Resepi: Apam Ladybird



Bahan A
3 biji telur Gred B
200gm gula halus
1 sudu kecil ovalatte


Bahan B
3/4 susu kotak sejuk
255gm tepung gandum
1 sudu kecil baking Powder

Blueberry filling
Pewarna hitam(merah+biru+kuning), kuning, merah

Cara-cara

  1. Pukul Bahan A hingga putih dan kembang.
  2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga likat bagi setiap kali tepung dimasukkan
  4. Bahagian adunan kepada beberapa bahagian. 1 senduk adunan untuk warna hitam. Kalau takde warna hitam, guna gabungan warna biru, merah dan kuning. 1 senduk untuk warna original dan selebihnya boleh dibahagi kepada 2 bahagian – merah dan kuning
  5. Kukus dengan api sederhana(den guna kukus elektrik) selama 10 minit.

>> Apa?? 4 tahun???

Semua Pun Popia






Da macam nak menjual pulak

Lailatul Qadar Tiba Lagi



السلام عليكم

Wah.. Pejam celik pejam celik da nak abis da Ramadhan tahun nih. Lagi 9 hari jer lagi. Tapi biasanya bila da hujung2 Ramadhan nih orang da ingat nak raya jer. Baju raya, kuih raya, tukar perabot langsir..... Tarawih?? Orang kat masjid/surau pon da makin kurang. Tinggallah jemaah2 yang sama macam sebelum Ramadhan dulu.

Rugi..Rugi..Rugi...

Ramai orang lupa 10 malam terakhir nih ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Jadi sepatutnya kita berlumba2 mengejar malam tersebut.

Dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu.” Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 

Rasulullah pun beramal bersungguh2 pada 10 malam terakhir. Sedangkan baginda memang telah dijamin masuk Syurga. Tapi kita.... yang belum tentu di mana destinasi terakhir kita, boleh pulak bersuka ria abaikan amal ibadah. Malu kita sebagai umat baginda.

Lailatul Qadar menjadi rahsia supaya kita berusaha mencarinya dan bukan hanya menunggu malam tersebut. So apa lagi kawan2, jom kita cari Lailatul Qadar yang hanya ada sekali dalam setahun. Belum tentu lagi kita sempat bertemu dengan Ramadhan 1434H. Hari raya lebih bermakna kalau kita benar2 menghayati Ramadhan.

Wishlist

Salam Ramadhan..

Tengah dok boring2 nih, teringat pasal wishlist pulak. 

Ada satu dalam senarai nih aku harap terlaksana la sebelum kawen.. Haha..
Kalo tak den takmo kawen.. Heee...

Ape die??

Rahsia.. Huhu


Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram