Lailatul Qadar Tiba Lagi



السلام عليكم

Wah.. Pejam celik pejam celik da nak abis da Ramadhan tahun nih. Lagi 9 hari jer lagi. Tapi biasanya bila da hujung2 Ramadhan nih orang da ingat nak raya jer. Baju raya, kuih raya, tukar perabot langsir..... Tarawih?? Orang kat masjid/surau pon da makin kurang. Tinggallah jemaah2 yang sama macam sebelum Ramadhan dulu.

Rugi..Rugi..Rugi...

Ramai orang lupa 10 malam terakhir nih ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Jadi sepatutnya kita berlumba2 mengejar malam tersebut.

Dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu.” Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 

Rasulullah pun beramal bersungguh2 pada 10 malam terakhir. Sedangkan baginda memang telah dijamin masuk Syurga. Tapi kita.... yang belum tentu di mana destinasi terakhir kita, boleh pulak bersuka ria abaikan amal ibadah. Malu kita sebagai umat baginda.

Lailatul Qadar menjadi rahsia supaya kita berusaha mencarinya dan bukan hanya menunggu malam tersebut. So apa lagi kawan2, jom kita cari Lailatul Qadar yang hanya ada sekali dalam setahun. Belum tentu lagi kita sempat bertemu dengan Ramadhan 1434H. Hari raya lebih bermakna kalau kita benar2 menghayati Ramadhan.

Wishlist

Salam Ramadhan..

Tengah dok boring2 nih, teringat pasal wishlist pulak. 

Ada satu dalam senarai nih aku harap terlaksana la sebelum kawen.. Haha..
Kalo tak den takmo kawen.. Heee...

Ape die??

Rahsia.. Huhu


Praktikal oh Praktikal

Assalamualaikum...

Fuh..fuh....tiup sket... Da berhabuk blog aku nih. Ari ni baru aku teringat blog aku nih.

Nak cite pasal praktikal ni. Aku wat praktikal kat area Greenwood. Keje kat sini wat design ler. Da name pon dak design. Kebanyakan customer order banner dengan bunting(sebut betul2). Kadang2 ada jugak order business card. Kalau baju pulak orang lain yang in charge. Actually ade jer lagi bende2 lain yang kedai ni buat tapi tak ramai la yang order.

Kejenye takde la berat. Yang beratnye nak kena deal dengan customer. Memang perlu kesabaran yang tinggi la. Kena lak kalo customer yang cerewet. Tak kurang design kena rijek. Diorang mintak soh design. Last2 abes sume design ko kena ubah balik. Sia2 jer tenaga kepala otak pikir.
Korang kalo tengok banner, bunting, kad ker yang tak cantek tuh, jangan salahkan designer yer. Tu keje customer sendiri. Da diorang nak buruk camtu, kitorang ikut jer. Sebab diorang yang nak guna, bukan kitorang. Muahaha..

Aku bukan keje hospital. Tapi bau ink boleh buat mandul (xtau betul ke tak :p)
Khusyuk jer dak nih wat medal

proses creasing

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]