Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Misi "Menjadi Wanita Solehah"

Assalamualaikum.

Bukan susah pun nak jadi wanita solehah. Cuma perlu penuhi dua syarat ni sahaja.

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

p/s: Anda mampu mengubahnya. Erk.. macam iklan jer.
sumber

Kerana Setitik Madu

~ " Kisah Pengajaran Yang Akan Membuatkan Anda Berfikir "~

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah terlalu takut terus berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tersebut ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi beringat-ingatlah.

Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yang tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. Sama2 lah kita muhasabah diri msing2 sebelum terlambat..

p/s : Jadi adakah anda masih merasakan bahawa dunia ini tempat untuk bermain dan bersenda gurau?


sumber 1
sumber 2

Solat..? Nantilah dulu...

Assalamualaikum.

Solat itu tiang agama. Tiada tiang runtuhlah agama ibarat rumah tiada tiang. Ramai yang tahu tapi ramai jugak yang buat-buat tak tahu.

Assignment dengan solat mana lagi penting?

Alaa.. assignment tak siap lagi ni. Nanti tak sempat nak hantar kena hantar sebelum pukul 2.

Sanggup mengadap assignment berjam-jam tapi ank berhenti 5 minit untuk solat pun susah? Salah siapa yang buat kerja last minit. Kalau buat assignment tengah malam, sanggup berjaga sampai pagi. Tapi tak sanggup berjaga buat qiamullail.

Shopping dengan solat mana lagi penting?

Sakan bershopping, bersuka ria dengan kawan-kawan. Pergi BJ, QB, Gurney, pesta.....

A: Weyh.. Kita tak solat solat maghrib lagi nih
B: Nanti la jap lagi

Jalan punya jalan berkumandanglah azan Isyak. Maghrib tah kemana. Dosa jer yang dapat. Berbaloi ke? Waktu biasa solat je macam biasa. Tapi bila keluar pergi mana-mana, pandang ringan je solat. Ada kawan yang jenis alim sikit, barulah solat. Kena pulak keluar dengan orang yang memang tak solat, memang diri yang tak kuat iman pun sekali join. Macam nak kata kalau keluar tu tak solat pon takpe lah. Alasannya:-
  • Surau kecik sangat (gilir-gilir)
  • telekung kotor (bawak sendiri punya)
  • Tak tahu surau kat mana (tengok map, tanya orang)
  • Sempat solat balik nanti (lagi setengah jam nak habis waktu)
  • Bukan selalu pun tinggal solat (mati tak kira waktu)
  • Nanti kalau tak sempat qada' je lah (qada' kejadahkah?)
  • dan lain-lain

Solatlah di mana sahaja

Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa keuzuran hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu. Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya. Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu (tidur setelah masuk waktu solat) dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak (assignment, shopping, karaoke,dsb).

Ini adalah untuk peringatan aku sendiri dan kawan-kawan. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang sengaja meringan-ringankan solat. Amin....

Jadilah seperti seekor burung kecil

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :
”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api ke atas Nabi Ibrahim…”

Pernah suatu ketika dahulu panas isu memboikot barangan yahudi laknatullah. Bila kisah perang semakin kurang kedengaran di kaca televisyen, semua boikot entah kemana hilangnya. Kiranya macam hangat2 tahi ayam. Bukan nak kata orang lain, aku pun lebih kurang je.

Bila baru ni kisah perang 8 hari di Gaza Rabu (14/11/2012) sehingga Rabu (21/11/2012), dunia mula bangkit untuk menentang yahudi laknatullah ini. Ada yang berdemo, ada yang boikot, ada yang berceramah... macam2 la telah dibuat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang kezaliman mereka.

Statistik terkini diterima dari Gaza:
Gaza after war
Statistical received covering the period of the Israeli aggression on the Gaza Strip, which lasted for eight days, which included statistical period from 8:00 am on Wednesday (14/11/2012

) and until 8:00 am on Wednesday (21/11/2012). Statistical came as follows:
Conservative:
• Northern Gaza “ jabalya and bethanoon “where 26 Palestinians were killed.
• Gaza City , where 59 Palestinians were killed.
• Al Westah , where 32 Palestinians were killed.
• Khan Younis, in which 11 Palestinians were killed.
And about the distribution of the martyrs Statistical came in:
• Children: killed 24 children, and injured some 293 others.
• Citizens: 14 women cited, and injured 156 injured.
• Women: Killed 3 elderly, and 11 others were injured.
• Journalists: Killed 3 journalists, and injured 8 others.
• Men: killed 73 Palestinians.
• Resistant: 11 Palestinians were killed.
• Disabled: Palestinian handicapped killed.
It is noteworthy that the total number of martyrs reached, according to medical sources: 163 martyrs, and the number of injured 1220 injured, in addition to the destruction of 607 homes, and damaged 21 mosques, and 5 hospitals and health centers.

Israeli military attacks:
• Israeli fire: 143.
• Israeli air strike: 1170.
• Overall Israeli fire: 1313.
• By military sites: 119.
• By gunboats: 24.
Sumber: Aqsa Syarif
Gambar bawah pula dapat daripada page McDonald's Malaysia.


Ada yang masih menyebelahi mereka, ada juga yang tidak. Komen ni daripada status mereka menafikan penglibatan mereka menyalurkan hasil jualan mereka kepada Israel. Yup.. Mungkin mereka tak salurkan secara direct. Tapi McD tu HQ dia kat US. McD kat sini bukannya berdiri sendiri. Kalau dah namanya rangkaian mesti ada kaitanya dengan HQ. Lagipun kalau takde angin masakan pokok bergoyang.


Ni lagi satu jenama terkemuka yang tersenarai dalam boikot memboikot. Tapi masih ramai tak tahu jenama2 barangan dibawah naungan Nestle ni. Mostly barang2 ni sangat feymes dan paling tak mesti ada dua tiga barangan dalam senarai ada di rumah/asrama kita semua. Kalau dah terbeli sebab tak tahu takpelah. Guna sampai habis. Buang membazir pula. Tapi kalau dah tahu tapi beli jugak tu namanya tak reti bahasa.

Sebenarnya banyak lagi jenama2 Israel laknatullah dan sekutu2nya. Yang lain boleh di'Google' lah. Tujuan boikot ni supaya ekonomi mereka jatuh. Kalau tak sampai mereka bungkus kilang2 mereka, at least mereka rasa kedudukan mereka dah goyah. Tapi apapun kita perlu berhati-hati sebab yahudi laknatullah ni banyak helahnya.

So bagi aku, biarlah kita tak mampu nak derma berjuta-juta, biar kita tak mampu nak angkat senjata, tapi sekurang-kurangnya kita ada menyumbangkan sesuatu walaupun kecil nilainya. Allah nak tengok sejauh mana kita ikhlas nak membantu, usaha2 yang kita buat. Kepada sesiapa yang masih mempertikaikan, tepuk dada, tanya iman. Sebab kamu tak rasa, maka kamu buat endah tak endah jer.


Berhenti berteriak! Masa untuk bertindak!!

Aku Yang Berdosa

Aku Yang Berdosa
Artis: Shahir AF8
Komposer: Sham Kamikaze

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku
Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu



Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya (2x)

Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wawahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)



Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Hei Sampah Masyarakat

Assalamualaikum..

Korang suka tengok sampah dekat tepi-tepi jalan? Botol, pembalut gula-gula, pembungkus cekedis.


Sakit mate nih kan tengok macam ni. Tapi siapa yang buat camni ek? Bukan manusia yang hidup atas muka bumi ni jugak ke? Korang tak suka kan tengok macam ni.
Tapi......


Kenapa korang pon jadi salah seorang dari penyumbang sampah? Walaupun sekadar pembungkus gula-gula. Cuba korang bayangkan... Kalau ada 100 orang macam anda yang rasa sampah korang tu kecik dan takde efek...?



Ni dinamakan sikit2 lama2 jadi bukit. Yang atas ni tak nampak bukit.


Haa.. ni bukan bukit lagi. Tapi gunung sampah. Aku bukan nak membebel tengah malam nih. Tapi kita ni sepatutnya ada kesedaran sikit untuk jaga alam sekitar kita. Apa yang kita tak suka, kita jangan buat. Nanti 7 generasi kita pun akan terus menjadi penyumbang sampah. Yelah, dah anak tengok kita buang merata, diorang ikut. Pastu anak diorang pulak ikut. So tak mustahil la kan jadi macam kat gambar tu. Sebab tu memang realiti.

Kesimpulannya, janganlah buang sampah merata-rata. Jangan harap majlis perbandaran jer nak kena kutip sampah yang korang buat tu. Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi nak buang sampah dalam tong sampah pun tak tahu. Takda tong sampah berdekatan tu alasan paling bengong. Boleh je pegang dulu smpai jumpa tong sampah.

nota kaki: Aku paling pantang tengok orang buang sampah merata. Kalau aku nampak, memang aku jentik-jentik tangan sampai bengkak!

Lailatul Qadar Tiba Lagi



السلام عليكم

Wah.. Pejam celik pejam celik da nak abis da Ramadhan tahun nih. Lagi 9 hari jer lagi. Tapi biasanya bila da hujung2 Ramadhan nih orang da ingat nak raya jer. Baju raya, kuih raya, tukar perabot langsir..... Tarawih?? Orang kat masjid/surau pon da makin kurang. Tinggallah jemaah2 yang sama macam sebelum Ramadhan dulu.

Rugi..Rugi..Rugi...

Ramai orang lupa 10 malam terakhir nih ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Jadi sepatutnya kita berlumba2 mengejar malam tersebut.

Dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu.” Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 

Rasulullah pun beramal bersungguh2 pada 10 malam terakhir. Sedangkan baginda memang telah dijamin masuk Syurga. Tapi kita.... yang belum tentu di mana destinasi terakhir kita, boleh pulak bersuka ria abaikan amal ibadah. Malu kita sebagai umat baginda.

Lailatul Qadar menjadi rahsia supaya kita berusaha mencarinya dan bukan hanya menunggu malam tersebut. So apa lagi kawan2, jom kita cari Lailatul Qadar yang hanya ada sekali dalam setahun. Belum tentu lagi kita sempat bertemu dengan Ramadhan 1434H. Hari raya lebih bermakna kalau kita benar2 menghayati Ramadhan.

C.I.N.T.A




♥ اللهمّ صلّ على محمد ♥

Hukum Pegang Anjing : Sentimen atau fakta?



Beb.. Blog aku ade anjing. Nak kena samak/sertu ker..?

Isu pegang anjing ni antara isu yang terhangat di blog2 dan disebarkan dengan meluas dekat laman2 sosial terutamanya facebook la kan. Biasanya melibatkan golongan artis yang beragama Islam.. Yang bukan artis pon ada jugak yang kena kalau ada gambar yang tersebar.

Aku tulis entri ni sebab sekarang ni tengah kecoh pasal sorang artis ni bergambar dengan anjing. Firstly, aku tak taw nape ade pihak yang tak bertanggungjawab dengan sewenang2nya menyebarkan gambar tu dan hal itu telah menimbulkan fitnah. Secondly, disebabkan cerita tu, golongan2 yang terasa hebat agamanya telah bercakap seolah2 ahli agama yang tahu segala-galanya dan tak kurang yang kononnya memberi nasihat tetapi guna kata2 yang kesat.

Aku bukan nak backup mereka yang terlibat memegang haiwan najis berat. Aku cuma harap meraka2 yang salah tafsir tahu apa yang dinamakan najis berat dan tidak sewenang2nya meletakkan hukum.

Jom tengok komen2 di bawah:



Ok.. Cukup dua ni jer. Rasanya adakah ini cara menasihati orang?

Pegang anjing ataupun khinzir tu tak haram pun. Yang haram tu adalah memakannya. Kalau tak, nape tolong anjing pon boleh masuk syurga?
Nak banding dengan pegang arak.. Pegang arak tu dosa. Tolong bawak pon dosa.
Pegang tangan bukan mahram... lagi la berdosa. Kepala kena tusuk besi lagi baek tau.. Bley bayang kepala kena tusuk besi?

T_T

Aku rasa benda ni tak perlu jadi isu besar pun. Lebih baik utamakan isu aurat, sebab menutup aurat tu wajib. Atau isu pergaulan bebas, yang menyebabkan berlakunya zina.

Apa kata ustaz? Tengok video di bawah...







p/s: Kalo da xde sebab musabab nak pegang sangat tu kenapa? Ce pegang katak ke, ular ke takde orang nak bising. Peace Yo..

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.
by Hilal Asyraf 

Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

     Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.

Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

     Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

     Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

     Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

     Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

     Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

     Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

     Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

     Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
     Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
     Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
     Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
     Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

     Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

     “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

     Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

     Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

     “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
     “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

     Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

     Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

     “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
     “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
     -----------------------------------------------------------
     Perbualan di atas ini adalah SMS
     ------------------------------------------------------------

     Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

     “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
     “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
     “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
     Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

     Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

     Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

     Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

     Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
     Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

     Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

     Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

     Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

     Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

     Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

     Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

     Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
     Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
     Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
     Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

     Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

     Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.

Cinta. Rosak dalam tangan manusia yang tidak mendalaminya.



Sumber: Hilal Asyraf

Memang ALLAH Sengaja...


Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilahbahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA…..

Takut Akan Cinta T_T

Assalamualaikum...

Da lama rasanya tak berbicara pasal cinta..  (yeke)
Cinta... Cinta ada banyak definisi. (skema sgt ke ayat?) Tapi nak guna ayat yang paling mudah jer la. Cinta yang paling utama adalah cinta kepada Allah. Cinta teragung yang kita tak perlu takut untuk mengakuinya. Cinta Allah jugalah yang menjamin kita di akhirat kelak.

So, apakah cinta yang buat aku merasa takut? Pastinya cinta sesama manusia, cinta adam dan hawa. Rasa cinta itu sememangnya fitrah tapi fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah. Cinta inilah yang aku takuti. Ia boleh memesongkan kita sehingga kita buta menilai yang mana betul dan mana salah, mana dosa dan mana pahala. Cinta yang boleh membuat kita leka dan alpa dan lagi teruk jika didorong hawa nafsu.

Cinta generasi muda zaman sekarang ni biasanya melibatkan maksiat. Terlebih kasih sayang, terlebih perhatian, terlebih nafsu...

Siapa berani jamin kalau bercinta (kapel) tu takde unsur-unsur seperti dibawah (at least ada 1 @ 2):
1) sms hampir 24 jam, bergayut (call) berjam-jam
2) dating tanpa ditemani mahram
3) setiap masa dok teringat pakwe/makwe, ingat mak ayah jarang sekali
4) pegang tangan, duduk rapat2, makan suap2

Ok, tu baru 4.. Kalo nak senarai entry ni panjang sangat.

Kepada kaum adam,
Kalau betul kamu sayang kepada seorang perempuan, pastinya kamu akan melindunginya. Tidak mengajak kearah keburukan. Melindungi tu bukannya kamu nak dia tu depan mata 24 jam. Contoh: Seorang lelaki dan perempuan dalam komuter yang sesak. So, sebagai lelaki yang bajet macho, kamu suruh si perempuan dalam dakapan biar tak berlanggar dengan lelaki lain. Kejadahnyerrr (kasaq sket). Bukannya suami dia pon. Berlanggar dengan ko takpe plak. Berlanggar tak sengaja tak berdosa. Berlanggar dengan sengaja tu yang berdosa. Selagi tak halal tak perlu susah2 ambil tanggungjawab seorang suami pulak.

Kepada kaum hawa,
Kalau sayang pun dekat seorang lelaki, tak perlu la sampai nak gadai body. Kalau mintak nak sentuh2, ringan2 ke, berat2 ke, sila berkeras cakap TAK BOLEH! Jangan mudah cair dengan lelaki sebab lelaki ni sweet talker;mulut serupa ta**(pengaruh cerita :p) Kalau lelaki tu betul2 sayang kamu and nak jadikan kamu sebagai kekasih halal, die takde nak ajak buat benda-benda maksiat nih. Banyakkan berkeras dengan katakan TIDAK kepada merokok(tiba2). Kalau kita tak bagi peluang untuk mereka mulakan, takkan ada permulaan dan takkan ada pengakhiran. Permulaan yang baik jika hadir lelaki yang menyatakan untuk menjadikan kamu isteri dan katakan padanya, "temuilah waliku".
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Aku takut akan cinta..
Aku bimbang aku tak mampu melindungi diriku,
Aku bimbang aku kan terhanyut dibuai cinta,
Aku bimbang aku lupa akan matlamat utamaku,
Aku mohon Allah bimbinglah aku,
Hambamu yang lemah...

Aku tak mahu rasa cinta diselubungi dosa
Aku tak mahu rasa cinta diluahkan
Kerana selagi seseorang belum mejadi halal bagiku
Maka aku tak pasti adakah dia benar untukku
Adakah dia pemilik tulang rusuk

Biarlah rasa cinta ini kerana Allah,
Moga Allah menjaga perasaan ini
Selagi rasa ini muncul pada seseorang 
yang belum terjamin menjadi kekasih halalku
selagi itu aku akan berasa takut
dan perasaan takut inilah yang akan melindungi aku
InsyaAllah.....

Jodoh itu rahsia Allah... Allah tahu siapakah dia dan pastinya dia yang terbaik untuk kita...
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]