Dalam sedar atau tidak sedar telah banyak kesalahan kita telah lakukan. Sama ada kita ingin berubah atau buat tak tahu itu terpulang pada diri kita sendiri.

semua topik perbualan anda dan rakan2 adalah berkisar tantang balak/awek, atau filem atau artis.

anda lebih banyak menghabiskan masa di kelab2 malam daripada di masjid semasa bulan Ramadhan.

anda tak ingat pun bilakah kali terakhir anda tanya sesiapa jika anda tidak faham sesuatu perkara tentang Islam.

anda mempunyai masa untuk menonton 3 filem setiap minggu tapi tak mempunyai masa untuk solat pun.

Quran anda sudah berhabuk atas almari.

anda bersendirian dalam keadaan sunyi, suara hati anda hanya menyanyikan lagu2 tangkap cintan.

anda mula berasa segan untuk memberi salam "Assalamualaikum" (takut nampak skema)

jarang sekali terpikir bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda.

anda tau yang mana baik yang mana salah, tapi anda boleh buat sesuka hati anda walaupun ada rasa bersalah.

anda mula putus harapan untuk mengimpikan syurga kerana anda rasakan anda tidak layak selepas merasakan itu saja takat kemampuan anda.

anda tidak tahu kenapa anda tidak pernah merasakan kebahagiaan yang sebenar dalam hati anda dan anda tertanya2 kenapakah nasib baik anda tidak berpanjangan (lupa tentang hakikat takdir ketentuan)

hari yang paling menggembirakan dalam hidup anda setakat ini hanyalah masa Valentine's day atau semasa anda berdating bersama awek/balak.

anda tidak teringatkan Nabi Muhammad s.a.w walaupun sekurang2nya sekali sehari.

apabila anda mendengarkan seorang Muslim mengalami kesusahan, anda merasakan bahawa anda tiada kaitan dengan mereka (orang Islam kan bersaudara?)

'kawan rapat' anda adalah daripada jantina yang berlainan walaupun belum mempunyai sebarang ikatan pernikahan.

anda tidak bersemangat/berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.

anda merasakan bahawa anda memang dilahirkan untuk jadi jahat.

apabila membaca/mendengar ayat2 Quran terjemahan (bahasa yang anda paham), anda tak rasa apa2 (tak terasa pedas/tersentuh).

anda berasa bangga dan menjadi lebih gedik/berlagak macho apabila ada balak/awek meng'usha' atau ajak anda keluar

rakan2 anda tak pernah tegur perbuatan buruk anda dan anda pun tidak pernah menegur perbuatan buruk rakan anda (sebab dah lali)

anda tidak kisah jika anda masuk neraka

anda memisahkan kehidupan anda daripada Islam. Islam dan hidup anda adalah 2 entiti yang berbeza. Contoh: anda cuma ikut ajaran Islam untuk part2 tertentu cam bab makan halal haram..tapi bab bersentuhan dengan lelaki/perempuan anda tak kesah pun halal/haram.

anda terima bulat2 segala pendapat ahli2 falsafah barat lebih daripada Quran/ulama' sendiri.

anda sentiasa berasa tidak tenang.

anda mersakan bahawa DOSA sudah sebati dengan diri anda..jadi tak perlu susah2 bertaubat.

anda bercita2 ingin mengelilingi dunia tapi anda tidak pernah langsung terfikir untuk menunaikan haji di Mekah.

anda tidak pernah menangis kerana Allah.
sumber:
Facebook
Renung-renungkan dan selamat beramal...