Resepi | Muffin Roti Telur




Muffin Roti Telur

Bahan-bahan
12 keping roti
2 biji telur
2 sudu kecil lada sulah
Bawang dipotong dadu
Cili merah @ cili padi dihiris (ikut selera)
Daun sup @ daun bawang dihiris
Garam

Cara-caranya

1. Potong kecil roti ke dalam mangkuk.

2.Masukkan kesemua bahan dan gaul dan lenyekkan bersama roti tadi.

3. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin.

4. Bakar adunan dengan suhu 170°c selama 10-15 minit.

Selamat mencuba dan menjamu selera. Enak dimakan bersama sos cili.

Notakaki: Boleh tambah sosej, fishcake atau fishball ke dalam adunan.

Resepi | Muffin Milo



Muffin Milo

4 sudu Milo
4 sudu tepung gandum
4 sudu gula halus
4 sudu minyak
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Badam dan cip coklat

Campurkan semuanya (kecuali badam dan cip coklat) ke dalam bekas. Putar sehingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas muffin.

Bakar dengan suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Resepi | Tuna Macaroni Baked




Resepi Tuna Macaroni Baked

Bahan-bahan

Minyak zaitun
Bawang holland - 1 biji (potong dadu)
Bawang putih - 2 ulas (cincang halus)
Oregano - 2 sudu besar
Sos prego carbonara - 1 tin
Susu segar @ cooking cream - ½ cawan
Makaroni - 200 g
Tuna in olive oil - 1 tin
Chilli tuna - 1 tin
Sekeping cheddar cheese
Mozarella cheese - 1 paket
Garam - jika perlu


Cara-cara

  1. Rebus macaroni sehingga lembut. Tos dan asingkan seketika.
  2. Toskan tuna. Hancurkan dan asingkan seketika.
  3. Panaskan minyak zaitun. Kemudian tumiskan bawang holland, bawang putih dan oregano sehingga agak layu dan naik bau.
  4. Selepas itu masukkan sos prego carbonara dan cooking cream. Kemudian masukkan cheddar cheese. Kacau sehingga rata. Masukkan tuna. Kacau lagi sehingga sebati. 
  5. Kemudian masukkan macaroni ke dalam sos tadi. Kacau sebati. Tuang kesemuanya ke dalam loyang bersaiz 8" x 8".
  6. Akhir sekali taburkan cheese mozarella ke atas macaroni dan bakar ke dalam oven dengan suhu 200°C selama 15 - 20 minit.


Selamat Mencuba!!

**Nota kaki: 
Resepi menggunakan dua jenis tuna yang berbeza. Tetapi anda boleh memilih sama ada menggunakan 2 tin tuna in olive oil(tak pedas langsung-boleh tambah black pepper) ataupun 2 tin chilli tuna(pastinya akan menjadi agak pedas untuk dimakan oleh kanak-kanak).




Resepi | Bingka Labu Lemak Manis



Bingka Labu Lemak Manis

Bahan A
2 biji telur
2 cawan santan
½ cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir halus
½ cawan susu pekat manis
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega

Bahan B
2 cawan labu- yang telah direbus - toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih


Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C, sapu loyang dengan mentega atau alas dengan baking paper. Panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan A dan blender hingga tepung tidak berketul.
  3. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Seterusnya tuang ke dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Biarkan sehingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Selamat Mencuba!

Tips: Untuk permukaan yang berkerak, anda boleh menambah masa membakar dengan api atas selama 5 minit.


Baby oh Baby - 3rd Trimester 2.0

IUGR vs. SGA

Sambungan dari kisah yang sebelumnya. Bila klinik tempat scan tu bagi surat, dalam tu doc dah ada mention pasal IUGR. Ape kebende IUGR ni? Aku pun buat la pembacaan sikit².

Faktor-faktor yang menyebabkan IUGR adalah:

🔹Faktor daripada ibu: alcohol, merokok, sesetengah jenis ubat (corticosteroid, propanolol, dilantin, heroin), anemia, malnutrisi, berat badan ibu kurang daripada 50 kg, penyakit jantung, hipertensi kronik, hipertensi, connective tissue disease.

🔹Faktor daripada bayi: Masalah genetik dan kromosom, jangkitan kuman dalam janin ketika hamil.

🔹Faktor plasenta: placenta preavia, abruption placenta.

Yang nampak related dengan aku cuma berat badan ibu kurang dari 50kg.

Kes aku kena refer dekat bahagian pakar O&G. Tercari² aku amende la O&G ni. Rupa²nya obstetrik dan ginekologi. Aduhai doc. Tulis la penuh baru la senang nak mencari. Aku dah la tak pernah dengar term medik ni.

Doc dekat hospital besar kata kes aku bukan IUGR tapi SGA. Adoi.. Banyak pulak term. Kena research lagi. Aku kena datang check up dekat sana setiap minggu katanya. So tiap² minggu aku kena scan. Nak tengok pembesaran baby normal ke tak. Doc kata SGA ni boleh ada dua kemungkinan; 1) baby kecik sebab jangkitan. 2)baby kecik sebab keturunan. So doc kata jangan risau sebab dia check aku semua ok dan baby pun nampak normal. Dia membesar cuma agak lambat. Kalau keturunan, tu maknanya aku la keturunan pertama sebab berat family aku yang lain semua normal. Aku je yang underweight.😅 Kali kedua aku pergi check up, masa doc scan dia cakap baby girl. Aku pun pandang hubby senyum². Dah confius di situ. Boy ke girl? Hubby kata dia tetap rasa boy. Aku tak kesah pun. Tapi barang baby yang beli banyak jugak kaler biru. Kalau girl pun tak salah pakai biru kan. So aku beli jugak baju pink sikit. So nasib la keluar girl ke boy. Warna tak berdosa. 😝

[Intrauterine growth retardation (IUGR) vs small for gestational age fetus (SGA). Diagnostic aspects].

[Article in Polish] Cyrkowicz A, Czekański A.

Abstract
Fetal growth deficiency and low birthweight requires an accurate assessment and may be divided into two groups: 1. Intrauterine growth retardation (IUGR) which is strongly associated with a fetal structural malformation, infections (TORCH) and utreoplacental dysfunction considered to be the most common cause. 2. Genetically, constitutionally small baby (SGA) classified as a well-nourished, healthy and short baby. Taking into account clinical data, medical history, health state of a patient, serial ultrasound growth scan, Doppler ultrasound, cardiotocography and enzymatic monitoring may proved to be useful to differentiate between these two problems.
Kesimpulan yang aku dapat dari research ni, IUGR lebih bahaya dari SGA. Moga baby sihat dan selamat hendaknya.

Rujukan:
1. http://www.majalahpama.my/mobile/apakah-bayi-iugr-1.271744 

2. http://www.myhealth.gov.my/kecil-dari-usia-kandungan-sga/?viewid=tag%2Fwindows-10%2F
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9640869

Baby oh Baby - 3rd Trimester

Assalamualaikum.

Eh..eh.. 1st takde, 2nd pun takde. Tetiba 3rd pulak. Di hujung² kehamilan ni tetiba pulak rasa nak share pengalaman pertama nak jadi ibu ni. (Macam tak percaya je)

Kalau diikutkan kiraan, hari ni kandungan dah mencecah 30 minggu 4 hari. Senang kata kalau org tanya, "Dah pregnant berapa bulan?" Aku jawab, "7 bulan dah." Orang tanya lagi, "Eh, keciknya perut. Tak macam 7 bulan pun."

Kisahnya pada minggu ke 27, aku ngan hubby nak pergi scan baby. Nak tau jantina lah kononnya. Hubby kata mesti baby boy. Aku tak kesah la boy ke girl. Asalkan sihat sempurna. Bila dah scan, jantinanya tak confirm pun. Doc pun main agak² je kata macam boy. Tapi bebird tak nampak pun. Baby aktif sangat dok pusing². Masa scan boleh pulak tunjuk bontot 😅. Macam mana nak tengok nyer. Tapi masa tu jugak dapat tahu yang saiz baby kecik dari saiz normal. Sepatutnya saiz untuk 27 minggu tapi baby saiz baru 24 minggu. Doc bagi surat suruh refer dekat klinik kesihatan yang buat check up setiap bulan. Masa tu aku fikir, baby ok kot. Aku lengahkan bagi surat sampai waktu check up (seminggu lepas scan).

Masa hari pergi check up (minggu ke 29), aku baru bagi surat tu. Nurse tak cakap apa sangat. Dia check yang rutin jer. Tapi bila jumpa doc, dia la yang bising sebab tak bagitahu as soon as possible (lebih kepada sindir aku 😑). Doc cakap, "sama ada doc yang scan tu rasa tak penting atau awak yang rasa tak penting." Duhh.. Aku rasa macam kena tunjal kepala. Baru aku rasa macam, bahaya ke kalau macam ni. Lepas tu doc suruh refer dekat hospital besar. Kes IUGR. Pergh..Risau gila rasanya.

Bersambung....


Throwback: Projek Kahwin

Dah dua bulan kawen. Tetiba rindu pulak nak update blog.
Hari ni rasa nak cerita projek DIY yang dibuat sebelum majlis kawen 16/07/2016.

Berbekalkan kekreatifan yang ada dalam diri. ada benda-benda yang aku buat sendiri jer. Antaranya seperti bunga telur, bunga tangan, guestbook, photobook props. Kad kahwin, paper bag dengan bunting pun aku design sendiri.

1) Bunga Telur

Bunga telur a.k.a bunga pahar aku buat sendiri. Gigih tak gigih la ngadap bende nih. Aku guna karakter KATAK (simbolik sebagai aku) dan PANDA (simbolik si dia).

Material: Kain Felt

Panda in progress
Sejambak Panda

Sejambak Katak

Aku tak sure la ni panggil bunga telur ke katak/panda bertelur.


2) Bunga tangan

Bunga tangan ni aku dah buat lama giler. Setahun lebih sebelum kahwin. Masa tu tunang pon belum. Excited terlebih kot. Huhu..




3) Veil

Veil ni aku buat kononnya nak pakai masa sanding. Pastu alih-alih ambik pakej pelamin sekali dengan baju, veil semua. So veil ni aku pakai masa photoshoot outdoor.



Kalau nak sewa set baju kahwin ni agak2 ada yang nak sewa tak?


4) Guestbook

Teknik: Quilling




4) Kad Kahwin / Paper Bag 

Yang ni aku design sendiri. Lepas tu aku upah print jer. Tu pon cari dekat fb jer. Aku malas nak pegi cari kedai nak print. Yang gambar karikatur tu bukan aku lukis ye. Yang tu aku generate guna MomentCam jer. Boleh download dekat Google Play Store.

Kad Kahwin

Paper bag aku print dua jenis. Satu guna white paper, lagi satu brown paper. Yang ni aku buat dekat Langat Art Paper Bag Ekonomi. Kalau korang takda idea nak design macam mana, diorang ada juga design ready made. Korang pilih je nak yang macam mana.

Paper bag
Button badge

Sebenarnya ada lagi yang tak masuk dalam list ni. Ni saja je share kot2 boleh memberi inspirasi kat korang. Huhu. 

Ok..Chow.


Part 7 (Final) : Aku & Braces

Assalamualaikum.

Berakhir sudah penantian selama 2 tahun.

Gambar terakhir sebelum tanggalkan braces

Gambar pertama setelah bukak braces
Rasa agak weird lepas bukak. Orang2 yang biasatengok aku berbraces kate aku macam pakai gigi palsu (ahh..kejamnyer T_T)

Selepas dah tanggalkan braces, korang jangan ingat korang boleh berbahagia saja. Ada rutin baru korang kena buat.

Retainer
Ini nama die retainer. Tujuannya untuk kekalkan bentuk gigi. Rugilah bila dah berhabis nak cantekkan gigi tapi taknak jaga.


Cara Pakai RetainerOption 1:  Pakai siang dan malam selama 6 bulan. Lepas tu boleh pakai malam atau jarang2.
Option 2:  Pakai siang dan malam selama 3 bulan. Lepas tu continue pakai malam selama2nya. Takdela. Mungkin lepas 3 @ 4 tahun bleh la pakai seminggu sekali ke. 

Erm.. memang macam pakai gigi palsu. -___-
Aku pilih option 2. Pakai masa tidur tu takde masalah. Tapi bila pakai masa siang tu rasa tak selesa. Agak terganggu bila nak bercakap atau telan air liur. Geli jer lelangit kena retainer nih.

Kepada yang teringin pakai braces, GOOD LUCK.
Beauty is Pain.

Jom Makan: Restoran Mozer's, Shah Alam

Assalamualaikum.

Tengah fikir nak makan di mana hujung minggu ini? Apa kata korang cuba makanan Arab di Restoran Mozer's.

sumber: Google

Meh nak belanja gambar sikit.

Ni nama dia Datin Ja. Haha.. Harap dia tak baca blog aku.


Nampak tak meriah meja tu dengan makanan.

Dekat sini bukan semata-mata Nasi Arab je. Ada macam-macam lagi makanan sampingan lain. Disebabkan tak ditaja seperti Naz dalam JJCM, takde lah nak cuba semua makanan. Harga berpatutan dan mengenyangkan. Daging kambing dia, pergh lembut giler. Ayam dia pun sedap sehingga menjilat sudu. Aku tak reti nak komen panjang pasal makanan. Sebab aku hanya tau makan je. Hahaha.


Alamat:
12G, D'Bayu, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong.

Part 6: Aku & Braces

Assalamualaikum..

Tak sabar rasanya nak bukak braces. Masuk bulan ni dah 1 tahun 4 bulan. Tiap-tiap bulan seronok tukar getah sebab boleh pilih nak kaler ape.

1-3 bulan pertama

Bulan ni buat kelainan sikit la. Asyik satu kaler jer. Apa kata buat mix pulak.

Biru & pink uolzz

Pikir bulan depan mix kaler ape pulak ye.

Part 5: Aku & Braces

Assalamualaikum & Good Morning.

Hari ni aku cuma nak share contact tempat aku buat braces tu.


Chee Dental Clinic
Klinik Pergigian Chee
Alamat: 5-2-2, Jalan Setia Prima U13/R, Bandar Setia Alam, 40170 Selangor.
Tel: 03-3343 1343

Berminat?
Call dan set lah appointment.

Nah..Belanja gambar sikit. Selepas 1 tahun pakai braces.


Resepi | Mee Goreng Basah Lencun

Lapar rasanya tapi da bosan pulak makan nasi. Teringin pulak nak makan mee goreng basah macam kat kedai. So aku nak share resepi campak2 bagi korang yang malas nak masak leceh2.


Bahan-bahan (Untuk seorang)
  1. Bawang merah (Nama pun untuk sorang. Agak2 jer lah nak guna banyak mana)
  2. Bawang putih (Aku guna seulas jer. Tak suka kalo tergigit)
  3. Cili kering (kisar)/ Cili Boh (sesedap rasa)
  4. Sos tomato & sos cili
  5. Kicap Masin/Manis (sesuka hati)
  6. Air (ikut nak selencun mana nak, secawan pun ok)
  7. Garam
  8. Sebiji Telur 
  9. Ayam potong kecik
  10. Mee kuning (rendam)
  11. Sawi

Cara-cara

1) Tumbuk bawang-bawang yang ada.
2) Tumis bahan-bahan mengikut urutan(bahan 1 sampai 5)
      Bahan 1& 2 sampai wangi
      Bahan 3 sampai pecah minyak
3) Lepas tu masukkan air.
4) Masukkan garam. Beragak sikit letak tu sebab kicap tu dah masin. So rasa lah dulu.
5) Masukkan telur, kacau sampai hancur lebur luluh. Tujuan nak bagi kuah pekat.
6) Masukkan ayam. Kacaulah sampai agak2 masak ayam tuh.
7) Then masuklah mee. Untuk seorang yer. Kalau mampu makan sampai sebungkus tu terpulang lah.. Huhu.
8) Akhir sekali masuk sawi. Jangan sampai layu sangat. Hilang khasiat dia.

SIAP!!

Lap sket air liur yang meleleh tu.. Teruk noo nengoknyer.










Night at the Museum: Secret of the Tomb

Premiere Screening: NATM - Secret of the Tomb

After two unforgettable Nights at the Museum, Ben Stiller and company are back for another exciting night of adventure and laughs! Our new adventure begins at the opening of the new Planetarium in New York, when our museum heroes lose control of their minds and bodies as the tablet that brings them to life slowly begins to deteriorate. Only Ahkmenra’s father knows the secret to restoring the tablet and as fate would have it, he’s displayed in London. The action moves to the famed British Museum of Natural History where, with a little help from some ‘new’ friends, they must risk everything to discover the secret to the magic tablet and repair it before Larry loses his museum friends forever.

Local Release Date: 25th Dec 2014

Screening Details//mark your calendars! 
Date: 23rd Dec 2014
Time: 9.15pm
Venue: GSC 1 Utama (Hall 9)

https://www.facebook.com/kerorokeroppi/posts/10204625929802481?pnref=story

How to win?
Just click HERE!

I want to touch a DOG??

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kecoh di media, laman sosial tentang program I WANT TO TOUCH A DOG anjuran satu pihak. Aku taknak komen pun pasal hal tu sebab da ramai giler yang komen pasal tu. Tapi disebabkan kes tu tetiba post aku yang dah bape kurun mencanak view nyer.





Tu jer aku nak share. Hehe..

Kurangkan gosip, tingkatkan keimanan!

Review: The Book Of Life (2014)


Sinopsis
Filem ini mengisahkan perjalanan Manolo Sánchez, seorang pemuda yang berbelah bahagi antara memenuhi harapan keluarga dan mengikut gerak hati. Jatuh cinta dengan María yang cantik, tetapi perlu memerangi kasih sayang Joaquín yang kacak, untuk memenangi hatinya. Roh La Muerte dan Xibalba bertaruh siapa yang akan berjaya memenangi hati María.
Oleh kerana takut kalah dalam pertaruhan selepas María jatuh hati dengan Manolo, Xibalba menghantar seekor ular membunuh Manolo, berharap Joaquín akan menjadi kekasih María. Untuk kembali kepada dunia manusia dan María, Manolo memulakan satu perjalanan yang tidak masuk dek akal dengan merentangi tiga dunia fantasi di mana dia mesti menghadapi yang ketakutannya dengan hanya bersenjatakan kepintaran, gitar dan dua pedang dia.

Direktor
Guillermo Del Toro, Jorge Gutierrez

Pelakon
Channing Tatum, Zoe Saldana, Diego Luna, Christina Applegate, Ice Cube, Kate del Castillo, Ron Pearlman

Genre
Animasi , Komedi

Manolo Sánchez
Manolo Sánchez
Dia ni lah watak utama dalam cerita ni. Seorang yang romantik, suka menyanyi sambil bermain gitar, keturunan kepada pelawan lembu yang terkenal, Sánchez. Dia taknak jadi pelawan lembu sebab hatinya penuh kasih sayang dan tak mahu membunuh lembu.

Maria Porsada

Joaquin (sebut betul2)

Chuy (hadiah daripada Manolo)
Review
Ape yang aku suka tentang movie ni ialah illustation grafik dia. Sangan cantik dan berwarna warni. Dibuat pulak dalam 3D. Karekter pun comel2. Jalan cerita pun best. Manolo memang sweet. Tapi Joaquin suka sangat potong line dia. Dia yang tolong selamatkan kampung dari kacau bilau, tapi Joaquin lak yang dapat nama. Kesian. There's always happy ending in every fairy tale story. Tapi rasanya tak sesuai kot untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Tengok jangan tak tengok. 

Rating
✮ ✮ ✮ ✮ ☆

Nak tiket free? Jom join KLIPS!
Nak duit? Join 8share!

Part 4: Aku & Braces

Lebih kurang 3 bulan aku pakai kawat besi kat gigi aku ni. Happy tengok gigi2 semua da tersusun. No more taring, no more berlapis. Cuma rongak tu memang take time la kan. Kalau tak, takkan nak kena tunggu sampai 2 tahun.

Ketara kan perubahannya?

Review: Annabelle (2014)





Sinopsis 
John Form telah menemui hadiah yang sempurna untuk isterinya, Mia bagi memenuhi harapannya - satu boneka vintaj cantik, luar biasa dengan baju pengantin perempuan berwarna putih. Tetapi kegembiraan Mia dengan Annabelle tidak bertahan lama. Pada suatu malam yang menakutkan, rumah mereka diserang oleh pemuja ajaran syaitan, yang menyerang pasangan itu dengan ganas. Tumpah darah dan keganasan ialah bukan semua mereka tinggalkan. Pemuja tersebut telah menjelma sebagai satu entiti yang berniat jahat... Annabelle.

Pre-screening @MBO Citta Mall

Review
Masa first aku tengok trailer movie Annabelle ni, aku da perasan macam pernah tengok jer patung Annabelle ni. Rupanya dalam cite The Conjuring. Aku pelik oh macam mana bini dia boleh suka patung macam tu. Muka patung tu jer pun da cukup scary. Tak perlu takut sangat tengok cite ni. Patung Annabelle ni takde langsung serang orang, Cuma mungkin dia bosan duduk atas rak, so dia duduk atas kerusi goyang. Bila dia lapar, dia masak pop corn sampai terbakar rumah. Cuma ada satu babak dia bergerak, tu pun cuma berdiri beberapa minit sebelun dibawa terjun dari tingkap. Apapun, director filem ni berjaya memberikan mood seram kepada penonton melalui sound effect dan muka Annabelle yang sedia seram tu.


Rating
✮ ✮ ✮ ☆ ☆


Nak tiket free? Jom join KLIPS!
Nak duit? Join 8share!

Part 3 - Aku & braces

Assalamualaikum... Goooood morning..

Perghhhhh.. Sakit bak hang.. Ari ni 2nd day bergigi besi. Seriously agak tak selesa sebab ada something dalam mulut. Nak makan makanan yang kena kunyah memang tak bley ar. Gigi-gigi ni berlaga pun da sakit. Apetah nak melagakan secara paksa (makan).

Setelah seminggu dicabut gigi sebanyak 4 batang, so semalam dipakaikan pagar besi kat gigi. Feeling kena cabut gigi 4 batang pun sengsara gak. Bius dia bukan main banyak. Kebas sampai ke hidung. Tak rasa macam ade bibir. Bengkak ase macam Angelina Jolie. Muke tegang macam pakai botox. Masa cabut tak sakit pun. Tapi start malam memang terasa lah. Darah pun lambat nak benti. Dua tiga ari jugak la baru lega sikit sakitnya. Nak makan pun xley nak kunyah. Gigi yang dirongakkan tu gigi geraham kecik.Tempat mengunyah. Takkan nak kunyah guna gigi depan. Homaii...

Dan sekarang lagi sakit dari kena cabut gigi. Masa pasang tak sakit pun tapi setelah seharian, bangun tidur.... ohhhh memang terasa sakit. I don't think boleh makan dengan selesa. Takpelag.. Berlatih kurang makan lagi2 nak dekat bulan Ramadhan ni. Skang ni pun berat aku da turun. Sampai abis puasa ni aku ase makin la mendadak turun.

Beauty is Pain
Inilah pelaburan untuk diri sendiri. Berhabis pun puas hati bila keinginan tercapai. Terseksa sekejap je.

Part 2 - Aku dan braces

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua! For those yang baca ni tetiba tengok dah part 2 tapi mana part 1? Maksudnya aku belum post pon yang part 1. Da taip panjang lebar part 1 tapi save lat laptop pulak. Ni aku curi masa menghupdate blog time keje. Dalam part 1 aku ade cite pasal cost buat braces. Sape yang nak tau, please wait sampai aku hupdate balik part 1.

Debaran semakin menanti. Esok my next appointment. Balik2 keje kena berkejaran ke setia alam. Takdela berkejaran. Merempit jer. Aku tak dapat bayangkan macam mana kena cabut 4 batang gigi sekali gus. Konfem sengsara punya bila da hilang ubat bius. Anyone ada pengalaman tentang persediaan mental dan fizikal sebelum dicabut gigi? Last aku cabut gigi pun zaman kanak2 dulu. Kes takut cabut gigi la ni gigi jadi cani. Kalo dari dulu tak takut cabut gigi mesti tak melayang wang beriban.

Benda yang aku wondering berapa lama masa antara cabut gigi dengan braces instalment. Takmau la aku rongak lame2. Nak bercakap pun malu nanti. Kang bajet ayu sangat pulak bercakap tutup mulut padahal kaver rongak. Berdasarkan pengalaman member aku, the following week da boleh pasang braces. Maknanya seminggu la cakap tutup mulut. Kang nak pakai purdah tetibe orang cakap buang tebiat. Niat salah pun tak baik jugak kan.

Sebelum aku dok merepek meraban lagi, baik aku stop skang. Nanti aku hupdate lagi next part. See ya!


Part 1 - Aku dan braces


Assalamualaikum.. Fuhh.. Berhabuk suda blog ni. Busy sangat lah kononnya. Zaman belajar tak sama dengan zaman bekerja. Dulu 24 jam ngadap laptop dengan connection wifi walaupun tak berapa laju. Sekarang ni setakat ada mobile data tak best nak menaip panjang2 guna fon. Cukup setakat ni intro.

Semenjak dua menjak ni keinginan nak berbraces agak memuncak. Sepanjang minggu ni aku habiskan banyak masa aku dok mengadap fon semata2 survey klinik-klinik yang buat braces dengan harga yang berpatutan dan mampu dibayar. Aku just survey harga untuk metal braces. Kalau yang jenis lain tu macam damon braces ke, self-ligating ke  memang aku tak mampu. Aku just tanya melalui emel. Aku malas nak call2 nih. Bagus diorang ni reply emel aku cepat. Mostly harga untuk metal braces harga dalam 5k ke atas.

Reply yang paling awal aku dapat dari Signature Dental Clinic, Kota damansara. Aku mula2 agak interested sebab kat emel dia kata range harga dalam 3k-7k depend on case. So aku bajet untuk metal braces maybe dalam 3k-4k jer. Then aku set date appointment. Bila Dr. da cek gigi aku dia kata untuk case aku 6.6k! Downpayment 3k. Halamak.. Mana aku nak cekau duit 3k. Tu belum termasuk x-ray lagi. Memang terpaksa reject la. Lepas tu aku buat lagi survey secara gigih untuk dapatkan quote harga yang lebih murah.

Antara klinik yang reply emel aku:-

Signature Dental Clinic - 6.6k (after checkup)
Uptown dental surgery - 5k - 6k
Idramawar Dental Clinic - 5k
Rohaya Dental Clinic - 5.5k
Loo & Foo Dental Surgery - 5k - 7.5k

Semua harga yang ditawarkan oleh klinik di atas adalah untuk installment braces yang kena bayar dalam masa lebih kurang 2 tahun treatment. Tak termasuk harga x-ray dengan acuan gigi. Nak kena cabut gigi lagi. So before nak buat korang nak kena ada 2k - 3k dalam tangan.  Kiranya kalau aku buat dengan signature tu total ade la dekat 7k. Homaigoddd...

Till one day aku dapat call dari Klinik Pergigian Chee. Baik jer dengar akak(akak ke??) yang call aku tu. Dia kata harga untuk metal braces 4k. Aku cakap dalam ati, ok ni boleh da nih. Lagi yang more interested harga 4k tu termasuk xray dan acuan gigi. Cuma cabut gigi jer tak termasuk. Satu batang rm50. Yela.. Bukan semua yang cabut gigi tu sama banyak. Cam kawan aku dulu kene cabut 4 batang! Giler sengsara aku tengok darah penuh dekat kapas gigi. Aku maybe dalam 2 batang je kot. Berdasarkan check up sebelum ni lah. Tapi nanti tak taw la.  Downpayment pun RM1500 je. Jadi ia dalam bajet aku.

Aku pun terus wat appointment minggu depan. Hope semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak bergigi besi. Hoyehhh..

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]