Surat Pening~~~

Assalamualaikum...

Pekabo korang sume?? Kalu sihat, alhamdulillah. Kalau sakit pulak...padan muke. Makan ubat tak maw. Aku sebenarnye nak tulis ape yang orang laen tak tulis lagi. Jadi aku harap apa yang aku tulis korang tak tulis balik sebab ini akan dikira mencetak rompak ape yang aku da tulis. Korang hanya perlu bace apa yang aku tulis sebab kalo korang tak bace penat je la aku tulis...

Aku tahu apa yang orang laen tak tahu. Diorang pon tak tahu apa yang aku tahu pasal diorang tak pernah pon amek tahu apa yang aku tahu. Aku pulak tahu ape yang diorang tahu sebab aku suka amek tahu apa yang aku nak tahu. Jadi aku ni lebih tahu daripada diorang sampai diorang tak ingin amek tahu apa yang aku tahu. Diorang kate aku tahu banyak perkara yang diorang tak tahu.

Aku cakap ape yang aku nak cakap dan orang laen tak cakap ape yang aku aku cakap. Diorang tak cakap pasal diorang tak tau ape nak cakap. Lagipon ape yang diorang nak cakap aku da pon cakap jadi diorang taknak la cakap lagi. Bila diorang nak cakap jer, aku cakap dulu. Diorang soh la aku yang cakap pasal aku suka sangat cakap sampai diorang takde can nak cakap. Jadi terpaksala diorang dengar jer ape yang aku cakap.

Aku da nak benti tulis sebab aku da takde idea nk tulis ape. Aku da malas nk tulis sebab sebab kejap lagi aku nak gi dating. Oleh sebab aku da malas nak tulis dan tak tahu nak tulis lagi, aku akhiri ape yang aku tulis dengan........................
....................... Muahaha~~


tiada yang benar melainkan
yang benar2 belaka

Cinta Dari-Mu



Ya Allah Ya Tuhanku,
Andai benar cinta itu untukku,

jauhkan aku dari cinta nafsu
cinta yang menghanyutkan aku

lalu melemaskan aku
dalam lautan dosa


Ya Rahim,

Jika benar dia milikku,

Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Namun jika sebaliknya
Kau bawalah dia pergi dariku

agar aku tak menyakitinya


Ya Muhaimin,
Tolonglah pegangi hatiku ini
agar aku tak terjatuh
dari landasan-Mu
Landasan ke jalan yang lurus


Ya Dzul Jalal Wal Ikram,

Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah

berkali rebah menyembah bumi

berkali tersadung jatuh tersungkur
kerana-Mu aku bangkit kembali

kerana ku yakin ada hikmah
di sebalik yang terjadi


Bahagia Sang Pelangi

Berkali-kali ku meniti titian itu

Berkali-kali juga ku rebah tersungkur

Kelopak-kelopak yang dulunya mekar

Akhirnya berguguran ke lantai bumi

Ku toleh kiri

Ku toleh kanan

Gelap gelita tanpa cahaya


Bagaikan pengembara yang kehilangan arah

Mencari jalan untuk pulang

Kaki masih terus melangkah

Masih mencuba menggapai pelangi

Hujan dan guruh mengiringi

Bersama titisan jernih di pipi

Mengumpul segenap kekuatan

Demi bahagia yang diimpikan


Ku lihat cahaya berwarna-warni

Langkah terhenti seketika

Inilah pelangi yang dicari

Senyuman terukir

Perjalanan hampir berakhir

Tunggulah wahai sang pelangi

Akan ku gapaimu

Menghiasi hidupku

Dengan warnamu


Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram