Jerit La Kuat Sket Ohoiiii~~

Cuba teka kenapa mereka menjerit?

Scream SmileyA) Mereka gila
B) Mereka tension exam
C) Memang hobi mereka
D) Mereka test suara

Cepat3.. 10 saat dari skang...
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
tettttttttttttttt......!

Tamat..

Jawapannya ialah.....

E) None of above

Rupanya pasal ABPBH lowh.. Ingatkan ape la yang hysterical sangat tuh.. Ada yang jerit sebab artis yang disukai tak menang. Ada jugak jerit sebab menang. Tahniah la yer. Diorang menang so korang pon dapat 50 hengget sorang sebab sudi menjerit name diorang, bersorak untuk diorang. Bagi yang korang undi tapi tak terpilih lak, sian dwet setem korang. Setem mahal taw skang. 60sen tu bley beli gula2 12 bijik @ roti gardenia perisa coklat.

nota telinga: Jerit la kuat sket. Aku memang suke dengar orang jerit nih..Mean Smiley

Removing My Cbox

Assalamualaikum sume..

Ni da tengah ari da, sume da makan ker? Aku makan roti sapu peanut butter jer. Sedey x? Konfem korang tak sedey sebab korang dapat makan nasi + ikan siakap 3 rasa + sayur kailan ikan masin..Crazy Drooling Smiley

So.. citenye.. Ari ni aku remove cbox kat blog aku nih. Sebab-sebab aku berbuat demikian adalah:-

1) Mengelakkan orang mempromosi barang2 atau perkhidmatan di situ. Kat sini bukan tempat jual beli barang ok..

2) Mengelakkan orang2 yang tidak pasti dari mana meng'link'kan nama mereka ke web yang tah pape.

3) Menggalakkan orang meninggalkan komen dekat entry2 yang aku post..  Peace Smiley

Jadi pasni kalau nak say hai, blogwalking ker, rajin2 la tinggalkan komen.. tak kena bayar pun.. Just taip cam taip kat cbox.

Sekian.. selamat tengah hari..

Assignment vS Solat

Assalamualaikum... Selamat pagi yer sume.

Waa.. da lama tak update blog. Busy giler minggu nih. Test itu ini, assignment final. Adess.. Kalau yang kos dia banyak exam, mungkin minggu ni da lengang dah. Tapi kalau bagi yang kos tak banyak exam cam aku nih(kos seni, architecture,blabla...), skang ning memang minggu yang tegang.. kusut2.. Kalau ade 3 subjek yang takde exam, 3 assignment final la kena buat. Kalau ada 5 subjek....??

google

Kembali kepada tajuk. Kenapa aku buat tajuk cani? Meh aku kongsi satu cite dulu.

Al-kisah di suatu hari yang kekalutan, assignment nak kena hantar! Oh man.. Tak print lagi, tak burn lagi, tak sketch lagi.. Argh...! Banyak lak hal nyer. Nak kena settle sume hal. Maka oleh itu terpaksala mengadap kerja2 tersebut dalam masa lebey kurang 4 jam lagi!

So buat dan buat dan buat.. Masa bagaikan berlalu dengan pantas. Akhirnya Cik A berjaya menyetelkan kerjanya secara kasar lalu melihat waktu. Sudah pukul 3, solat zohor belum lagi. So dengan pantas dia menyelesaikan tanggungjawabnya.

Tik tok tik tok... Masa berlalu. Cik B tidak berganjak lagi dari tempatnya. Owh.. Ada masalah pulak daa. Cik B semakin kusut.

Cik A: Weh.. G la smayang dulu. Da kol bape da nih. Nak dekat kol 4 da nih.

Cik B: Nanti la dulu. Tak sedap ati selagi tak siap nih....

Cik A: Lowh.. Solat jap jer pon..Pastu sambung la.

Cik A hanya mampu menggelengkan kepala melihat Cik B masih tak bergerak sebaliknya kelihatan semakin kusut.

Cik B: nak gerak dulu la. Nak settle bende nih.

Cik A: Tak smyg dulu ker?

Cik B: Nanti nak siapkan dulu...

Pastu terkejar2 nak pergi siapkan assignment, terdengar la azan asar berkumandang... Cik B hanya mengeluh.

See... What happen? Solat melepas, kerja tak settle pon jugak.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh...."

Apa keutamaan kita jadi manusia kat bumi tumpangan nih? Kerja lecturer or solat? Assignment tak siap on da tyme kena marah tyme tuh jer. But kerja Allah tak tunaikan? Hukumannya di akhirat kelak. Kenapa kita sambil lewa jer tanggungjawab yang Allah bagi kat kita? 5 kali jer sehari. Setiap kali tuh takde la sampai berjam2 pon.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Sesetengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.


Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam.

Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah).

Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Tolonglah wahai rakan2ku, saudara seagamaku, janganlah abaikan solat. Solat itu tiang agama. Soalan yang utama yang akan ditanya kelak.

nota kaki: Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]