Thursday, April 12, 2012

Resepi | Tart Blueberry Cheese

Assalamualaikum..

Ni kali kedua aku buat tart ni. 1st tyme ari selasa lepas. Tapi guna custard sebagai filling die. Tapi kali ni aku guna cream cheese plak. Aku kurangkan manis die, kalo tak kencing manis makan bende nih banyak2. Aku buat separuh adunan jer.

Bahan-bahan (36 biji - acuan 4cm)
Sugar dough
85g mentega
30g gula kastor
1/2 biji telur
130g tepung gandum
sedikit perasa vanila

Filling
125g cream cheese
25g gula aising
10g mentega
1/2 biji telur
Blueberry pie filling

Cara-cara(sugar dough)
  1. Putar mentega, gula kastor dan perasa vanila sehingga lembut. Putar sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli adunan sehingga menjadi doh.
  4. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180°C untuk 15-20 minit


Cara-cara(filling)
  1. Putarkan cream cheese, gula aising dan mentega sehingga lembut. 
  2. Masukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. 
  3. Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 10 minit . Filling tersebut nampak macam kering sedikit.
Aku blasah jer corak atas tuh.. Muahaha (~o ̄▽ ̄)~o


Tiap kali cuti Aku nih macam masuk kelas memasak plak.. (─‿‿─)

No comments:

Post a Comment

Takkan baca jer.. Komen la jugak.. (●*∩_∩*●)