Pengalaman Itu Penting

Assalamualaikum dan selamat malam...

Pepagi buta aku da gerak naik bas rapid penang nak ke komtar. Ini kesahnya semalam. Gara-gara aku register masa besday hangout ari tuh. Lebih kurang kol 7.30 aku sampai komtar.

Then tunggu bas untuk ke Straits Quay(aku tak reti cane nk sebut.. "kay" or "kue"). Naek bas lagi, kol 8.30 lebih pulak aku sampai kat sana. Register start pukul 9.

Ni suasana masa baru sampai. Orang pon tak ramai lagi.
Masa pendaftaran. Ada 3 kaunter: walk-in, pre-qualified & online
Cepat betol nombor aku. Peserta no.3.

Nak dipendekkan cite, aku tak menang pun. Takpelah kan. At least aku tak mengalah sebelum berjuang. Adat pertandinganlah ada menang dan kalah. Tapi aku dapat banyak free gift.

Beg merah tu boleh bawak pegi piknik. Huhu..
InsyaAllah ada peluang aku nak join lagi tahun depan. Dah tengok teknik-teknik dia kan. Kena catat rekod terpantas.

Sekian.



Hei Sampah Masyarakat

Assalamualaikum..

Korang suka tengok sampah dekat tepi-tepi jalan? Botol, pembalut gula-gula, pembungkus cekedis.


Sakit mate nih kan tengok macam ni. Tapi siapa yang buat camni ek? Bukan manusia yang hidup atas muka bumi ni jugak ke? Korang tak suka kan tengok macam ni.
Tapi......


Kenapa korang pon jadi salah seorang dari penyumbang sampah? Walaupun sekadar pembungkus gula-gula. Cuba korang bayangkan... Kalau ada 100 orang macam anda yang rasa sampah korang tu kecik dan takde efek...?



Ni dinamakan sikit2 lama2 jadi bukit. Yang atas ni tak nampak bukit.


Haa.. ni bukan bukit lagi. Tapi gunung sampah. Aku bukan nak membebel tengah malam nih. Tapi kita ni sepatutnya ada kesedaran sikit untuk jaga alam sekitar kita. Apa yang kita tak suka, kita jangan buat. Nanti 7 generasi kita pun akan terus menjadi penyumbang sampah. Yelah, dah anak tengok kita buang merata, diorang ikut. Pastu anak diorang pulak ikut. So tak mustahil la kan jadi macam kat gambar tu. Sebab tu memang realiti.

Kesimpulannya, janganlah buang sampah merata-rata. Jangan harap majlis perbandaran jer nak kena kutip sampah yang korang buat tu. Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi nak buang sampah dalam tong sampah pun tak tahu. Takda tong sampah berdekatan tu alasan paling bengong. Boleh je pegang dulu smpai jumpa tong sampah.

nota kaki: Aku paling pantang tengok orang buang sampah merata. Kalau aku nampak, memang aku jentik-jentik tangan sampai bengkak!

Apa??! Kita boleh tengok wayang dalam Facebook?

 Afdlin Shauki ingin mengajak anda untuk tonton wayang Untuk Tiga Hari di Facebook! Sudahkah anda bersedia untuk satu pengalaman menonton wayang yang baru? Saksikan filem ini melalui aplikasi Astro First di Facebook dan saksikan mesej istimewa daripada Afdlin Shauki yang tersorok dalam babak-babak filem ini.


Di sini anda boleh menonton "Untuk Tiga Hari" dan filem-filem Astro First yang lain di Facebook dan berbual bersama rakan anda! Terbuka kepada semua warganegara Malaysia di Facebook! Anda tidak perlu menjadi pelanggan Astro untuk menikmati servis ini.

Saksikan. Berkongsi. Berbual.

Astro First di Facebook.

Little Nemo Google-Land

Asusalamualaikum.. Hari ni google ada cerita pulak. Cepat2 bukak google.

Oh.. Mimpi rupanya.. Sampai terjatuh katil.

Besday Hangout 131012

Assalamualaikum..

Tempat: Queensbay Mall, Penang (Qb)

Hari ni bukan besday aku tapi ari ni la baru nak kua memandangkan besday aku jatuh pada hari khamis yang lalu.

Seawal pukul 11 pagi, aku, tora dan ja gerak menaiki bas rapid penang. Sampai jer Qb dengar ada orang cakap guna mic panggil umur 18 tahun ke atas. Aku tetibe cam berminat pulak. Rupa-rupanya diorang ni krew AXN Big Challenge. Kejadahnye..? Check sendiri kat laman web diorang. Apa cabarannya? Macam dekat gambar di bawah.

Yeay! 3 saat!!

Pakai da cun2 pi naek beskal pulak kan. Hohoho... Kalau terpilih nih boleh join event die 27 Okt 2012 kat Strait Quay, Penang.


Seterusnya baru ke tujuan utama. Tujuan utamanya nak makan kat.............


Menu
Awek2 cun kebuloq. Secret recipe tu sesat >_<

Yang ni awek dua orang kat atas tu bagi. Nama die 'Fafad' tapi bukan aku bagi nama. Dak kecik dok tengah kat gambar diatas.
Thanks.. ^_______^

Hidup Seorang Pelajar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Macam da lama sangat jer tak meng'update' blog nih. Dak final year la kononnyer. Padahal takde cerita menarik pon. Tapi kira busy la jugak.
Kenapa?

research final year project(fyp)
menjahit..menjahit..
assignment
dating............ ok.. ni tipu..

Untuk minggu ni (ari ahad kira minggu baru la kan) aku nak kena wat esaimen progress 50% tapi habuk pon aku tak start lagi. Then kena wat research fyp sok nak tengok. Tak taw la ape lagi nak tambah. Nak siapkan cepat2 jugak tempahan sebab takut tak sempat dengan kerja2 lain yang akan datang. Kang terganggu pulak program2 istimewa.. Muahaha..

Ok.. chow.. Nak sambung menjahit.
Jom intai apa yang aku jahit dekat SINI.

Assalamualaikum.
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram