Macam2 Jamu Ada

Assalamualaikum...

Hai sume!! WaAaa.. Lama tak menaip... Walaupun dalam keadaan mengantuk ni, tetap cube meluangkan beberapa minit untuk menaip.

Ape cerr korang yang sedang bercuti? Dak2 uni degree kan nga cuti skang sampai bulan 9 Lama tuh.. Kecuali la yang praktikal tuh. Hee..

Ape cerr aku? Aku skang bz.. Keje pagi, balik malam, Mencari rezeki untuk anak2.....ank2 cacing dalam perut yang menyebabkan aku kurus yer.. Keje ape? Jap2..

mem'promote' jamu mak dara

Ni la keje aku sementara mengisi masa lapang cuti aku.. Sape ase nak jamu untuk kurus, gemuk, montok, kuat dan sebagainya, boleyla tnya aku.. Hahaha..

We are Looking for New Talents aka Models Ladies!

Minat dunia peragaan?
Ingin menjadi model? 



ButiKafe sedang mencari model untuk koleksi butik mereka.
Ingin sertai mereka?

Klik link di bawah yer...

Saya Sayang Mak Saya ♥

Rozita Binti Mohd Shariff
Selamat hari ibu kepada mak saya. Love you so much! 
Segala jasamu
segala pengorbananmu
tidak terbalas.
Hanya kau yang satu,
takkan terganti...



Jom singgah Kerorokeroppi Craft (✿◠‿◠)


Nys nak menjemput anda sume singgahlah ke kedai online Nys nih.

Kerorokeroppi Craft menjual aksesori kraf menggunakan reben dan felt seperti keychain, handset strap, keronsang, penghias dinding dan sebagainya.

Anda juga boleh menempah mengikut keinginan anda dengan design anda sendiri.

Pastinya anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

Harga juga sangat berpatutan.

Singgahlah dan buatlah tempahan anda.


Wanita itu ibarat Epal


Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.


(Ken Ahmad)

Sumber: Wanita Itu Ibarat Epal | Paradigma MUKMIN
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram