Tamat sudah~~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah selesai dengan jayanya. Apa yang jaya nyer?



Hoho..bley da nak kawen.. Tapi disebabkan masih blajo, lupekan la dulu pasal kawen. Sijil sah sepanjang hayat. Gatal nak amek awal.. 

Skang kalo nak pegi kursus kawen dah tade yang buat kat tempat2 yang diuruskan oleh agensi. Semua dah diambil alih oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Aku bukan orang penang. Blaja jer kat sini. Tapi boley jer nak amek katne pon. Kursus berlangsung selama 2 hari dengan yuran RM80 sahaja. Dapat minum pagi dan makan tengah hari. Aku dengar akan datang nak buat 5 hari pulak. Tak taw la bila start.

with my besties

bakal~~ :p

Oitt.. calon ko mane nyer??


Aku ?? Hoho.. Ilang la pulak...

nota: http://kursuskahwin.webs.com/himpunannotakursus.htm

Jalan2 Wang Kelian

Assalamualaikum..

Ni nak cite semalam aku g jejalan ke Perlis.. Saje jer join.. Lebih kurang 4 jam gak nak g sana dari Penang. Tempat 1st pergi ialah Wang Kelian. Tempat ni kat sempadan Thailand. Hari Ahad boleh masuk ke kawasan Thailand ade la dalam bape km pon tak pasti.




model moto siam

Pas da g sempadan.. g rileks kat tepi tasik lak.. Tasoh Lake Resort


sweet kan :p

Then last skali g Kuala Perlis.. Tepi laut tempat ikan bakaq..



merenung masa depan
Ni sume aku nyer sorang! Muahahaha... (tipu)
Aku bukan g berdua ngan dak nih jer.. Ade satu bas.. Tapi dak nih yang ajak aku.. Yang len den tak kenal.. Ahaha..

Bye!

Sadis~~

Setelah 9 jam perjalanan.....



MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com

Resepi: Tart Blueberry Cheese

Assalamualaikum..

Ni kali kedua aku buat tart ni. 1st tyme ari selasa lepas. Tapi guna custard sebagai filling die. Tapi kali ni aku guna cream cheese plak. Aku kurangkan manis die, kalo tak kencing manis makan bende nih banyak2. Aku buat separuh adunan jer.

Bahan-bahan (36 biji - acuan 4cm)
Sugar dough
85g mentega
30g gula kastor
1/2 biji telur
130g tepung gandum
sedikit perasa vanila

Filling
125g cream cheese
25g gula aising
10g mentega
1/2 biji telur
Blueberry pie filling

Cara-cara(sugar dough)
  1. Putar mentega, gula kastor dan perasa vanila sehingga lembut. Putar sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli adunan sehingga menjadi doh.
  4. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180°C untuk 15-20 minit


Cara-cara(filling)
  1. Putarkan cream cheese, gula aising dan mentega sehingga lembut. 
  2. Masukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. 
  3. Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 10 minit . Filling tersebut nampak macam kering sedikit.
Aku blasah jer corak atas tuh.. Muahaha (~o ̄▽ ̄)~o


Tiap kali cuti Aku nih macam masuk kelas memasak plak.. (─‿‿─)

Kosong.. kosong...

Assalamualaikum dan selamat tengah malam..

Ini bukan tajuk lagi.. Aku tak minat pon lagu tersebut.. Maap la kepada kipas susah mati lagu tersebut or penyanyi lagu tersebut. Ni pasal esaimen aku benonyer.. yang berkaitan dengan.....

Kosong bukan sekadar kosong.. Tulis no "0" memang senang.. tapi bila guna dawai nih, mmg menguji kekuatan tangan la..

penat okeh melilit bendalah nih
seminggu gak nk siapkan bingkai jer
tak stabil.. terpaksa sandarkan untuk bagi tegak.. 

konon tema lap u lap me la.. jiwang ler plak
ni assessment tyme..  
Ade banyak lagi yang classmate lain punya.. Nanti la tyme photoshoot amek gambo sume.. Bendalah nih pon ade photoshoot? Well.. seni sangat.. Kaitan ker? Huhu.. Aku nak kne ejas aku nyer kosong nih.. tambah per yang patut..

Tata..

rosak kuku aku wat bendalah ni


p/s: happy holiday kawan2.. Cuti, cuti jugak.. Jangan lupe TEmidRM

Wordless Wednesday: Untitled Album



Sori kawan.. Hope die tak tengok entry nih.. :p

Puisi: Sungguh...Ini Cintaku


Sungguh.. ku tak lagi mengharap
akan cinta itu hadir
setelah kisah cinta lalu
bagaikan daunan kering
terbang dihembus bayu

Sungguh.. aku serah semuanya
pada Tuhan penentu segalanya
kerna ku tak sanggup
berulang kali terluka
berulang kali kecewa

Sungguh.. tidak ku duga
ada hati yang terpaut
ku harap tak tertaut
ku bimbang bayang kenangan
tak hilang dalam ingatan

Sungguh.. hatinya tulus
sedang aku hanya berdiam diri
dia tetap setia menanti
dan sedia undur diri
andai ku ada yang lain

Sungguh.. Ku tak ingin dilukai
apa lagi melukai
cinta bukan sekadar dibibir
tetapi ia sebuah janji

Tuhan, bantu aku
tunjukkan jalan bagiku
kiranya benar ini jalanku
maka dia terbaik bagiku
moga cintaku, cintanya
terbina berlandaskan cinta-Mu

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram