Katak Si Katak Lompat....


 
Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi Tinggi,
Cepatlah Adik Cepat,
Cepatlah Bangun Pagi Pagi..


Huhu.. Tibe2 terkenang lagu zaman kanak-kanak. Nape aku tulis lagu ni? Sebab aku nak cite minat aku yang mungkin akan dianggap pelik oleh sesetengah orang. Apa minat yang pelik tu yer? Actually aku suka giler ngan makhluk amfibia yang dipanggil katak nih..
Nape katak?! Takde makhluk laen ker nak minat? Minat setiap manusia nih berbeza. Kalo sume orang ni ade minat yang same, abis la dunia berantakan. Kang d0k minat kat laki yang same, p0mpan yang same, kete yang same, umah yang same...berebut-rebut jadinye. Ish3.. Berbalik kepada cite.. Cane aku ley tergerak ati untuk menyukai makhluk Tuhan nih?
Al-kisah...Dulu masa aku tinggal kat Kemaman, Ganu kite. Mase tu lebey kurang form 1 or 2 la kot..umah aku ni selalu jer ade katak masuk dalam bilik air. Kalo adek-adek aku masuk tyme makhluk nih ade, konfem2 la menjerit2 cam orang sewel. Aku ni lak jenis steady, cool jer.. Tak suke la nak jerit2 nih.. Kalo takut something tuh,aku ley wat relex jer.. Then, ade satu hari tuh, aku masuk toilet(nak buang air la kan) ada la makluk dua alam nih dok bertape kat sudut. Aku taw makhluk nih mane kaco orang. So aku troskan je la hajat aku. Disebabkan perasaan ingin tahu(curious) yang terlampau, aku nak sgt cube sentuh makhluk tuh. Nyut..nyut..Aku tekan badan die ngan jari telunjuk.. Waaa..lembeknye.. Pastu try dua jari lak.. Eeee...berlendir.. Da ngengade ngat nak sentuh, pastu aku tros jek amek ngan tangan.. Katak kat uma besenye x aggresive.. die dok diam2 jer.. Lompat pon tak tinggi mane.. Sejak dari peristiwa tu, memang aku tak takut la katak.. Aku siap wat maen lak tuh.. mak marah p0n wat taw jer.. Siap nyakat mak ngn adek2.. Ade skali tu. Mak aku nga iron baju.. Aku takde pegang katak pon tyme tu, cume nak nyakat mak jer.. Aku cakap, "Mak, nah katak!" Mak aku ape lagi, "Haa..bagi2.. kene kang(sambil menghalakan iron kat aku)".. Huu..nasib dok ja0.. kalo tak abeh da melecur aku.. Hakhak.. Besela nakal2 sket2 tuh kan..

 
Haa.. ni dia koleksi aku berunsurkan katak.
Masih ada lagi yang tak masuk lam gambar.



Ni katak bulat. Tinggal kenangan je la. Tak taw la id0p lagi ke tak. Sebab aku da kasik kat orang. Semoga dia sihat sejahtera.. Windu lak kat die..
 




Dapat cam tak? Ni gamba dari cadar katil aku.. Ada kat gambar kat atas.


Hasil kreativiti aku.
Di dinding bilik C1.1.11, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS).

DugAanNya...

Dijadikan manusia berpasang- pasangan. Sesungguhnya pasangan lelaki adalah perempuan. Dari awal kewujudan Adam dan Hawa. Hawa diciptakan daripada rusuk kiri Adam. Bukan dari kepalanya untuk jadi atasannya. Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas. Melainkan dari sisinya untuk menjadi pendamping hidupnya. Dekat dengan lengan untuk dilindungi, dekat dengan hati untuk dicintai.

Kita bercinta kerana perasaan itu dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya. Itu telah menjadi lumrah dan naluri kita dan kita tidak boleh halang perasaan itu. Seharusnya cinta kepada manusia itu adalah kerana Allah agar kita tidak tegelincir dari landasannya. Mengagungkan cinta Allah daripada cinta manusia kerana cinta Allah itulah yang kekal abadi selamanya.

Cinta itu ibarat benih,
oleh itu hendaklah di tanam pada tanah yg subur. Kemudian perlulah disiram setiap hari dan dibaja bila perlu. Sekiranya dijaga dgn baik, maka berbungalah ia. Jika dijaga dengan lebih baik akan menghasilkan buah. Tetapi kalau ditinggalkan tanpa disiram, pokok yang ditanam tu akan layu. Kalau tak dibaja,ianya takkan berbunga. Kalau dikasari maka dahannya akan patah.

Cinta itu ibarat rama-rama,
makin kita kejar,makin ia lari dari kita. Namun bila kita tidak mengejarnya lama-lama ia akan datang juga pada kita tanpa kita menyedarinya. Tetapi apabila kita sudah memilikinya, kita bermain dengan kecantikan die. Kita cuma tertarik dengan kecantikannya dan kita langsung tidak terfikir dengan ikhlas bagaimana Tuhan mnjadikan ia dan kita langsung tidak tahu untuk menghargainya hingga suatu saat kita tidak sedar bahawa kekasaran kita telah membunuhnya dan melukakan dirinya yang lembut.

Apabila cinta datang menyapa kita, janganlah kita hanyut dibuai cinta. Kenalilah cinta, fahamilah cinta. Mencintai seseorang itu biarlah pada haknya. Apabila kita telah mengenali seseorang terdetik di hati kita bahawa dialah yang kita cari selama ini. Cinta tidak buta tetapi cinta membutakan hati kita. Membuatkan kita segalanya tampak indah belaka. Perlulah kita ingat, jangan kita terlalu mencintai kerana ia mungkin akan bertukar menjadi benci satu hari nanti. Dan jangan pula terlalu menbenci kelak akan muncul perasaan sayang padanya.

Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukanlah milikku, tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu....

Sweetness Of Love








Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]