Psiko Cinta

Macam-macam orang, macam-macam ragam.

Kisah ni aku dapat dekat tempat aku keje sekarang. Sebelum ni aku selalu nampak mamat ni dok dekat office. Tapi dia just berdiri je kat situ. Masa tu aku tak tau pun kisahnya.

So one day aku masuk shift pagi. Dia datang dengan baju biasa (bukan uniform). Dia berdiri je dekat pintu office, Miss S (manager) tengah buat keje dia. Sepanjang aku tengah settle keje aku, aku nampak dia asyik tengok jadual. Takkan la lama betul tengok jadual. Bila aku tanya da tunggu apa, dia just senyum je. Pergh.. baik takyah cakap ngan mamat ni. Cam cakap ngan dinding je.

Aku pun tanya la dekat manager lagi sorang. Miss A cakap kat aku,
"Awak jangan la buat orang kecewa.."

Err.. Aku blur jap. Mamat ni kecewa apa sampai  camtu. Aku tak paham langsung ayat tuh.

Masa dok borak-borak ngan orang lama dekat situ, aku pun try la tanya pasal mamat nih. Curious jugak la nak tahu apa masalah dia. Rupa-rupanya mamat tu ada hati dekat Miss S. Laa.. macam tu rupanya. Dia dok kat office tu just nak tengok Miss S!

Tapi mamat ni sangat pelik. Dia suka dekat Miss S tapi dia langsung tak wat apa-apa untuk tolong Miss S. Bila Miss S mintak tolong, dia just tengok Miss S buat benda tu. Sangat pelik perangai beliau. Aku tak tau la macam mana dia tafsirkan makna suka atau minat tuh. Sekadar 'I Love You' je ke?  Ntah pape je.

Aku tak tau apa yang mamat tu harapkan sebab Miss S pun dah nak kawen. Tapi kalau cara dia minat orang macam tu, just jadi pemerhati, sekadar suka tengok, perempuan pun takut nak rapat.
Ape pun tak boleh..

Kesimpulannya, nak suka orang pun beragak la. Tengok dulu cara tu betul ke tak. Tengok dulu hak orang ke tak. Ini tidak, suka seseorang tapi hanya perhati, follow tak tau hujung pangkal. So weird.

Mintak simpang la dari psychotic cam gitu..
Rimas..
Scary..

Sudikah Awak jadi Isteri kedua saya?



“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.




Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————


Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,

Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!

Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…

Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam

Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…

Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah hakikat…

Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya

Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!

Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,

Kerana suami yang pertama bagi isterimu…

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika dirimu tidak sedemikian,

Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!


nota kaki: Takkan miskin jika memperjuangkan agama. Rezeki itu kurniaan Allah
p/s: untungnya kalau dapat suami kacak macam kartun tu.. :p
______________________________________________________
credit: facebook & google

Misi "Menjadi Wanita Solehah"

Assalamualaikum.

Bukan susah pun nak jadi wanita solehah. Cuma perlu penuhi dua syarat ni sahaja.

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

p/s: Anda mampu mengubahnya. Erk.. macam iklan jer.
sumber

Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak

Assalamualaikum.. selamat pagi..

Dah hampir ke penghujung bulan 3, masa terlalu suntuk. Yelah, bila jadi student final year ni, nak kena settlekan projek dalam bulan depan. Blog ni pun dah berhabuk ditinggalkan berbulan-bulan. Zaman kegemilangan aku dan blog da lama ditinggalkan. Hari ni tiba-tiba terasa macam nak bercerita pulak.

Sem ni banyak jugak lah program- program dalam kampus. Kadang-kadang sampai tak sempat nak pergi. Banyak sangat kerja.


Forum Antara Cinta Dan Air Mata
Banyak ilmu yang diperoleh malam tersebut. Banyaknya tentang cinta dalam rumahtangga. Macam ala-ala kursus kahwin pulak. Antara point-point penting yang disebutkan...

"Cinta bukan jalan,cinta hanya alat" - Ustaz Pahrol

Cinta yang sebenar-benarnya hanya untuk Allah. Cinta diciptakan bagi mengembangkan khalifah di atas muka bumi ini untuk agama Allah.

3A - Ustazah Ummu Maudah
  1. Akui 
    • akui salah dan kelemahan sebagai hamba Allah
    • cari cinta Allah dahulu
    • sedar kelemahan diri sendiri
    • sentiasa beristighfar - berdialog dengan Allah
  2. Afham
    • faham tanggungjawab sebagai suami/isteri
    • perkahwinan semasa belajar atau bekerja sama sahaja
  3. Aplikasi
    • berkahwin untuk memudahkan kehidupan
    • belajar teori-teori perkahwinan
 SMART - Cara kekalkan kebahagiaan hingga akhir hayat
  1.  Setia - suami/isteri rasa dekat dengan isteri/suami walaupun berjauhan
  2. Manja -suami/isteri berpegangan tangan maka gugurlah dosa
  3. Adil - terima tanggungjawab sebagai suami/isteri -jangan letak keraguan lagi tinggi dari kepercayaan
  4. Renew - cara panggilan
  5. True color -sentiasa berterus terang

Bual Bicara Sinar Hidayah
Berbicara tentang hidayah, bagaimana untuk mendapat hidayah, adakah hidayah perlu ditunggu atau dicari.

  

Konsert Mahabbah Islami
Pengisian rohani oleh Ustaz Hasnul Jamal Sulaiman memamg terbaik membuatkan kita merenung kembali diri kita. Muhasabah balik diri kita. Kita tak perlu berubah, kita hanya perlu kembali kepada fitrah. Jangan asyik nampak kesalahan dan kekurangan orang lain sampai kita buta dengan kekurangan diri sendiri. Macam tajuk post ni.


Sembang Santai & Cinta High Class
Haa.. Yang ni pulak akan diadakan esok dan lusa. Nak kena pergi ni. peluang bukan selalu ada. Selagi masih diberi nafas. So sape2 yang dok penang tu boleh lah datang jugak yer. Jangan lepaskan peluang!

Kerana Setitik Madu

~ " Kisah Pengajaran Yang Akan Membuatkan Anda Berfikir "~

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah terlalu takut terus berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tersebut ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, jadi beringat-ingatlah.

Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yang tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. Sama2 lah kita muhasabah diri msing2 sebelum terlambat..

p/s : Jadi adakah anda masih merasakan bahawa dunia ini tempat untuk bermain dan bersenda gurau?


sumber 1
sumber 2

La Sardina

Assalamualaikum

Exam dah lepas 2 paper. Ada lagi 1 di penghujung waktu. So hari ni nak mengarut pulak nih. Dah la dengan laptop masuk icu. Mekasih orang bagi pinjam laptop ^_^

Kebendenye La Sardina ni? Adakah sejenis sardin? Ternyata bukan tapi memang ada kaitan dengan sardin iaitu design die cam tin sardin.

Yeke? Tak pun. Mana ada tin sardin kaler macam tu.

Tempat nak letak filem dia yang macam tin sardin. Google lah sendiri or tekan link kat bawah ni.



Bila tengok buku dia, aku tak rasa cam buku nak ajar amek gamba pun. Cam nak ajar resepi hidangan sardin dengan cara tangkap ikan ada lah. Aku takde la berminat sangat dengan lomography nih. Tapi sebab benda dah dapat free, nak jugak la belajar. Kalau tak nanti jadi hiasan je lah kamera nih,
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram