Showing posts with label Popia. Show all posts
Showing posts with label Popia. Show all posts

Resepi | Popia Gunting Pedas

Nampak sedap kan popia nih? Special edition 1st try.




Bahan-Bahan:
1 paket kulit popia

15 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
(kisarkan)

gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa(jangan banyak,nanti masam)
sedikit perasa
sedikit daun kari(digoreng)
sedikit bijan(digoreng)

Cara-cara:
1)gulung kulit popia hingga habis dan gamkan dengan air yang dibancuh dengan sedikit tepung jagung pada hujungnya.
2)potong dengan gunting secara menyerong
3)goreng dengan minyak sehingga masak/kekuningan.
4)angkat dan toskan
5)tumis bahan kisar tadi dengan minyak
6)selepas 10 minit,masukkan air asam jawa,gula,garam dan perasa
7)biarkan sehingga masak dan ke tepikan
8)masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal yang sudah dimasak,bijan dan daun kari tadi.

Resepi | Suci Dalam Debu

Assalamualaikum...

♫♩ Engkau bagai air yang jernih. Di dalam bekas yang berdebu 


Ari ni bukan nak cite pasal lagu Suci Dalam Debu.. Tapi nak cite pasal kuih Suci Dalam Debu. Kuih ni name camni mungkin sebab berdebu. Ada yang tak kenal ke kuih nih? Mungkin pernah makan tapi tak kenal nama. Tak mustahil gak ada yang tak pernah makan dan tak pernah dengar pun nama kuih nih.

Haa.. Cani la rupe die.. Aku buat yang gulung
Yang ni versi lipat.. Aku buat siket jer yang nih..

Aku bagi la resepi cane nak buatnya.. Tak susah pon.. Senang sangat.. Pastikan buat banyak2.. Sebab kalo mengadap ni cepat jer habis..

Bahan-bahan
Kulit popia
Nestum
gula halus
*susu tepung (kalau takde pon takpe)

Cara-cara
  1. Gulungkan kulit popia. Pastikan ia tidak terbuka. Untuk melekatkannya, gamkan dengan air yang dibancuh dengan sedikit tepung jagung pada hujungnya.
  2. Potong gulungan kulit popia lebih kurang 1 inci. ( tak perlu guna pembaris :p)
  3. Panaskan kuali sehingga betul-betul panas.
  4. Masukkan kulit popia  ke dalam kuali. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak dan garing.
  5. Kisar nestum, susu tepung dan gula bersama. (sukatan ikut sesedap rasa sendiri)
  6. Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam campuran tadi. Golekkan sampai habis popia goreng. (aku letak dalam balang, pastu kocak2 jer..jangan kocak kuat2 hancur la nanti)

Ok.. Sekian..
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]