TINGGALKAN LINK KORANG KAT SINI...

✿ Kelab Sk0deng ✿

Tuesday, February 7, 2012

Hukum Pegang Anjing : Sentimen atau fakta?



Beb.. Blog aku ade anjing. Nak kena samak/sertu ker..?

Isu pegang anjing ni antara isu yang terhangat di blog2 dan disebarkan dengan meluas dekat laman2 sosial terutamanya facebook la kan. Biasanya melibatkan golongan artis yang beragama Islam.. Yang bukan artis pon ada jugak yang kena kalau ada gambar yang tersebar.

Aku tulis entri ni sebab sekarang ni tengah kecoh pasal sorang artis ni bergambar dengan anjing. Firstly, aku tak taw nape ade pihak yang tak bertanggungjawab dengan sewenang2nya menyebarkan gambar tu dan hal itu telah menimbulkan fitnah. Secondly, disebabkan cerita tu, golongan2 yang terasa hebat agamanya telah bercakap seolah2 ahli agama yang tahu segala-galanya dan tak kurang yang kononnya memberi nasihat tetapi guna kata2 yang kesat.

Aku bukan nak backup mereka yang terlibat memegang haiwan najis berat. Aku cuma harap meraka2 yang salah tafsir tahu apa yang dinamakan najis berat dan tidak sewenang2nya meletakkan hukum.

Jom tengok komen2 di bawah:



Ok.. Cukup dua ni jer. Rasanya adakah ini cara menasihati orang?

Pegang anjing ataupun khinzir tu tak haram pun. Yang haram tu adalah memakannya. Kalau tak, nape tolong anjing pon boleh masuk syurga?
Nak banding dengan pegang arak.. Pegang arak tu dosa. Tolong bawak pon dosa.
Pegang tangan bukan mahram... lagi la berdosa. Kepala kena tusuk besi lagi baek tau.. Bley bayang kepala kena tusuk besi?

T_T

Aku rasa benda ni tak perlu jadi isu besar pun. Lebih baik utamakan isu aurat, sebab menutup aurat tu wajib. Atau isu pergaulan bebas, yang menyebabkan berlakunya zina.

Apa kata ustaz? Tengok video di bawah...







p/s: Kalo da xde sebab musabab nak pegang sangat tu kenapa? Ce pegang katak ke, ular ke takde orang nak bising. Peace Yo..

2 mikroorganisma:

athirah said...

tapi yang peliknye, dalam banyak2 binatang kat alam semesta ni, nape anjing jugak yang nak dipegangnye...

nik aiman said...

@athirah
saudari, tu bukan persoalannya.disebabkan sikap prejudis msyrkt kita yg mnganggap haram anjing itu dipegang,maka kita akn sntiasa tgok prbuatan memegang anjing itu sbagai satu kslhn yg bsr..kita brhujah dgn dalil dan bukti,bukan ats dsr prejudis dan pandangan semata-mata... slhnya dia dlm gmbar tu ptutnya diketengahkan dari segi aurat,yg terang2 HARAM didedahkan, itu yg lagi utama,bukannya anjing itu,yg hukumnya harus dipegang... persepsi msyrkt kita dah lari drpd pnduan..kenapa xnak kritik smua artis Islam yg mdedahkan aurat dan jadikannya bsr?bukankah itu g utama drpd prkara ini? pikir2 kan

Related Posts with Thumbnails