Saturday, January 28, 2012

Resepi | Popia Gunting Pedas

Nampak sedap kan popia nih? Special edition 1st try.




Bahan-Bahan:
1 paket kulit popia

15 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
(kisarkan)

gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa(jangan banyak,nanti masam)
sedikit perasa
sedikit daun kari(digoreng)
sedikit bijan(digoreng)

Cara-cara:
1)gulung kulit popia hingga habis dan gamkan dengan air yang dibancuh dengan sedikit tepung jagung pada hujungnya.
2)potong dengan gunting secara menyerong
3)goreng dengan minyak sehingga masak/kekuningan.
4)angkat dan toskan
5)tumis bahan kisar tadi dengan minyak
6)selepas 10 minit,masukkan air asam jawa,gula,garam dan perasa
7)biarkan sehingga masak dan ke tepikan
8)masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal yang sudah dimasak,bijan dan daun kari tadi.

4 comments:

  1. bijan 2 putih sangat.. takut lak tgk.. wahaha

    ReplyDelete
  2. @athirah
    putih itu bersih.. kesan pantulan cahaya

    ReplyDelete
  3. salam, x pe ke popia tu digaul dgn sambal yg masih panas? ke nk kena tunggu sejuk sambal tu baru gaul?

    ReplyDelete
  4. salam, x pe ke popia tu digaul dgn sambal yg masih panas? ke nk kena tunggu sejuk sambal tu baru gaul?

    ReplyDelete

Takkan baca jer.. Komen la jugak.. (●*∩_∩*●)