Peplum..plum..pelam

Assalamualaikum..

Sedang aku dok mencuci mata dekat fb, tengok2 la ada  jual baju murah. Aku berkenan sangat dengan satu baju ni. Memang baju aku banyak jenis macam tu. Survey punya survey ade la yang letak nama baju macam tu namanya "peplum". 

Apakah peplum?
Ia bukan sejenis buah plum ataupun mempelam.



Tapi ia adalah fesyen baju kembang2 gitu. Macam gambar kat atas nih. Laa.. Baru aku tahu. Sekarang ni memang trend peplum ni. Aku da buat fesyen ni kat baju raya aku dua tahun lepas dah.


Baju ni aku design sendiri. Aku lukis then aku cakap kat mak aku, "Mak, nak baju raye macam ni.". Baju ni mak aku yang jahit. Kalau nak tempah jahit baju sila roger.. (●⌒∇⌒●) Agak labuh sebab mak aku wat cam labuh baju kurung jugak la. Dah habis raya aku soh mak aku alter balik sampai paras peha camtu. Masa ni memang aku tak pernah dengar pun istilah peplum.





Aku berkenan pulak peplum yang 2 layer. Mungkin boleh buat untuk baju raya tahun depan. Tak pun baju tunang ke.... Wekk.. Perasantan jer..

Tatatititutu~~

Shopping peplum dekat sini:

Jubah Impian Online Boutique
Airisya Suffya Full

2 mikroorganisma:

♥~~Rino@~~♥ said...

Hai..Jemput view n follow di http://rinoalytionista.blogspot.com/ Boleh tgk koleksi Peplum Blouse 2 Layer pd harga serendah RM49!TQ

RaraTan said...

lawanyeeee. boleh tempah ke ? nakkk .

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]