Kematian Yang Tak Di Jangka

SELASA, Johor Bahru - Keseronokan beliau untuk mencuba kemahiran renangnya bertukar menjadi tragedi apabila beliau ditemui mati di dalam sebuah baldi merah semalam.


mangsa sedang terapung

Hal ini telah menggemparkan seluruh pekan sehingga menyebabkan seluruh kedai-kedai  yang menjual baldi menghentikan penjualan baldi berwarna merah!

Beliau yang menjadi mangsa di bawa ke unit pembedahan untuk mengenal pasti punca kejadian. Hasil bedah siasat mendapati beliau mati setelah liang pernafasannya dimasuki cecair pencuci lantai yang terkenal iaitu Ajax Fabuloso.

Ajax Fabuloso warna ungu


Detektif Lipasan Odogawa berkata semua lipas harus berhati-hati ketika ingin berenang di dalam mana-mana baldi bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi. -BERNOMO

Detektif Lipasan Odogawa

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]