Showing posts with label assignment. Show all posts
Showing posts with label assignment. Show all posts

Solat..? Nantilah dulu...

Assalamualaikum.

Solat itu tiang agama. Tiada tiang runtuhlah agama ibarat rumah tiada tiang. Ramai yang tahu tapi ramai jugak yang buat-buat tak tahu.

Assignment dengan solat mana lagi penting?

Alaa.. assignment tak siap lagi ni. Nanti tak sempat nak hantar kena hantar sebelum pukul 2.

Sanggup mengadap assignment berjam-jam tapi ank berhenti 5 minit untuk solat pun susah? Salah siapa yang buat kerja last minit. Kalau buat assignment tengah malam, sanggup berjaga sampai pagi. Tapi tak sanggup berjaga buat qiamullail.

Shopping dengan solat mana lagi penting?

Sakan bershopping, bersuka ria dengan kawan-kawan. Pergi BJ, QB, Gurney, pesta.....

A: Weyh.. Kita tak solat solat maghrib lagi nih
B: Nanti la jap lagi

Jalan punya jalan berkumandanglah azan Isyak. Maghrib tah kemana. Dosa jer yang dapat. Berbaloi ke? Waktu biasa solat je macam biasa. Tapi bila keluar pergi mana-mana, pandang ringan je solat. Ada kawan yang jenis alim sikit, barulah solat. Kena pulak keluar dengan orang yang memang tak solat, memang diri yang tak kuat iman pun sekali join. Macam nak kata kalau keluar tu tak solat pon takpe lah. Alasannya:-
  • Surau kecik sangat (gilir-gilir)
  • telekung kotor (bawak sendiri punya)
  • Tak tahu surau kat mana (tengok map, tanya orang)
  • Sempat solat balik nanti (lagi setengah jam nak habis waktu)
  • Bukan selalu pun tinggal solat (mati tak kira waktu)
  • Nanti kalau tak sempat qada' je lah (qada' kejadahkah?)
  • dan lain-lain

Solatlah di mana sahaja

Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa keuzuran hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu. Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya. Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu (tidur setelah masuk waktu solat) dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak (assignment, shopping, karaoke,dsb).

Ini adalah untuk peringatan aku sendiri dan kawan-kawan. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang sengaja meringan-ringankan solat. Amin....

Si Katak dan Orang tua

Bukan cerita cuma lukisan.. Aku bukan terer melukih ni.. Amatur jer. Aku tak suke pon melukis-lukis ni. Ni terpaksa sebab esaimen.. =_=


medium: charcoal

medium: art pen

Kosong.. kosong...

Assalamualaikum dan selamat tengah malam..

Ini bukan tajuk lagi.. Aku tak minat pon lagu tersebut.. Maap la kepada kipas susah mati lagu tersebut or penyanyi lagu tersebut. Ni pasal esaimen aku benonyer.. yang berkaitan dengan.....

Kosong bukan sekadar kosong.. Tulis no "0" memang senang.. tapi bila guna dawai nih, mmg menguji kekuatan tangan la..

penat okeh melilit bendalah nih
seminggu gak nk siapkan bingkai jer
tak stabil.. terpaksa sandarkan untuk bagi tegak.. 

konon tema lap u lap me la.. jiwang ler plak
ni assessment tyme..  
Ade banyak lagi yang classmate lain punya.. Nanti la tyme photoshoot amek gambo sume.. Bendalah nih pon ade photoshoot? Well.. seni sangat.. Kaitan ker? Huhu.. Aku nak kne ejas aku nyer kosong nih.. tambah per yang patut..

Tata..

rosak kuku aku wat bendalah ni


p/s: happy holiday kawan2.. Cuti, cuti jugak.. Jangan lupe TEmidRM

Last Assignment on progress

Alhamdulillah.. Ari ni da lepas 2nd last esaimen. Walaupun ase cam teruk jer buat, orang len sume gempak2, tp takpela.. tu jer yang terdaya.

So, boleh la kite berjimba! Huh.. sejak bile aku guna perkataan nih?

Aku nak share ngan korang progress my last assignment yang nak kena hantar hujung minggu ni. Tak cantek pon.. ni la 1st tyme aku guna software ni, Autodesk Maya 2011.

Ni mula2 aku buat.. ruang tamu ker? kecik giler kan? Sebenarnya  aku nak buat  bilik.. Tapi sampai sudah aku tak buat katil. So aku tukar fikiran nak buat ruang tamu.

Kemudiannya aku renovate la kasik besar sket. Sian plak orang rumah aku dok uma kecik sgt.. Orang rumah...? Haha.. Konon nak buat english style la nih.. siap ngan laptop vaio..
Ni yang latest aku buat.. da ade meja makan plak.. 
Kesimpulannya, bende nih tak siap lagi!!
Adess.. >_<
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]