Cinta datang tanpa diduga. Bila disedari saat itu kita telah pun dipaut cinta. Perginya juga tak dijangka. Ketika kita masih memerlukan cinta, saat itulah ia meninggalkan kita. Menitiskan air mata sebelanga pun belum tentu dapat mengubah segalanya.
Bagaimana sekiranya cinta masih ada dalam hati kita? Mampukah kita harungi segalanya? Masihkah kita perlu menanti cinta yang telah pergi? Yang kita sendiri tidak pasti adakah ia akan kembali atau tidak. Bagaimana pula sekiranya ada cinta lain yang datang menyapa? Adakah kita perlu membuang cinta yang sudah sedia ada dalam hati kita dan menggantikannya dengan yang lain? Biarkan persoalan tergantung di situ buat seketika.
Kadangkala kita sendiri tidak pasti dengan apa yang kita cari. Adakah kerana kita terlalu memilih? Mengharapkan sesuatu yang terlalu sempurna. Sedang kita cuma insan biasa. Manusia tiada yang sempurna. Pasti ada kekurangannya. Jika kita ingin bercinta, terimalah pasangan itu seadanya. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaaan. Jika terlalu mengharapkannya, kita juga yang akan kecewa. Hargailah semua yang telah kita miliki.
Perkara yang melibatkan persoalan hati ini boleh dikatogerikan sebagai masalah juga kan? Jadi, janganlah bersendiri. Berbincanglah dengan sahabat, orang-orang yang kita percayai agar kita dapat melihat dari sudut pandangan yang lain. Namun begitu, meraka hanya boleh menberi pendapat dan nasihat. Segala keputusan adalah pada diri sendiri. Oleh itu, berbicaralah pada hati pasti kau temui apa yang dicari.
Bukakan hati, lapangkan jiwa. Jika kita benar-benar bersedia menerima cinta, jangan ditutup pintu hatimu. Dan sekiranya tidak, jangan paksakan cinta, nanti diri kan merana kemudian hari. Cintailah manusia kerana Allah. Agar kita tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan. Demi kebahagian dunia dan akhirat..