Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Solat..? Nantilah dulu...

Assalamualaikum.

Solat itu tiang agama. Tiada tiang runtuhlah agama ibarat rumah tiada tiang. Ramai yang tahu tapi ramai jugak yang buat-buat tak tahu.

Assignment dengan solat mana lagi penting?

Alaa.. assignment tak siap lagi ni. Nanti tak sempat nak hantar kena hantar sebelum pukul 2.

Sanggup mengadap assignment berjam-jam tapi ank berhenti 5 minit untuk solat pun susah? Salah siapa yang buat kerja last minit. Kalau buat assignment tengah malam, sanggup berjaga sampai pagi. Tapi tak sanggup berjaga buat qiamullail.

Shopping dengan solat mana lagi penting?

Sakan bershopping, bersuka ria dengan kawan-kawan. Pergi BJ, QB, Gurney, pesta.....

A: Weyh.. Kita tak solat solat maghrib lagi nih
B: Nanti la jap lagi

Jalan punya jalan berkumandanglah azan Isyak. Maghrib tah kemana. Dosa jer yang dapat. Berbaloi ke? Waktu biasa solat je macam biasa. Tapi bila keluar pergi mana-mana, pandang ringan je solat. Ada kawan yang jenis alim sikit, barulah solat. Kena pulak keluar dengan orang yang memang tak solat, memang diri yang tak kuat iman pun sekali join. Macam nak kata kalau keluar tu tak solat pon takpe lah. Alasannya:-
  • Surau kecik sangat (gilir-gilir)
  • telekung kotor (bawak sendiri punya)
  • Tak tahu surau kat mana (tengok map, tanya orang)
  • Sempat solat balik nanti (lagi setengah jam nak habis waktu)
  • Bukan selalu pun tinggal solat (mati tak kira waktu)
  • Nanti kalau tak sempat qada' je lah (qada' kejadahkah?)
  • dan lain-lain

Solatlah di mana sahaja

Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa keuzuran hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu. Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya. Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu (tidur setelah masuk waktu solat) dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak (assignment, shopping, karaoke,dsb).

Ini adalah untuk peringatan aku sendiri dan kawan-kawan. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang sengaja meringan-ringankan solat. Amin....

Bicara Hati: Tentang Jodoh

Aku selalu bermohon kepada Allah
Andai benar seseorang itu telah
ditakdirkan untukku
Tunjukkanlah padaku
agar aku tahu
bahawa dia benar untukku..

Namun...
Andai dia bukan jodohku
Bawalah dia jauh dariku
kerana ku tak sanggup
melukai dan dilukai

Aku yakin
Segala yang telah Kau tetapkan
adalah yang terbaik untukku


Hukum Pegang Anjing : Sentimen atau fakta?



Beb.. Blog aku ade anjing. Nak kena samak/sertu ker..?

Isu pegang anjing ni antara isu yang terhangat di blog2 dan disebarkan dengan meluas dekat laman2 sosial terutamanya facebook la kan. Biasanya melibatkan golongan artis yang beragama Islam.. Yang bukan artis pon ada jugak yang kena kalau ada gambar yang tersebar.

Aku tulis entri ni sebab sekarang ni tengah kecoh pasal sorang artis ni bergambar dengan anjing. Firstly, aku tak taw nape ade pihak yang tak bertanggungjawab dengan sewenang2nya menyebarkan gambar tu dan hal itu telah menimbulkan fitnah. Secondly, disebabkan cerita tu, golongan2 yang terasa hebat agamanya telah bercakap seolah2 ahli agama yang tahu segala-galanya dan tak kurang yang kononnya memberi nasihat tetapi guna kata2 yang kesat.

Aku bukan nak backup mereka yang terlibat memegang haiwan najis berat. Aku cuma harap meraka2 yang salah tafsir tahu apa yang dinamakan najis berat dan tidak sewenang2nya meletakkan hukum.

Jom tengok komen2 di bawah:



Ok.. Cukup dua ni jer. Rasanya adakah ini cara menasihati orang?

Pegang anjing ataupun khinzir tu tak haram pun. Yang haram tu adalah memakannya. Kalau tak, nape tolong anjing pon boleh masuk syurga?
Nak banding dengan pegang arak.. Pegang arak tu dosa. Tolong bawak pon dosa.
Pegang tangan bukan mahram... lagi la berdosa. Kepala kena tusuk besi lagi baek tau.. Bley bayang kepala kena tusuk besi?

T_T

Aku rasa benda ni tak perlu jadi isu besar pun. Lebih baik utamakan isu aurat, sebab menutup aurat tu wajib. Atau isu pergaulan bebas, yang menyebabkan berlakunya zina.

Apa kata ustaz? Tengok video di bawah...







p/s: Kalo da xde sebab musabab nak pegang sangat tu kenapa? Ce pegang katak ke, ular ke takde orang nak bising. Peace Yo..

Deep In My Heart: Nothing is Easy In Life


Life is not easy. Nothing is easy in life. We are not perfect to be the best. Each man made a mistake. We must learn from past mistakes. Because the mistakes we’ll become a better person. Not to make us who continue to repeat a mistake.
When we make any mistakes and then we admit mistakes and ask forgiveness of Allah, Allah will forgive us because Allah is Oft-Forgiving.
Thanks Allah for still giving me the opportunity to breathe in the world. For still gives me the chance to deepen your love. For still gives me the opportunity to repair my mistakes.


Bicara Hati: Bila Islam Hanya Pada Nama

Ahad, 14 November 2010

Facebook.. Senang betul menyebarkan banyak benda, notes, video, gambar... Hari ni aku tengok banyak video, gambar dan notes yang baru di'share' oleh kawan. Sedih + geRam + keceWa + insaF semua bercampur baur dalam diri lepas tengok sume tu.. Hmm..


Geram...
   Hari ni aku teng0k pasal artis Malaysia ni komen pasal seksi.. Nampaklah tersangat jahilnya mereka tentang agama. Sayangkan karier, abaikan agama. Family support? support masuk neraka kah? Hmm.. ntahlah.. Aku pon tak paham nape artis Malaysia da macam artis barat da skang. Akak2 sekalian, muda2 takpe ek seksi? Tunggu tua baru nak bertaubat? Sempat ke? kalo da ajal tak kira tua muda. Semoga terbuka pintu hati kalian.
  Remaja skang terlampau advance. Totally westernized. Wat kL macam kat New York. Boley suke2 peluk2, cium2.. Apekah?? yg kawan2 siap rakam. Betapa jahilnya mereka. Pergaulan bebas berleluasa. Kalau depan public pon berani wat aksi2 camtu, kat blkg apetah lagi. Wat free show depan org ramai bikin meluat jer. Haih...

Kecewa...
   Sangat2 kecewa... Kenapa org zaman skang ramai yang lupa tanggungjawab sebenar hidup atas muka bumi ni? Mereka lupa yang hidup ni sementara jer. Sebok kejar dunia, akhirat tah kemana. Pasal isu seksi, diorang jawab macam tak penah belajar agama langsung. Sebagai umat Islam, aku sangat kecewa. Sama la yang wat free show kat public. Tak taw la ape nak jadi. Ntah parents diorang taw or tak. Or family diorang pon tak pernah kesah. Terfikir ape yang akan jadi dengan generasi akan datang. ROsak!.. Hmm.... 

Sedih + Insaf...
   Cinta kan bunga, bunga kan layu; Cinta kan manusia, manusia kan mati; Cinta pada Allah, kekal abadi... Buang anak semakin menjadi2.. Kenapa bayi yang tak bersalah menjadi mangsa?? Baby tu makluk Tuhan paling comel taw tak? Kejamnya manusia.. Haiwan pon sayangkan anak.

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat” 
[Al Isra’ : 32]


Comey sangat!.. teringin nak baby secomel ni.. ^__^




Link video:

Artis | Seksi | Aurat

KL bagai New York

Di sini Bermulanya Zina

 

 

Bicara Hati: Kesayuan di paGi yang suRam...

Entry ini adalah untuk melepaskan rasa yang terpendam.

Kesedihan melanda sejak semalam. Sayu dan pilu... Tak tertanggung rasa sedih ini.
Kenapa kesedihan ini melanda?
Kerana terkenangkan rakan taulan, kekhilafan diri, kehidupan akan datang...
Perasaan bercampur baur.
Sedih, marah, takut, kecewa...

I just wondering... Kenapa harus berubah kalau da berpasangan? Hidup kita dikelilingi rakan2. Rakan2 yang lebih banyak luangkan masa bersama kita. Sebelum kita berpasangan, dari saat awal kita belajar mengenali dunia, selepas kita kenal keluarga kita... Sahabatlah yang menceriakan hidup kita. Dan bila meningkat dewasa, kita belajar bersama kawan2, meluangkan masa2 bersama, berkongsi cerita dan rasa. Dan bila kita ingin mengenali seseorang juga, kita minta pendapat mereka. Namun kenapa bila kita telah mendapatkan apa yang kita inginkan, sahabat ditolak ketepi? Adakah sahabat hanyalah tembat berkongsi kesedihan dan masalah? Kini kehidupan tak seceria dulu. Masing2 buat hal masing2. Sangat2 sedih...

Dunia akhir zaman...
Sangat takut dengan semua yang terjadi sekarang. Gejala sosial, bunuh-membunuh, buang anak... Peristiwa2 yang berlaku di negara sendiri yang menunjukkan tanda2 kejatuhan umat Islam, sangat menakutkan. Sikap umat Islam yang semakin hari semakin tak terbendung. Ada yang nampak seperti prihatin namun salah pula cara menegur. Manusia kini diajar membenci, mengutuk, dan menjatuhkan sesama sendiri di laman sosial. Propaganda politik yang semakin menjadi2... Tak terbayang apa yang akan berlaku pada masa akan datang, generasi akan datang. 

Aku...
Aku bukanlah insan yang sempurna. Terlalu banyak khilafku. Aku tak mencari kesilapan orang lain kerana aku sedar aku juga melakukan kesalahan. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. Ampunilah aku. Pimpinlah aku ke jalan-Mu. Aku takut aku tak kuat menghadapi segala ujian-Mu Ya-Allah. Aku takut menjalani hari2 mendatang. Aku takut semakin lama aku hidup, semakin mengunung dosaku kepada-Mu... Kau ampunilah kedua ibu bapaku, keluargaku, serta orang2 di sekelilingku. Jauhkanlah kami dari mala petaka. Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat kami memohon dan meminta.
Amiinn....

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]