Friday, December 21, 2012

Solat..? Nantilah dulu...

Assalamualaikum.

Solat itu tiang agama. Tiada tiang runtuhlah agama ibarat rumah tiada tiang. Ramai yang tahu tapi ramai jugak yang buat-buat tak tahu.

Assignment dengan solat mana lagi penting?

Alaa.. assignment tak siap lagi ni. Nanti tak sempat nak hantar kena hantar sebelum pukul 2.

Sanggup mengadap assignment berjam-jam tapi ank berhenti 5 minit untuk solat pun susah? Salah siapa yang buat kerja last minit. Kalau buat assignment tengah malam, sanggup berjaga sampai pagi. Tapi tak sanggup berjaga buat qiamullail.

Shopping dengan solat mana lagi penting?

Sakan bershopping, bersuka ria dengan kawan-kawan. Pergi BJ, QB, Gurney, pesta.....

A: Weyh.. Kita tak solat solat maghrib lagi nih
B: Nanti la jap lagi

Jalan punya jalan berkumandanglah azan Isyak. Maghrib tah kemana. Dosa jer yang dapat. Berbaloi ke? Waktu biasa solat je macam biasa. Tapi bila keluar pergi mana-mana, pandang ringan je solat. Ada kawan yang jenis alim sikit, barulah solat. Kena pulak keluar dengan orang yang memang tak solat, memang diri yang tak kuat iman pun sekali join. Macam nak kata kalau keluar tu tak solat pon takpe lah. Alasannya:-
  • Surau kecik sangat (gilir-gilir)
  • telekung kotor (bawak sendiri punya)
  • Tak tahu surau kat mana (tengok map, tanya orang)
  • Sempat solat balik nanti (lagi setengah jam nak habis waktu)
  • Bukan selalu pun tinggal solat (mati tak kira waktu)
  • Nanti kalau tak sempat qada' je lah (qada' kejadahkah?)
  • dan lain-lain

Solatlah di mana sahaja

Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa keuzuran hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu. Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya. Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu (tidur setelah masuk waktu solat) dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak (assignment, shopping, karaoke,dsb).

Ini adalah untuk peringatan aku sendiri dan kawan-kawan. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang sengaja meringan-ringankan solat. Amin....

No comments:

Post a Comment

Takkan baca jer.. Komen la jugak.. (●*∩_∩*●)