Cara Propose yang Sweet..

video

Untung la dapat bakal suami romantik..
Harap dapat jugak camtu.. Hikhik.. (ketawa gedik)

Kepada bakal suamiku
Sila jangan tiru cara ini
Wat cara lain pulak
Lain dari yang lain
Hahaha..

ni pemilik video: Dena Bahrin

10,000 langkah untuk lebih sihat anda!

Gaya hidup kita yang sibuk dan pantas memerlukan kita bukan sahaja aktif setiap hari tetapi juga untuk melihat apa yang kita makan setiap hari terutamanya penggunaan garam dan gula.

Adakah anda tahu bahawa hanya dengan berjalan 10,000 langkah setiap hari, anda membakar lebih daripada 300 kalori? Dengan memilih tangga dan bukannya lif atau berjalan ke sebuah taman dari destinasi anda dan memperuntukkan masa untuk pergi berjalan-jalan, ia boleh membantu menguatkan otot dan tulang anda.

Berikut adalah beberapa tips:
  • Cari kasut yang boleh digunakan sebagai kasut kerja dan kasut berjalan supaya anda sentiasa bersedia untuk berjalan. 
  • Jangan e-mel rakan sekerja anda, berjalan kaki kepada mereka sebaliknya. Simpan e-mel dan panggilan telefon untuk bercakap dengan mereka untuk kenalan lebih dekat

Fikirkanlah tentangnya akan datang apabila anda bertanya khabar kepada rakan-rakan anda dan orang tersayang. Beberapa langkah setiap hari boleh menjadikan anda lebih cergas dan sihat! Juga jangan lupa untuk mengurangkan karbohidrat dan hanya memakan apa yang badan anda perlu mengekalkan kehidupan yang sihat.
Selamat Bercuti!

Jom Rilek² Yuk!

Tarikh: 24 Dis 2011
Tempat: Tanjung Asam, Penang

Ukhwah kerana Allah itu.. 
Bahawasanya tidak terhenti di dunia.. ♥










Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433



Assalamualaikum..

Seawal jam 9 pagi Dewan Budaya, USM dah penuh dengan tetamu. Sebab katanya majlis start pukul 9 pagi. Sampai ke belakang  pintu masuk pon orang penuh. Siap berdiri lagi. Macam gambar kat bawah. Tak cukup kerusi, tangga pon boleh la.

Aku rasa sebabnya penangan Ustaz Kazim ni hah.. Antara pendakwah yang terkemuka sekarang. Sangatlah tak sesuai buat kat dewan budaya. Patutnya buat dekat DTSP. Lagi besar.. Tapi mungkin jugak ada sebab kenapa tak buat kat situ. Kita manalah tau kan. Ucapan + ucapan + anugerah + anugerah sume hampir kol 11 baru start ceramah.



Jujur la aku cakap, aku takda la nak dengar ucapan2 perasmian tu sume. Just nak dengar ustaz kazim jer. Dan aku rasa ramai jugak camtu.. Sebabnya, habis jer ustaz kazim sebut "wabillahitaufiq walhidayah...."
terus jer ramai yang keluar. Huhu..


Tak dapat lah nak amek gambo dekat2. Den da la dok blakang. Kamera tak canggih plak tuh.. Huhu..
ok la.. len kali jemput ustaz azhar pulak..

Last Assignment on progress

Alhamdulillah.. Ari ni da lepas 2nd last esaimen. Walaupun ase cam teruk jer buat, orang len sume gempak2, tp takpela.. tu jer yang terdaya.

So, boleh la kite berjimba! Huh.. sejak bile aku guna perkataan nih?

Aku nak share ngan korang progress my last assignment yang nak kena hantar hujung minggu ni. Tak cantek pon.. ni la 1st tyme aku guna software ni, Autodesk Maya 2011.

Ni mula2 aku buat.. ruang tamu ker? kecik giler kan? Sebenarnya  aku nak buat  bilik.. Tapi sampai sudah aku tak buat katil. So aku tukar fikiran nak buat ruang tamu.

Kemudiannya aku renovate la kasik besar sket. Sian plak orang rumah aku dok uma kecik sgt.. Orang rumah...? Haha.. Konon nak buat english style la nih.. siap ngan laptop vaio..
Ni yang latest aku buat.. da ade meja makan plak.. 
Kesimpulannya, bende nih tak siap lagi!!
Adess.. >_<

Jom uji pandu Volkswagen dan berpeluang memenangi iPad 2!



Dari 1 November hingga 31 Disember 2011, Volkswagen Polo ganjaran, Golf atau pemilik Passat CC, dan sesiapa sahaja yang datang untuk pandu uji dengan hadiah-hadiah menarik. Anda masih mempunyai masa, cepat!


Peraduan Pandu Uji

Anda berpeluang untuk membawa pulang iPad baru pada kali berikutnya anda memandu uji sebuah kereta Volkswagen. Sehingga 20 iPads untuk dimenangi sehingga akan terdapat 10 pemenang bertuah setiap bulan. Apa yang anda perlu lakukan adalah datang pandu uji.


Cara-cara untuk menang dalam 3 langkah mudah:

Langkah 1: Lawati bilik pameran Volkswagen yang terdekat dan memandu uji Polo, Golf atau Passat CC.

Langkah 2: Lengkapkan borang peraduan.

Langkah 3: Semak kembali ke laman web ini untuk melihat jika anda adalah yang menang!

EdCoustic - Aku Ingin Mencintai-Mu




edCoustic 
Aku Ingin Mencintai-Mu

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......


Prelaunch iPhone 4S by Maxis


Membawakan yang terbaik dalam iPhone 4 anda dengan Panggilan Maxis dan pelan data.

Final Exam coming soon


Aku suke jadual exam aku..
Boley balik awal..
Sila jangan jeles kepada yang bakal pulang lambat..
Sekian..


Katak2 bersorak kegembiraan..

Gerhana Bulan 10 Dis 2011



FENOMENA gerhana bulan penuh yang akan disaksikan malam ini bermula jam 7.30 malam pasti ada kelebihan padanya dan kita disarankan merebut peluang yang datang untuk meningkatkan ketakwaan serta mendekatkan diri kepada Allah.
Mungkin ada yang pernah melakukan solat gerhana bulan. Tapi bagi yang belum pernah melakukannya, mari kita lakukannya malam ini. Mungkin juga ini adalah solat sunat gerhana bulan yang terakhir bagi kita.

************
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مؤكدة)
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasadilakukan solat berjemaah.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana  bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.


Lafaz niat untuk gerhana bulan

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.

8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.

14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).



INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring (جهر)



Happy 23rd Anniversary My Parents

Istikharah Cinta

Assalamualaikum w.b.t.

Apa maksud istikharah cinta
Apabila kita perlu membuat pilihan dalam cinta.

Pilihan yang bagaimana?
Terlalu banyak calon untuk dijadikan pasangan?
Tak semestinya..

Sekiranya kita ingin tahu seseorang itu terbaik untuk kita atau tidak, kita juga perlu istikharah.
Minta pertolongan Allah untuk mengetahui samada seseorang itu sesuai atau tidak untuk kita.

Perasaan cinta itu fitrah kejadian manusia.
Sejak Adam diciptakan oleh Allah dan kemudian Hawa diciptakan dari rusuknya sebagai penemannya.
Asal kejadian manusia, cinta itu lahir di syurga.
Namun dalam cinta itu ada penghalang.
Sejahat-jahat makhluk yang akan cuba merosakkan manusia.
Syaitan telah menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga.

Sebab itu sering dikatakan bahawa apabila berdua itu pasti ada yang ketiga.
Yang akan memesongkan kita dari landasan yang benar.
Membuatkan dosa-dosa kecil hanyalah perkara biasa.
Sms, chatting, telefon, facebook.
Inilah cinta biasa..

Cinta luar biasa
Apabila kita meletakkan cinta Allah melebihi cinta segala makhluk lain.
Pastinya kita akan lebih terlandas, terpimpin.
Jika kita cinta akan Allah, kita tidak akan melakukan segala larangannya.

Teringat akan seseorang
Masih belum mendatangkan dosa..
Tapi jika sehingga membayangkan yang tidak sepatutnya
maka itu berdosa.

Jika benar cinta kepada seseorang itu kerana Allah
gunakanlah cara yang betul
Perkenalan lelaki dan wanita ada batasnya


Jika seorang lelaki itu benar mahukan seorang wanita itu menjadi pasangannya
bukanlah sekadar menjadikan wanita itu kekasihnya
berkasih-kasihan, berdua-duaan, bersayang-sayangan
sedangkan masih belum mempunyai ikatan yang sah

Lelaki tersebut perlu menyatakan hasrat yang dia ingin memperisterikan wanita tersebut
berani untuk bertemu wali wanita tersebut.

Hipotesis: Semakin banyak anda memberikan sayang sebelum kahwin, semakin sedikit sayang yang anda dapat selepas kahwin.


Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu






Bila aku tension ..................



Mengapa ini semua berlaku?

Mengapa berulang lagi?

Di saat aku kesesakkan..

Di saat aku kesempitan..

Kau membuat ku tak keruan

Luluh hatiku mengenangkan

Jiwaku kacau bilau

Jangan kau mencabar

Tahap kesabaranku

Kerana saat kesabaranku tercabar

Pastinya kau ku humban ke dalam tong sampah!!





AKU BENCI KAU!!

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY


klik banner untuk join

GugurL XTVT : Bukit Bendera

Tarikh: 26 Nov 2011
Tempat: Bukit Bendera, Penang

Dah lama tak dapat keluar ramai2 cani. Kali ni kami pergi Bukit Bendera. Satu kereta(muna) dan satu motor(kak izah).

Ni before naek train. Tiket RM 4 jer ok sebab kami student. Sama harga ngan kanak2.  Terasa diri cam kanak2 pula.

Ade tangan sape la sesat kat atas tuh

Aku suke pemandangan nih..

Tempat ni memang jadi port wajib bergamba bagi sesiape pon yang datang sini.

Rasa cam g kem pon ade jugak.. Hee..

Kembali ke zaman kanak2
Sempoi la adek nih.. Maaf yer.. Akak ter'snap' gamba kamu..
So, akan datang nak pergi mana plak yer..?

Salam Maal Hijrah 1433H






Selamat Hari Raya Aidiladha, Haji dan Qurban

Assalamualaikum..

Raye lagi..Raye lagi..

Bagi yang tak pergi haji pastinya Hari Raya Aidiladha ni adalah tentang korban. Makanya bila lembu, kambing, kerbau da terkorban, banyaklah dapat daging. Daging da banyak wat lauk laa..

Makan..makan...dan makan lagi..



ada ketupat palas.. belajar ikat daun palas.

rendang daging

sup tulang

ayam masak merah
Nyum..nyum..
Tapi nampak tak yang semuanya berkolestrol tinggi?

Pas raya jaga makan balik yer.. Makan makanan berkhasiat sket..

p/s: bukan story tapi nak tayang makanan jer ponn

Abang Joe Kawen

Assalamualaikum..

Sape lak abang joe nih.. Beliau ni abang aku. Caye tak? Haha..
Kalo yang kenal aku taw la aku ni mane ade abang.
Beliau ni abang angkat aku jer..
Skang da jadi laki orang.
So aku dapat akak ipar angkat.. :p

ni kad majlis kenduri

diorang da nikah 9/10/11 

kenduri belah bride semalam. Dapat la aku g sebab cuti. Aku balik pon mmg sbb nk g kenduri bukan smbut deepavali yer..
Abg joe n kak fizah @ teha.. Tak taw la mane satu name yg orang selalu panggil.
Bese orang cakap "Semoga berbahagia hingga anak cucu".
Takkan sampai anak cucu jer..
So aku wish
"Semoga Berbahagia hingga ke syurga"

Malu Bertanya Sesat Jalan (●̪●)

Assalamualaikum..

3.30 petang
USM --> Komtar --> Taman Botani

Aku ngan tora n wani kua la tanpa tujuan. Bende tak plan tu yang kua agak lewat. Then gerak la g komtar berdiri sepanjang perjalanan.

Sampai kat komtar, barulah tengok2 nak g mane. Sampai orang yang tengok kami sembang pon kompius siap tanye kami nak g mane sebenarnya.

Akhirnya kami decide g tanjung bunga. Aku tak taw la tanjung bunga or tanjung bungah. Bas yang kami naek nak g situ giler sesak. Da la kena berdiri. Ngan mat indon n bangla nyer. Macam2 bau ada. Pastu masalahnye g tempat yang tak pernah g nih tak taw nak turun mane. Da nampak kawasannya tapi tak pasti. Pastu turun kat mane tah. Cam orang ilang arah. Taknak bertanya plak tuh. Yela.. Pakcik bas tu garang ahh.. Ade dak cine tu kena marah sebab bayar tambang tak cukup ngan destinasi. Takut la nak tanye.

Bila da turun tuh jalan la kami ni. Jalan2 sampai la stesen bas tanjung bunga. Ekceli sepatutnya bukan tanjung bunga tapi kebun bunga a.k.a taman botani. Kitorang da salah la nih. Jao da terlepas. Da cam foreigner daa asenye. Pakcik kat stesen tuh perli2 plak.. bak kate die cam tajuk entri nih. Malu bertanya sesat jalan. Mulut cantek da tapi taknak tanye. -__-

Nak tunggu bas gerak lambat lagi. Seb baek ade abang keje rapid tuh da abes keje. Alang2 beliau nak balik, so die antakan la kami ni kat taman tuh. Kalo tak, asenye kami balik je la usm. So pathetic.



Da sampai kat taman tu, jalan2 la kat situ. Amek2 gambo sket. Pastu tetibe ujan la pulak. Aiseh.. Memang dugaan la. Abes basah baju sume. Dok berteduh sat. Tapi mase berjalan. Da lewat petang. So kami berlari2 anak mencari surau. Asar lom solat agi. Hah.. Amek die.. Jao upenye surau.. Terpakse la meredah hujan.

Lepak makan rojak dulu.. 
Walaupun basah masih boley bergambo..
Men ujan pulak dak nihh..

Kat surau tu nampak bas. Bas tu tak gerak lagi. Aunty india dalam bas tu kate driver g sembahyang. Kami ingat nak tunggu. Tapi cam lambat jer. Kami pon nak g solat dulu. So mintak pakcik tu tunggu jap. Da siap solat2, aku nampak ada abang tuh dok luar surau. Aku ingat die nak solat tapi taknak masuk sebab kami ada.  Sebenarnya tak. Nak membebel upenye. Surau tu tingkat atas. Kami letak kasut depan pintu surau. Patutnye letak kat tangga bawah. Pastu bising kate die yang bersihkan surau. Ler.. Kamu pon takde plak letak sticker "sila tanggalkan kasut di sini". Tah pape la.. Tobat tak mau da datang situ.

Bila naek bas, aunty india tadi tu cam mara. Sebab kami kot yang menyebabkan bas tu gerak lambat. Siap jeling tuh. kami wat dek jer la. Sembang2, bising2.. Tak ramai pon orang mase 2. Tak sampai 10 orang. Badan da lencun.. Sejuk~~  Sabar je la..

tidoq dalam bas..
Kol 8 lebih baru la sampai sungai dua. Kesian kat my rumet tak dapat masuk bilik sebab tak bawak kunci. Thank la kat my fren sebab tolong antakan kunci kat beliau.

Moral of the story,
1)jangan keluar tanpa arah tujuan
2)Jangan malu bertanya
3)jangan keluar lewat
4)rancang perjalanan

Ok la.. aku da penat.. Pale da berat.. jangan demam sudah.. kalo demam pon ok.. Bley dapat MC.. Hahaha....

p/s: aku sengaje letak gamba2 merepek sebab merepek itu SENI! Hahaha~~

✿ Blog Archive ✿

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]