Gambar Di Facebook Tidak Boleh Di Padam!


Korang percaya tak klau gambar korang kat facebook tu tak bley hilang walaupon korang dah delete. Tapi ape kene mengena ngan gambar kat atas nie kan?? Sebenarnye macam nie mark zuckerberg nie (pengasas facebook nie x kan korang x kenal) adalah orang Israel. Die menggunakan facebook ini adalah untuk meninjau pergerakan manusia di bumi ni dengan berdasarkan :

1. Maklumat peribadi korang yang korang tulis kat info profile
2. Aktiviti seharian korang(pe yang korang post/share – melambangkan pekara yang korang buat)
3. GAMBAR2 KORANG YANG DI'UPLOAD'KAN SETIAP HARI…

Korang percaya tak yang gambar yang korang upload tu takkan boleh hilang dalam data facebook walaupon korang dah delete.
Kalau korang tak percaya meh aku ajar korang macam mane aku buktikan kenyataan aku nie..

Cara – caranya :
1. Pilih gambr yang korang nak delete tu.(tp jgn delete lg)
2. Klik kanan kat gambar tu dan pilih save image as. (tp jgan tros klik save)
3. Copy & paste nama kat file name tu kat mana2
4. Ok part yang paling penting skali.

- copy link nie :
http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/isikan name file tadi.png
(format gambar tu korang bolew ubah ikot ske korang lah. jpg/png/gif)

Cube tengok gambar yang korang delete tu ade lagi kan…

contoh :
file name - 62450_1517231263867_1627073717_1243192_8144805

SELAMAT MENCUBA… :-)

resource: http://acsesonly.wordpress.com/2011/07/06/gambar-di-facebuku/#more-111

Mencari Lailatul Qadar


Sepuluh akhir Ramadhan
dikurniakan Lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

In-team ft UNIC - Kemuliaan Ramadhan

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. :

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
*****

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatul Qadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatul Qadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
*****

Malam ni la marilah kita mula mencari apa yang dikatakan Lailatul Qadar. Hanya sekali dalam setahun. Kuatkan diri untuk bangun pada malam hari untuk melakukan ibadah (bukan setakat bangun buang air). Mungkin juga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita.

Wallahualam.

p/s: 10 akhir Ramadhan ni orang sibuk ngan persiapan raya

Heliza Instant Telekung

Assalamualaikum..

Ari ni usha2 fan page Heliza Helmi. Tertarik lak ngan Heliza Instant Telekung(HIT). Ley wat tudung, ley wat telekung.. Gaya muslimah gitu.



Suke la kaler biru ni.. Sweet jer.. Ker sebab beliau memang sweet? Tapi harga die lagi sweet.. >__<

Kalo aku pakai ni cane agaknye rupe aku?

Haha.. Apsal cam pelik? Adakah memang pelik kalo aku pakai ni atau pelik aku edit gambo nih? (◑﹏◐)


Resepi: Apam Aiskrim Comel

Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C

200 ml air sprite/ice cream soda

Cara-cara

  1. Pukul A sehingga kembang dan gebu. 
  2. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
  3. Masukkan C
  4. Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi dibahagi dua (Nys buat warna biru dan pink)
  5. Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna biru dan merah.
  6. Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)

Hasilnya...

Argh... Asal hodoh sangat?
Ni la akibatnya bila letak dalam bekas kertas.. Bila kukus kan terbentuknya wap2 air yang menyebabkan ia basah dan bekas da jadi leper.. Hahaha..

WaAa.. Banyaknyer.. Cam nak wat menjual kat bazar.
Apsal banyak sangat nih? Bende nih jadi banyak sebab aku buat dalam bekas kecik.. Saiz kuih sarang semut jer.. Haha.. Nape yang ni tak leper? sebab aku letak bekas nih dalam bekas apam yang plastik.

credit to http://citarasa3iwahaz.blogspot.com. Aku malas nak ambik gambo..






Kau 'Hang" apa? Hang Hip Hop, Hang Sepak, Hang Nyanyi, Hang Shopping?


Satu sambutan hebat untuk pertandingan ini. Melihat kepada beberapa catatan-catatan yang sangat kreatif telah membuat KIT KAT melanjutkan pertandingan dari 1hb Ogos - 4hb September.

Jadi...

Muat naik sekeping gambar berehat sebentar bersama KIT KAT dengan satu caption kurang daripada 20 perkataan!

Hantar penyertaan anda dan anda set!

3 catatan-catatan terbaik setiap minggu menerima baucer hadiah bernilai RM100 dan 1 Kemeja-T interaktif! Hantar semua penyertaan bagi laman ini dan kami akan mengumumkan pemenang-pemenang di sini juga!

Rumah oh Rumah

Assalamualaikum...


Huh.. Penat2.. Letih oh pindah tyme2 pose nih. Memang pindah sehari sebelum pose tapi nak mengemas tu bukannyer sehari.. Tambah2 pulak uma yang ditinggalkan macam .......

Berpagarkan lalang

Da macam tempat pelupusan sampah lak

Amende lak nih ladang tebu belakang umah..
Kalo sape2 yang penah datang umah aku mesti tau cane keadaannye sebelum bagi orang sewa. Ni baru kasik sewa 3 tahun.. Kalo lagi lame ape jadi yer..

Haaa.. ada lagi yang paling dasyat.. TANDAS.. Eeewwww.... jijik giler.. Aku tak amek gambar sebab aku tengok pon da nak muntah. So aku taknak korang muntah2 tengok kedasyatannyer..

Ni bilik aku yang ditinggalkan..
aku cat ngan kaler purple
*tutup aurat jap sbb nak amek gambar

maka berubah la wajahnyer..
Aku tambah decoration kaler pink. Ni kat sebelah pintu.
Ni plak kat siling.
Penat weyh mengecat... Lenguh2 badan aku.. Ade sape volunteer nak urut aku??

Kanak2 Zaman Sekarang

Assalamualaikum...

Budak2 zaman skang ni lain tol dari dulu. Attitude da cam orang dewasa pon ada. Cakap ngan kita nk cam umur sama ngn diorang plak.


Aku: Jom amek gambar..
Gegurl: Taknak! Malas...
Aku: ... (dasyat tol mulut dak nih)

*Gegurl: panggilan mak beliau

di luar tingkap

Aku: Cepat la pandang.. Senyum..
Lyka: (Senyum dengan lebarnya)
Snap..Snap..
Lyka: Nak tenok tamba.. (nak tengok gambar)
...
Lyka: Wat ape tu?
Aku: Ngah maen game.
Lyka: Awak, nak matuk. (nak masuk bilik)
Aku: Pegila bukak pintu.
 ...
Lyka try bukak pintu tapi tak boleh.
...
Lyka: Awak, bukak la pintu...
Aku: (ade ke panggil aku awak.. cam kawan2 die plak)

Okeh..Cerita di atas adalah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka. Budak2 memang comel. Tapi kalo mulut kalah orang tua, seyes aku tak minat.


Aku: Akak da nak balik nih..
Sabrina: Balik laa..
Aku: Ho0o.. Sampai ati halau. Ok.. Balik ah.. Taknak datang lagi!
Sabrina: Alololo..sayang2.. Jangan la majuk.. (peluk aku ketat2)

Suka ini budak sangat2.. Pandai lak memujuk tuh. Tapi dak ni suke mintak dukung. Penat la dek oii. Patah tulang belulang akak.

Mish ya.. (╯3╰)
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram