sehingga lembut. Tos dan asingkan seketika.
- Toskan tuna. Hancurkan dan asingkan seketika.
- Panaskan minyak zaitun. Kemudian tumiskan bawang holland, bawang putih dan oregano sehingga agak layu dan naik bau.
- Selepas itu masukkan sos prego carbonara dan cooking cream. Kemudian masukkan cheddar cheese. Kacau sehingga rata. Masukkan tuna. Kacau lagi sehingga sebati.
- Kemudian masukkan macaroni ke dalam sos tadi. Kacau sebati. Tuang kesemuanya ke dalam loyang bersaiz 8" x 8".
- Akhir sekali taburkan cheese mozarella ke atas macaroni dan bakar ke dalam oven dengan suhu 200°C selama 15 - 20 minit.
Selamat Mencuba!!
**Nota kaki:
Resepi menggunakan dua jenis tuna yang berbeza. Tetapi anda boleh memilih sama ada menggunakan 2 tin tuna in olive oil(tak pedas langsung-boleh tambah black pepper) ataupun 2 tin chilli tuna(pastinya akan menjadi agak pedas untuk dimakan oleh kanak-kanak).