PERTANYAAN UNTUK CINTA


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?

Itu bukan cinta, itu suka..

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan cinta, itu nafsu..

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?

Itu bukan cinta, itu kesepian..

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan cinta, itu kesetiaan..

Adakah kamu tetap mengatakan kamu mencintainya kerana kamu tidak ingin melukainya?

Itu bukan cinta, itu belas kasihan..

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan cinta, itu persahabatan..

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan cinta, itu dusta..

Adakah kamu rela memberi semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan cinta, itu murah hati..

Tetapi...

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami

Itulah cinta..

Adakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dia?

Jika demikian itulah cinta..

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian itulah cinta..

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

Itulah cinta..

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

Itulah cinta..

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

Itulah cinta..

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya cinta...



0 mikroorganisma:

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]