Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Pengalaman Itu Penting

Assalamualaikum dan selamat malam...

Pepagi buta aku da gerak naik bas rapid penang nak ke komtar. Ini kesahnya semalam. Gara-gara aku register masa besday hangout ari tuh. Lebih kurang kol 7.30 aku sampai komtar.

Then tunggu bas untuk ke Straits Quay(aku tak reti cane nk sebut.. "kay" or "kue"). Naek bas lagi, kol 8.30 lebih pulak aku sampai kat sana. Register start pukul 9.

Ni suasana masa baru sampai. Orang pon tak ramai lagi.
Masa pendaftaran. Ada 3 kaunter: walk-in, pre-qualified & online
Cepat betol nombor aku. Peserta no.3.

Nak dipendekkan cite, aku tak menang pun. Takpelah kan. At least aku tak mengalah sebelum berjuang. Adat pertandinganlah ada menang dan kalah. Tapi aku dapat banyak free gift.

Beg merah tu boleh bawak pegi piknik. Huhu..
InsyaAllah ada peluang aku nak join lagi tahun depan. Dah tengok teknik-teknik dia kan. Kena catat rekod terpantas.

Sekian.



Besday Hangout 131012

Assalamualaikum..

Tempat: Queensbay Mall, Penang (Qb)

Hari ni bukan besday aku tapi ari ni la baru nak kua memandangkan besday aku jatuh pada hari khamis yang lalu.

Seawal pukul 11 pagi, aku, tora dan ja gerak menaiki bas rapid penang. Sampai jer Qb dengar ada orang cakap guna mic panggil umur 18 tahun ke atas. Aku tetibe cam berminat pulak. Rupa-rupanya diorang ni krew AXN Big Challenge. Kejadahnye..? Check sendiri kat laman web diorang. Apa cabarannya? Macam dekat gambar di bawah.

Yeay! 3 saat!!

Pakai da cun2 pi naek beskal pulak kan. Hohoho... Kalau terpilih nih boleh join event die 27 Okt 2012 kat Strait Quay, Penang.


Seterusnya baru ke tujuan utama. Tujuan utamanya nak makan kat.............


Menu
Awek2 cun kebuloq. Secret recipe tu sesat >_<

Yang ni awek dua orang kat atas tu bagi. Nama die 'Fafad' tapi bukan aku bagi nama. Dak kecik dok tengah kat gambar diatas.
Thanks.. ^_______^

Praktikal oh Praktikal

Assalamualaikum...

Fuh..fuh....tiup sket... Da berhabuk blog aku nih. Ari ni baru aku teringat blog aku nih.

Nak cite pasal praktikal ni. Aku wat praktikal kat area Greenwood. Keje kat sini wat design ler. Da name pon dak design. Kebanyakan customer order banner dengan bunting(sebut betul2). Kadang2 ada jugak order business card. Kalau baju pulak orang lain yang in charge. Actually ade jer lagi bende2 lain yang kedai ni buat tapi tak ramai la yang order.

Kejenye takde la berat. Yang beratnye nak kena deal dengan customer. Memang perlu kesabaran yang tinggi la. Kena lak kalo customer yang cerewet. Tak kurang design kena rijek. Diorang mintak soh design. Last2 abes sume design ko kena ubah balik. Sia2 jer tenaga kepala otak pikir.
Korang kalo tengok banner, bunting, kad ker yang tak cantek tuh, jangan salahkan designer yer. Tu keje customer sendiri. Da diorang nak buruk camtu, kitorang ikut jer. Sebab diorang yang nak guna, bukan kitorang. Muahaha..

Aku bukan keje hospital. Tapi bau ink boleh buat mandul (xtau betul ke tak :p)
Khusyuk jer dak nih wat medal

proses creasing

Nak Kawen

Assalamualaikum..

Masa aku taip ni jam menunjukkan pukul 2.22 pagi.. Muahaha.. Gedik giler entri pepagi buta nih. Takpe la, skali sekala nak menggedik. Lagipun da lama aku tak memerah otak tulis entri. Asik share orang nye jer, letak gambo2 lah.

Best ke kawen? Ade org yang da kawen nak respon ke? Well.. aku ni blaja pon tak abes. aku pon tak taw sapa nak pinang pompan kaki tidoq cam aku nih. Hahaha. Tapi nak berangan gak la kan.


Aku kalo kawen nanti nak simple2 jer. Aku taknak la sanding2 bagai. tepung2 tawar, renjis2, baling2 beras. Cam UAI kate, kalo pengantin tu ayam boleh la. Aku bukan ayam okeh.. lagipun tu bukan ikut Islam. Adat jer tuh. Mana lagi elok? ikut adat or ikut agama? or ikut kate org laen? Biar la apa org nak kata. Bukan duit korang luak pon aku kawen cane pon. Korang ngumpat, aku dapat pahala free.. Ngeh3..

Aku nak gak la ade pelamin. Untuk bergambar jer lah. Teringin nak tema merah putih. Kombinasi warna yang menarik...bagi aku lah.
Yang ni cantik gak. Simple.. Tapi mungkin perlu tukar kaler itam tuh.. Lari tema aku.

Aku suka design nih. Tuka yang pink jadi merah memang sweet lah.  

Dalam dua2 gambar pon kerusi panjang. Kenapa? Dekat sket.. Muahaha..

Baju pengantin kalo mak aku jer jahit mesti jimat kan.. huhu.. Takyah nak sewa2.. Nak labuci2 jahit sendiri. Bukan kedekut okeh.. Tapi nak membazir2 tu kenape. Pastu berhutang seumur hidup. Hoi.. Hutang PTPTN pon tak abes bayar lagi taw. Nak tambah hutang buat kenduri kawen plak. Hakhak..

Kawan2 yang ade bisnes tuh, nanti jangan lupe sponsor. Setakat pakej photography pon ok lah.. :p Nak sponsor kenduri pon lagi ok.. Haha.. Pakej photography untuk kawen mahal okeh! Bayangkan pakej pelamin + pakej pakaian + pakej photography + kenduri + hantaran + dll....giler die...

Da la.. Malas nak merepek lagi.. Jom tidoQ!!

SIESTA Festival

Assalamualaikum.. Lama pulak rasanya tak menaip.. Bizi lah katekan..

Apa itu SIESTA? Bunyi seakan fiesta tapi maksudnya berbeza. Siesta (sebutan Sepanyol: [ˈsjesta]) ialah satu tidur sekejap awal petang, sering selepas makan tengahari. Siesta menjadi satu tradisi biasa di sesetengah negara, terutamanya di negara yang bercuaca panas.

Siesta ni biasanya dalam 10 - 20 minit je. Kalo lebih tu bukan siesta da namenye. Tu tidoq tak sedar diri. Huhu... Ape pulak Siesta Festival ni? Takkan pesta tidur plak kan. Waktu tengah hari biasanya kan mengantuk lagi2 kalau lepas makan. So selain tidur, boleh jugak membawa maksud berehat untuk mengembalikan tenaga. Maksudnya, Siesta Festival ni menjadi tempat untuk berehat2 dan membersihkan sebentar otak daripada kerja-kerja, esaimen yang memeningkan kepala.

Tengok jap apa xtvt yang kami buat semasa festival nih.
(klik gambar untuk pembesaran maksimum.)

This is my team mate. Sila jangan anti kuning. Haha.. Dari kiri: Ain, Wani, Anis, Aida, Lee

 

 





Ni sikit jer la boleh kongsi. Sangat penat tapi sangat best.. Sape lak nak urut aku nih..?

Tamat sudah~~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah selesai dengan jayanya. Apa yang jaya nyer?



Hoho..bley da nak kawen.. Tapi disebabkan masih blajo, lupekan la dulu pasal kawen. Sijil sah sepanjang hayat. Gatal nak amek awal.. 

Skang kalo nak pegi kursus kawen dah tade yang buat kat tempat2 yang diuruskan oleh agensi. Semua dah diambil alih oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Aku bukan orang penang. Blaja jer kat sini. Tapi boley jer nak amek katne pon. Kursus berlangsung selama 2 hari dengan yuran RM80 sahaja. Dapat minum pagi dan makan tengah hari. Aku dengar akan datang nak buat 5 hari pulak. Tak taw la bila start.

with my besties

bakal~~ :p

Oitt.. calon ko mane nyer??


Aku ?? Hoho.. Ilang la pulak...

nota: http://kursuskahwin.webs.com/himpunannotakursus.htm

Jalan2 Wang Kelian

Assalamualaikum..

Ni nak cite semalam aku g jejalan ke Perlis.. Saje jer join.. Lebih kurang 4 jam gak nak g sana dari Penang. Tempat 1st pergi ialah Wang Kelian. Tempat ni kat sempadan Thailand. Hari Ahad boleh masuk ke kawasan Thailand ade la dalam bape km pon tak pasti.




model moto siam

Pas da g sempadan.. g rileks kat tepi tasik lak.. Tasoh Lake Resort


sweet kan :p

Then last skali g Kuala Perlis.. Tepi laut tempat ikan bakaq..



merenung masa depan
Ni sume aku nyer sorang! Muahahaha... (tipu)
Aku bukan g berdua ngan dak nih jer.. Ade satu bas.. Tapi dak nih yang ajak aku.. Yang len den tak kenal.. Ahaha..

Bye!

Kosong.. kosong...

Assalamualaikum dan selamat tengah malam..

Ini bukan tajuk lagi.. Aku tak minat pon lagu tersebut.. Maap la kepada kipas susah mati lagu tersebut or penyanyi lagu tersebut. Ni pasal esaimen aku benonyer.. yang berkaitan dengan.....

Kosong bukan sekadar kosong.. Tulis no "0" memang senang.. tapi bila guna dawai nih, mmg menguji kekuatan tangan la..

penat okeh melilit bendalah nih
seminggu gak nk siapkan bingkai jer
tak stabil.. terpaksa sandarkan untuk bagi tegak.. 

konon tema lap u lap me la.. jiwang ler plak
ni assessment tyme..  
Ade banyak lagi yang classmate lain punya.. Nanti la tyme photoshoot amek gambo sume.. Bendalah nih pon ade photoshoot? Well.. seni sangat.. Kaitan ker? Huhu.. Aku nak kne ejas aku nyer kosong nih.. tambah per yang patut..

Tata..

rosak kuku aku wat bendalah ni


p/s: happy holiday kawan2.. Cuti, cuti jugak.. Jangan lupe TEmidRM

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]