Solat..? Nantilah dulu...

Assalamualaikum.

Solat itu tiang agama. Tiada tiang runtuhlah agama ibarat rumah tiada tiang. Ramai yang tahu tapi ramai jugak yang buat-buat tak tahu.

Assignment dengan solat mana lagi penting?

Alaa.. assignment tak siap lagi ni. Nanti tak sempat nak hantar kena hantar sebelum pukul 2.

Sanggup mengadap assignment berjam-jam tapi ank berhenti 5 minit untuk solat pun susah? Salah siapa yang buat kerja last minit. Kalau buat assignment tengah malam, sanggup berjaga sampai pagi. Tapi tak sanggup berjaga buat qiamullail.

Shopping dengan solat mana lagi penting?

Sakan bershopping, bersuka ria dengan kawan-kawan. Pergi BJ, QB, Gurney, pesta.....

A: Weyh.. Kita tak solat solat maghrib lagi nih
B: Nanti la jap lagi

Jalan punya jalan berkumandanglah azan Isyak. Maghrib tah kemana. Dosa jer yang dapat. Berbaloi ke? Waktu biasa solat je macam biasa. Tapi bila keluar pergi mana-mana, pandang ringan je solat. Ada kawan yang jenis alim sikit, barulah solat. Kena pulak keluar dengan orang yang memang tak solat, memang diri yang tak kuat iman pun sekali join. Macam nak kata kalau keluar tu tak solat pon takpe lah. Alasannya:-
  • Surau kecik sangat (gilir-gilir)
  • telekung kotor (bawak sendiri punya)
  • Tak tahu surau kat mana (tengok map, tanya orang)
  • Sempat solat balik nanti (lagi setengah jam nak habis waktu)
  • Bukan selalu pun tinggal solat (mati tak kira waktu)
  • Nanti kalau tak sempat qada' je lah (qada' kejadahkah?)
  • dan lain-lain

Solatlah di mana sahaja

Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar

Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa keuzuran hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu. Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya. Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu (tidur setelah masuk waktu solat) dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak (assignment, shopping, karaoke,dsb).

Ini adalah untuk peringatan aku sendiri dan kawan-kawan. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang sengaja meringan-ringankan solat. Amin....

Peplum..plum..pelam

Assalamualaikum..

Sedang aku dok mencuci mata dekat fb, tengok2 la ada  jual baju murah. Aku berkenan sangat dengan satu baju ni. Memang baju aku banyak jenis macam tu. Survey punya survey ade la yang letak nama baju macam tu namanya "peplum". 

Apakah peplum?
Ia bukan sejenis buah plum ataupun mempelam.



Tapi ia adalah fesyen baju kembang2 gitu. Macam gambar kat atas nih. Laa.. Baru aku tahu. Sekarang ni memang trend peplum ni. Aku da buat fesyen ni kat baju raya aku dua tahun lepas dah.


Baju ni aku design sendiri. Aku lukis then aku cakap kat mak aku, "Mak, nak baju raye macam ni.". Baju ni mak aku yang jahit. Kalau nak tempah jahit baju sila roger.. (●⌒∇⌒●) Agak labuh sebab mak aku wat cam labuh baju kurung jugak la. Dah habis raya aku soh mak aku alter balik sampai paras peha camtu. Masa ni memang aku tak pernah dengar pun istilah peplum.





Aku berkenan pulak peplum yang 2 layer. Mungkin boleh buat untuk baju raya tahun depan. Tak pun baju tunang ke.... Wekk.. Perasantan jer..

Tatatititutu~~

Shopping peplum dekat sini:

Jubah Impian Online Boutique
Airisya Suffya Full

Tuah manusia nampak di..?

Assalamualaikum.. Selamat tengah hari...

Pejam celik pejam celik da bulan 12. Pantas betul masa berlalu...

Hari ni da hari jumaat. Hari isnin dah kena present fyp(final year project). Sangat 'beruntung' lah sebab sebagai pelajar grafik nih ada 2 projek - major dan minor. Nasib la aku suka projek minor aku. But i hate sketching very very much! >_<

Dan sebab  itu jugak, aku terpaksa melupakan hasrat aku untuk join event ari sabtu ni.

Aku salah sorang yang terpilih join Mountain Dew Xtream Challenge mewakili Era fm. Kenape nak buat minggu depan?? ಥ_ಥ Tapi nak buat camne kan. Ade hal yang lebih penting perlu diutamakan. Dah menang on fon kira ok lah kan.


Harap sangat akan datang boleh join event2 camni. Tak menang takpe, janji enjoy pengalaman yang dapat.

Salam Jumaat..

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum...

Katanya filem Istanbul Aku Datang berjaya mengaut kutipan tiket kira-kira RM1 juta selepas empat hari tayangan.
Katanya lagi dia berbangga dengan filem itu kerana setakat ini tiada komen negatif diberikan daripada penonton. (myMetro)



Awak..awak.. dah tengok belum cite Istanbul Aku Datang? Best tau? Romantik sangat. Pelakon pon comel je.

Dah... Takde la best sangat. Tu pun sebab adik ajak teman. Aku rasa macam ada yang tak kena jer cite ni. So kira ni yang pertama ke komen negatif? Rasanya tidak.

Seorang perempuan terbang jauh-jauh sebab nak dapatkan cincin pertunangan?
Seorang perempuan yang tak kesah duduk satu rumah dengan lelaki?
Peluk dekat KL adalah perkara biasa?
Adegan nak cium?



Aku tak tahu la kenapa filem yang artisnya beragama Islam perlu membawa watak-watak yang kita tahu salah dan dosa, tapi kita seolah-olah pejamkan mata dan menghalalkan perbuatan tu. Tak perlu tanya pelakon kenapa dia berlakon camtu, pasti akan dapat jawapan2 yang tak masuk akal.

Menghalalkan? Kalau dah penonton pun cakap sweet, comel, romantik tak ke menyokong namanya?

Owh.. Lupa.. Kita kene sokong industri filem negara kita. Tak kesah lah macam.... ok, aku rasa aku tak perlu sambung ayat tu.

Dan aku tertanya-tanya, Malaysia ni bukan negara Islam ke? Kalau berdasarkan scene kat bawah ni....



Dian : Biii.. (terus memeluk Azad)
Azad : Bi,janganlah peluk depan orang macam ni... tak elok orang tengok.!
Dian : You peluk i kat KL ok jer..
Azad : Itu lain, kita kan kat negara orang,negara Islam pulak tuuu.. hormatlah sikit..

"Kenapa tidak ada orang ajak boikot filem Melayu yang mana pelakon2 nya terpaksa buat dosa untuk berlakon dalam filem itu tapi kita lagi suka boikot McDonald sebab....Yahudi." (sumber)
Think about it...

Harap maaf, tiada link download di sini.

nota penyepak: Aku da rasa macam tulis report... dengan sumber lah bagai.. Muahaha



Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram