Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Puisi: Sungguh...Ini Cintaku


Sungguh.. ku tak lagi mengharap
akan cinta itu hadir
setelah kisah cinta lalu
bagaikan daunan kering
terbang dihembus bayu

Sungguh.. aku serah semuanya
pada Tuhan penentu segalanya
kerna ku tak sanggup
berulang kali terluka
berulang kali kecewa

Sungguh.. tidak ku duga
ada hati yang terpaut
ku harap tak tertaut
ku bimbang bayang kenangan
tak hilang dalam ingatan

Sungguh.. hatinya tulus
sedang aku hanya berdiam diri
dia tetap setia menanti
dan sedia undur diri
andai ku ada yang lain

Sungguh.. Ku tak ingin dilukai
apa lagi melukai
cinta bukan sekadar dibibir
tetapi ia sebuah janji

Tuhan, bantu aku
tunjukkan jalan bagiku
kiranya benar ini jalanku
maka dia terbaik bagiku
moga cintaku, cintanya
terbina berlandaskan cinta-Mu

Bila aku tension ..................



Mengapa ini semua berlaku?

Mengapa berulang lagi?

Di saat aku kesesakkan..

Di saat aku kesempitan..

Kau membuat ku tak keruan

Luluh hatiku mengenangkan

Jiwaku kacau bilau

Jangan kau mencabar

Tahap kesabaranku

Kerana saat kesabaranku tercabar

Pastinya kau ku humban ke dalam tong sampah!!





AKU BENCI KAU!!

Menggapai Cahaya

jika kau di dalam kegelapan
kemudian kelihatan akan cahaya
yang menyinari jalanmu
jangan kau berpaling lagi
dan menganggap cahaya itu
bukan menjemputmu
sebaliknya kau harus menggapainya
agar ia benar untukmu
dan akan membawa kau
menuju cinta yang satu


Puisi Takde Name -__-

Salam.. Halu2.. Nys in da house. Di pagi2 bute nih tetiba adek den gi selongkar barang den. Jumpa la sajak yang aku pon tak taw la nak bagi komen. Asenye kalo yang reka sajak dia ni pon boley guling 88 kali. Jom la layan...


Malam yang sejuk
Pagi yang suam
Tengah hari yang panas
Petang yang mendung
di waktu-waktu beginilah
aku teringatkan mu
Pada waktu bilakah
aku melupaimu?
Tiada....

Ku tak lena tidur
ku tak kenyang makan
ku tak basah mandi
Apa ini semua?
Apakah namanya perasaan ini?
Aku tak pasti
aku tak ketahui

Aku hanya mengagak
kerana benda ini
menyakitkan hati
lagi sakit tercucuk
keris sakti
Namamu pun di hati
ku rasa cinta sejati

Ni sajak orang kecewa. Sian tak? aku nanges teresak2 abes basah bantal aku. Sori yer penulis sajak. Aku memang taching pon. Tapi nak wat cane. Yang kamu tulis sajak ni kat kertas soklan agama islam tu nape. Anta la kat aku nih. Ades.. 

Maal Hijrah | Titis-Titis Jenih





Titis-Titis Jernih
Oleh: Nys Zairee

Titis-titis jernih itu
mengiringi kesayuan
melahirkan keinsafan
akan dosa-dosa lalu
yang menghantuiku

Titis-titis jernih itu
membibitkan kecintaan
kepadaMu oh Tuhan
yang telah menunjukkan
sinar ketakwaan

Titis-titis jernih itu
menjadi detik permulaan
akan sebuah kehidupan
atas nilai kesedaran
tanpa sebarang paksaan
demi keredhaanMu, Tuhan.

Aku Bukan Yang Terbaik


Aku Bukan Yang Terbaik
Karya: Syahir Harun

Aku bukan yang terbaik,
manusia yang dilahirkan ini,
mungkin membebankan mu,
mungkin menyusahkanmu,
namun hakikatnya aku cinta padamu.

Aku bukan yang terbaik,
membiarkan mu keseorangan,
tanpa belaian kasih dariku,
seakan-akan mengabaikan mu,
namun hakikatnya aku kasih padamu.

Aku bukan yang terbaik,
kekasaran tutur kata ku,
kelakuan ku,
mungkin tidak menyenangkan mu,
aku lemah, aku gagal, aku kalah,
pada godaan nafsu yang menghantuiku,
namun hakikatnya aku sayang padamu.

Aku insan biasa,
mencari kebenaran di dalam bayang-bayangku,
mencari petunjuk daripada Yang Maha Esa,
semoga kebenaran dan akhlak terpuji,
memusnahkan bayang-bayang keji ku,
memberi cahaya padaku bagi membimbingmu,
menjadi ketua mu,
menjadi pengawal mu,
untuk ke destinasi yang maha hebat,
bernama SYURGA.........

4/8/2010

Bantu Dia Tuhanku...

Ya Allah...
Tuhan yang Maha Pemurah
lagi Maha Pengasih..
Mungkin ini adalah ujian
yang Kau beri padanya..
Untuk mengujinya
sebagai hambaMu..

Ya Allah,
Kau permudahkanlah
segala urusannya,
Kau berilah dia kekuatan
agar dia mampu berhadapan
dengan ujianMu ini,
Kau tenangkanlah hatinya,
Kau lapangkan hatinya,
Moga dia tabah menghadapi segalanya..
Semoga yang terjadi ada hikmah disebaliknya..

Amin Ya Robbal Alamin...

Dedicated to my bel0ved father..

Cinta Dari-Mu



Ya Allah Ya Tuhanku,
Andai benar cinta itu untukku,

jauhkan aku dari cinta nafsu
cinta yang menghanyutkan aku

lalu melemaskan aku
dalam lautan dosa


Ya Rahim,

Jika benar dia milikku,

Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Namun jika sebaliknya
Kau bawalah dia pergi dariku

agar aku tak menyakitinya


Ya Muhaimin,
Tolonglah pegangi hatiku ini
agar aku tak terjatuh
dari landasan-Mu
Landasan ke jalan yang lurus


Ya Dzul Jalal Wal Ikram,

Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah

berkali rebah menyembah bumi

berkali tersadung jatuh tersungkur
kerana-Mu aku bangkit kembali

kerana ku yakin ada hikmah
di sebalik yang terjadi


Bahagia Sang Pelangi

Berkali-kali ku meniti titian itu

Berkali-kali juga ku rebah tersungkur

Kelopak-kelopak yang dulunya mekar

Akhirnya berguguran ke lantai bumi

Ku toleh kiri

Ku toleh kanan

Gelap gelita tanpa cahaya


Bagaikan pengembara yang kehilangan arah

Mencari jalan untuk pulang

Kaki masih terus melangkah

Masih mencuba menggapai pelangi

Hujan dan guruh mengiringi

Bersama titisan jernih di pipi

Mengumpul segenap kekuatan

Demi bahagia yang diimpikan


Ku lihat cahaya berwarna-warni

Langkah terhenti seketika

Inilah pelangi yang dicari

Senyuman terukir

Perjalanan hampir berakhir

Tunggulah wahai sang pelangi

Akan ku gapaimu

Menghiasi hidupku

Dengan warnamu


Masih Adakah Bahagia..

Aku masih di sini
masih tercari-cari
di manakah sinar bahagiaku
dari saat pertama
ku kenal erti cinta
hingga kini masih belum ku temui
cinta yang sejati

Aku masih tidak mengerti
apakah ini hukuman bagiku
membuatkan takdir cintaku begini
mengapa insan yang pernah ku cinta
bahagia bersama pilihannya
Tapi aku
masih terkapai-kapai
mencari kebahagiaan hidupku

Adakah adil bagiku
menempuhi hidup sebegini?
Atau inilah ujian
yang perlu aku tempuh
sebelum bahagia itu
ku temui...?

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]