Aku tak Kawen lagi

Assalamualaikum w.b.t.

Haa.. Korang dapat tak jemputan aku? Ape?? Tak dapat? Jemputan kat SINI.
Ada yang da beli hadiah? Wah.. Terharunya aku.

Tapi...


Kepada yang tak perasan tarikh kat kad tu 31 April 2011 yer. 
Wujud ker? 
Hehehe..
Maaf kepada yang terasa tertipu terutamanya kawan2 aku. 
Ini bukan penipuan tetapi untuk menguji sejauh mana anda alert tentang tarikh2 nih.

Aku still single okeh.. Haha..
Bukan promote..
http://www.emocutez.com

Aku benci pergi Tesco sebab...

Nak tau nape aku benci pegi Tesco? Tengok nih.


Nampak tak ape masalahnya? Aku yang pakai tudung tuh.

Arghh.. Pintu auto tuh xnak bukak bila aku lalu. 
Aku ni makhluk tak berjisim ker? 
Tension aku.

Menci3!.. T__T

Just won 2 tickets to the Yuna Inspired Secret Concert


Tapi aku tak pegi pon...
Rugi ker aku tak pegi?
Yuna jer pon.

Sorry la kalau ade yang berminat.
Tak sempat nak tanya sebab cepat sangat die nak conformation.
Kalo tak aku da kasik da.
2 tiket tuh..
Kalo beli tah bape la harganya.

Solat Menghormati Waktu



SOLAT DALAM KENDERAAN

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat selat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.

Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tapa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.


PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

 

  1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
  2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
  3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
  4. Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa
  5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
  6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
  7. Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepeertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
  8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.

APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?


Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.

Apbila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa

Sumber rujukan :- 

http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/solat_musafir.asp
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12010.0

Aku, Donat dan Bas

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Oh.. Salah.. Sudah tengah malam rupanya. Ade cite nih.. Cecite..cecite.. Ni tengok tajuk entri aku. Ini bukan tajuk filem terbaru yang dibintangi oleh hasan mutalib. Bukan jugak tajuk novel terbaru ahadiat akasyah. Tapi kisah aku pada hari ini.

Al-kisah petang tadi aku pegi la beli tiket balik kampung. Yela kan. Exam abes minggu depan ari selasa. So aku ngan kawan aku sesudah beli tiket, pegi la merayap tanpa dirancang. Kitorang pegi Queensbay Mall a.k.a QB.

Jalan..jalan..jalan takde arah.. singgah J.Co beli donat. Tetibe mengidam lak kan. Haaa.. ape korang nih pikir bukan2 aje. Ish2.. Tengok donat nih.
nyum3!

Apa yang aku nak cite sebenarnya? Haa.. Ni aku nak cite aku tension giler tunggu bas nak balik usm dari QB. Apa guna tampal kat bas pegi usm tapi cakap tak pegi...? Geram tol aku. 4 bijik bas lalu yang ada tulis usm tapi cam haremmm... Apekah? Dan 4 kali gak lak bertukar2 tempat duduk.


Amende gambo hodoh di atas nih? ni la gamba lokasi kejadian. Nombor2 tu menunjukkan tempat2 kitorang beralih tempat duduk setiap kali bas penipu sampai. Huh.. (makhluk x sempurna kaler coklat)

So kesimpulannya? Jangan pegi QB dengan bas. -___-


nota kaki katak: Patutla orang sanggup beli donat yang harganya lebih berganda mahal dari donat makcik tepi jalan.

Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.



LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”



Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

    Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Wallahulam…

sumber: http://panduanislam.com/blog/2011/01/apabila-lelaki-kehilangan-tulang-rusuk/

WhatBerry Are You 2

DiGi kembali lagi dengan contest terbaru. Sebelum ni WhatBerry Are You 1. Sekarang lak WhatBerry Are You 2.

Ni bila korang masuk akan nampak cam di atas. Anda perlu ada akaun Facebook kalau tak tak boleh join yer.

Ada 6 pilihan plan. Setiap plan ada lebih kurang 5 games.
Bila da habis main, korang akan diberi label macam BuddyBerry, KuatBerry, JiwangBerry dan sebagainya.
Kalau tengok gambar sebelumnya, ada tulis Achievement. Bila klik akan keluar macam gambar atas ni. Untuk dapat badge kna penuhi syarat2nya. Yang berwarna maksudnye badges yang da dapat. Kalau yang ada gambar tapi takde warna maksudnya kena dapatkan. Kalau yang tanda soal kena tunggu hari seterusnya.
Kat bahagian goodies korang boleh download wallpaper, profile picture dan ada code yang boleh korang letak kat blog macam aku buat. Ada task untuk dapatkan badge kena download wallpaper jugak.
Ini cara2 untuk menang
Hadiahnya? Sepasang tiket ke konsert yuna. Khas untuk peminat yuna
Ini plak ranking Top 30. Skang ni aku kat no 10.
Dekat bahagian atas sekali ada tulis Yuna's Consert. Ia menunjukkan progress korang untuk dapatkan hadiah.
Jom join beramai2. Jangan potong aku yer. Hehehe..

*kalo tak jelas gambo gune kanta pembesar. Kalo takde, klik ajer laa

Oh Exam

Oh exam
mengapa terlalu lambat
kau berlalu pergi
aku letih menantimu

Oh exam
subjek minorku
kenapa kau
di akhir waktu
masih ada seminggu
ke hari itu

Oh exam
nasib baik objektif
taklah ku gerun
untuk menjawabmu
cepatlah berakhir 
ku mau balikkkkkkkkkk!

nota bosan: aku bosan!!!! http://www.emocutez.com

Assignment 2 UBM : Sunnah Nabi di dalam Hidup kita

Assalamualaikum...



Tugasan UBM yang pertama tak sempat dibuat. Terus buat tugasan ke-2. Hehe..
Soalan tugasan kali ini.

  • Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah-sunnah tersebut terhadap pengamalnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barangsiapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


Sunnah 1: Cara makan

Posisi duduk semasa makan ialah peha/lutut kanan dinaikkan  manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air. Selain itu cara duduk sebegini dapat mengelakkan kita daripada makan berlebihan.
http://www.emocutez.comDaripada Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.”
(H.R. Muslim)

Makan menggunakan tangan.
Tak perlu makan guna sudu, garfu, chopstik, sudip, senduk segala. Makan sahaja menggunakan tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan. Jangan lupa baca bismillah yer.


*Patutla badan den tak naek2 (ada kaitan ker? http://www.emocutez.com). Tak makan pon den duduk cani.

Sunnah 2: Cara tidur

http://www.emocutez.comMaksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu."
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Tidur mengiring ke kanan.
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada paru-paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung beban yang lebih ringan. Hati juga akan berada dalam kedudukan tetap, stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Cara tidur yang paling dimurkai adalah tidur meniarap!
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya."
(H.R. Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam."
(H.R. Ibnu Majah)

Sunnah 3: Amalan hari Jumaat
  1. Mandi
    1. Sabda baginda yang bermaksud, “Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
  2. Menghias dan Pakai Wangi-wangian
    1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
  3. Memotong Kuku
    1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  4. Membaca Surah al-Kahfi
    1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.” (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
  5. Memperbanyak Doa
    1. Sabda baginda yang bermaksud, “Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.” 
      (H.R. Muslim)
  6. Berselawat
    1. Sabda baginda yang bermaksud, “Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.” 

Semoga apa yang dikongsi dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua. ^^,

It's A Final Countdown !

Assalamualaikum...

Minggu yang dinanti-nanti telah tiba. Apakah2? Peperiksaan akhir semester 2 sudah bermula. Ini bermakna peperangan dengan mengunakan pen dan pensel juga bermula. 

slip exam

Sebenarnya aku da pon menamatkan paper yang pertama, TITAS pagi tadi. Berbekalkan ilmu yang baru dikuti sepanjang study week.. Tu pon bukanla selama seminggu tuh.. Huhu..
Yeay!! Merdeka!..

Eh.. Ada lagi dua paper daa... -__-"

Mungkin ada yang tertanya2 apa maksud '#'.. Tu maksudnya 100% kerja kursus.

Jadi kepada yang exam lagi banyak dari aku sila jangan jeles. Kepada yang exam lagi sedikit dari aku, tahniah kepada anda.

Aku tak kesah 2 paper awal tu. Tapi kenapa paper las terlalu jauh gap?? Oh tidakkkkk.. Ku tak sanggup menunggu begitu lama.. Cair otak aku...

Wish me good luck okeh??

Kepada yang sedang @ akan menduduki peperiksaan juga, 加油喔 (Chaiyok)!

Kepada kekasih halalku kelak~~



Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..


copied from:
https://www.facebook.com/notes/siti-aisyah/aku-hanya-wanita-biasa/453929366972

edited from:
http://www.facebook.com/NURJANNAHJANNAH57


*********************

Diriwayatkan dari Nabi :
"Maksudnya : Sesungguhnya janin yang ada dalam kandungan ibunya ketika telah melewati umur empat bulan, maka Allah mengutus Malaikat kepadanya yang meniupkan roh dan menulis rezeki, ajal, amal dan apakah dia celaka atau bahagia".

Ketahuilah kita bahawa rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut telahpun tertulis di Loh Mahfuz sejak roh kita ditiupkan lagi. Sudah pastinya pilihan Allah itu yang terbaik. Namun begitu perlu juga kita ingat...

Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
[Maksud surah al-Nur 24:26]

* Untuk renungan bersama

We're gonna party like it's your birthday!

Anda rakyat Malaysia?
Anda ada Twitter? Facebook?
SAYS.my ada hadiah untuk anda:

 Jom sertai contest daripada SAYS.my sempena ulang tahun SAYS.my yang ke-3.

Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti:

Canon SLR EOS 600D
iPhone 4
IKEA Room Makeover Cash Voucher
Mackbook Air
iPad 2

Waaa... besh nye kalo dapat hadiah2 ni. WaAaaa...
Jom join!

Ada 23 hari je lagi..

Peribahasa | Ibarat katak membaiki tempurung

Assalamualaikum ye murid-murid.
Hari ini kita belajar peribahasa baru ye.

Ibarat katak membaiki tempurung

Kenapa mesti katak? Sebab cikgu suka katak.
Kenapa pulak tempurung? Sebab katak dikatakan duduk di bawah tempurung.
Haha..
Contohnya:

Takde kene mengena ok. Aku tak cuba betulkan pon mouse ni. Saja jer nak tengok isi perut mouse yang da rosak nih..

Review Filem| Dilarang Masuk

Filem:
Dilarang Masuk

Pengarah:
Jeffrey Chiang

Genre:
Thriller

Pelakon:
Asyikin Kamal, Isma Yusoof, Isma Hanum, Muniff Isa,
Esma Daniel, Betty Banafe dan Zuhairi Ibrahim.


Sinopsis:

Empat orang rakan iaitu Fatia, Ronnie, Badrul dan Juli telah tersesat jauh di sebuah tempat dan akhirnya mereka terjumpa sebuah banglo lama lalu mengambil keputusan untuk bermalam di tempat tersebut. Di dalam rumah tersebut, mereka berempat menjumpai pelbagai perkara aneh seperti mayat dua manusia yang sudah pun mereput beserta sepucuk pistol yang masih terdapat peluru di dalamnya. Selain itu, mereka juga menjumpai 3 beg berisi wang sebanyak RM2.8 juta serta beberapa barang berharga. Bagaimanapun, Fatia dibayangi beberapa bayangan aneh yang melibatkan seorang gadis yang seolah - olah menyeru si Fatia untuk membantunya menyelesaikan satu masalah. Keadaan mula menjadi kacau bilau apabila pistol yang berdekatan dengan mayat yang dijumpai mereka di dalam rumah tersebut hilang. Rupanya mereka tidak keseorangan kerana ada orang lain yang memerhatikan mereka. Siapakah orang itu? Apa hubungannya dengan rumah tersebut? Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda!
Review aku:
Masa aku masuk panggung cite baru bermula. Masa mereka tengah dok depan rumah kosong. Then agak tak menggemari watak Juli yang berpakaian kurang kain. Perlu ker masuk hutan pakai camtu? Then bila masuk rumah cam saspen la kononnye. But pastu nape perlu ade aksi romance walaupun tak melampau tapi agak melampau sebab pelakonnye melayu. Banyak menimbulkan perasaan saspen but kecewa sebab takde pape yang menarik pun. Nak kata thriller tak nampak pon kethrilleran nye. Just kat part hampir last Badrul kena toreh kat leher lepas tu kena amek jantung. Jalan cerita yang sangat boring dan banyak membuat tertanya-tanya. Klimaks cerita yang sangat serabut dan ending yang sangat tak logik.

Actually moral yang cuba disampaikan hanyalah jangan menjual organ. Dilarang masuk?? Sangat tak sesuai. Cam takde kena mengena. Ada rasa sesalan jugak la. Da tajuk pun dilarang masuk tapi masuk jugak. Tu la degil sangat. -___-

Rate:

- - - - -
Nampaknya bintang taknak keluar. Aku tak galakkan orang tonton cite nih. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Apapun pendapat setiap orang berbeza.

Final Assignment!

Mood: Euphoria

Assalamualaikum wahai rakan2 sekalian..

Hari ni aku tulis blog dengan gembiranya. Why? Assignment sudah hampir ke penghujungnya. Yeay!! Esok 1 assignment akan dihantar. Owh.. Bukan esok.. Tapi pukul 10 pagi nanti. Lepas tu assignment seterusnya akan dihantar minggu depan. Ada presentation skali. Actually minggu depan tu da masuk minggu study week da pon.

ni esaimen yg bakal dihantar esok (size A2)

Assignment yang kena hantar minggu depan da hampir siap. Tinggal report ngan slide untuk present. Da upload da.. kat free web hosting jer.. So banyak lak pop up. Huh.. Never mind.. Janji ia berfungsi.. Jenguk la link di bawah yer..


Ok la.. da kol 3 lebey.. ben mau tido.. Nyte..

Thanks~~

السلام عليكم

Aku takde cite lagi kan yang aku sebenarnya bukan hanya seorang pelajar tapi aku juga seorang pekerja part time di Econ Shop. Aku kerja sebab nak tambah sket dwet blanje. Yela..sape nak kasik dwet free2 kan, mestila kena kerja. Sehari sejam pon ok la kan.

Citenye hari ni ada aktiviti dengan semua part timers Econ Shop. Ada la buat gotong royong sket..oh bukan..banyak yer.. Takde lak aku amek gamba kejadian tersebut. -__-

Diringkaskan citenye, aku dapat la adiah untuk part timers terbaik. Terbaik ker..? (tangan di bahu, mata pusing ke atas) Roll eyes

Apakah hadiah yang aku dapat tuh? Jom tengok..


Thanks to all.. Walaupun perkenalan yang singkat, moga ukhuwah kekal selamanya...

yang kat atas ni bukan gambar ari nih.. Ni gambar gambar awal sem dulu masa sesi berkenalan.. ^__^

Jerit La Kuat Sket Ohoiiii~~

Cuba teka kenapa mereka menjerit?

Scream SmileyA) Mereka gila
B) Mereka tension exam
C) Memang hobi mereka
D) Mereka test suara

Cepat3.. 10 saat dari skang...
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
tettttttttttttttt......!

Tamat..

Jawapannya ialah.....

E) None of above

Rupanya pasal ABPBH lowh.. Ingatkan ape la yang hysterical sangat tuh.. Ada yang jerit sebab artis yang disukai tak menang. Ada jugak jerit sebab menang. Tahniah la yer. Diorang menang so korang pon dapat 50 hengget sorang sebab sudi menjerit name diorang, bersorak untuk diorang. Bagi yang korang undi tapi tak terpilih lak, sian dwet setem korang. Setem mahal taw skang. 60sen tu bley beli gula2 12 bijik @ roti gardenia perisa coklat.

nota telinga: Jerit la kuat sket. Aku memang suke dengar orang jerit nih..Mean Smiley

Removing My Cbox

Assalamualaikum sume..

Ni da tengah ari da, sume da makan ker? Aku makan roti sapu peanut butter jer. Sedey x? Konfem korang tak sedey sebab korang dapat makan nasi + ikan siakap 3 rasa + sayur kailan ikan masin..Crazy Drooling Smiley

So.. citenye.. Ari ni aku remove cbox kat blog aku nih. Sebab-sebab aku berbuat demikian adalah:-

1) Mengelakkan orang mempromosi barang2 atau perkhidmatan di situ. Kat sini bukan tempat jual beli barang ok..

2) Mengelakkan orang2 yang tidak pasti dari mana meng'link'kan nama mereka ke web yang tah pape.

3) Menggalakkan orang meninggalkan komen dekat entry2 yang aku post..  Peace Smiley

Jadi pasni kalau nak say hai, blogwalking ker, rajin2 la tinggalkan komen.. tak kena bayar pun.. Just taip cam taip kat cbox.

Sekian.. selamat tengah hari..

Assignment vS Solat

Assalamualaikum... Selamat pagi yer sume.

Waa.. da lama tak update blog. Busy giler minggu nih. Test itu ini, assignment final. Adess.. Kalau yang kos dia banyak exam, mungkin minggu ni da lengang dah. Tapi kalau bagi yang kos tak banyak exam cam aku nih(kos seni, architecture,blabla...), skang ning memang minggu yang tegang.. kusut2.. Kalau ade 3 subjek yang takde exam, 3 assignment final la kena buat. Kalau ada 5 subjek....??

google

Kembali kepada tajuk. Kenapa aku buat tajuk cani? Meh aku kongsi satu cite dulu.

Al-kisah di suatu hari yang kekalutan, assignment nak kena hantar! Oh man.. Tak print lagi, tak burn lagi, tak sketch lagi.. Argh...! Banyak lak hal nyer. Nak kena settle sume hal. Maka oleh itu terpaksala mengadap kerja2 tersebut dalam masa lebey kurang 4 jam lagi!

So buat dan buat dan buat.. Masa bagaikan berlalu dengan pantas. Akhirnya Cik A berjaya menyetelkan kerjanya secara kasar lalu melihat waktu. Sudah pukul 3, solat zohor belum lagi. So dengan pantas dia menyelesaikan tanggungjawabnya.

Tik tok tik tok... Masa berlalu. Cik B tidak berganjak lagi dari tempatnya. Owh.. Ada masalah pulak daa. Cik B semakin kusut.

Cik A: Weh.. G la smayang dulu. Da kol bape da nih. Nak dekat kol 4 da nih.

Cik B: Nanti la dulu. Tak sedap ati selagi tak siap nih....

Cik A: Lowh.. Solat jap jer pon..Pastu sambung la.

Cik A hanya mampu menggelengkan kepala melihat Cik B masih tak bergerak sebaliknya kelihatan semakin kusut.

Cik B: nak gerak dulu la. Nak settle bende nih.

Cik A: Tak smyg dulu ker?

Cik B: Nanti nak siapkan dulu...

Pastu terkejar2 nak pergi siapkan assignment, terdengar la azan asar berkumandang... Cik B hanya mengeluh.

See... What happen? Solat melepas, kerja tak settle pon jugak.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh...."

Apa keutamaan kita jadi manusia kat bumi tumpangan nih? Kerja lecturer or solat? Assignment tak siap on da tyme kena marah tyme tuh jer. But kerja Allah tak tunaikan? Hukumannya di akhirat kelak. Kenapa kita sambil lewa jer tanggungjawab yang Allah bagi kat kita? 5 kali jer sehari. Setiap kali tuh takde la sampai berjam2 pon.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Sesetengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.


Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam.

Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah).

Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Tolonglah wahai rakan2ku, saudara seagamaku, janganlah abaikan solat. Solat itu tiang agama. Soalan yang utama yang akan ditanya kelak.

nota kaki: Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram