Jangan Dibuat Ketika Bercinta!


Kata orang, saat bercinta anda boleh melakukan apa sahaja kerana si dia sangat menyayangi anda. Tetapi anda harus berhati-hati, bukan semua perkara boleh dilakukan sesuka hati.

Jika anda tidak mahu si dia berkecil hati dengan sikap anda, jangan sekali-kali melakukan perkara di bawah ini. Jika anda melakukannya juga, tidak mustahil perhubungan yang telah dibina sejak sekian lama itu akan terlerai di pertengahan jalan.

Jalan terbaik, lebih baik anda berdiam diri dan menyemai cinta abadi bersama si dia.

1. Jangan suka membandingkan
Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih nahas jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Atau membandingkan diri anda dengan kekasihnya dulu. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.

2. Jangan menipu
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.

3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.

4. Jangan lupa hari penting dirinya
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya. Kirimkan sekuntum bunga pada hari bahagianya. Kuntuman bunga itu sudah pasti mampu membuatkan bibir si dia tersenyum bangga sepanjang hari.

5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.

6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.

7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.

8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.

9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.

10. Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.

Madah Cinta Dari Hati ♥♥





Love is not about what you see with eyes, what you touch with hand, what you smell with nose, what you taste with tongue. But it's about what you feel with pure heart...

Biarkan masa lepas berlalu pergi. Ku ingin bahagia mengiringiku saat aku meniti hari-hariku kini dan selamanya...


Mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki tak semesti selamanya.

Love is like a spring season. The heart bloom like a flower, creating the smile on the face.

Andai ada yang terpendam rasa; Usah disimpan di dalam jiwa; Agar tidak menyesakkan dada; Luahkan saja segalanya...


Every time i think of you, every minutes feel you, every second want you... I love you.. I wish you always be by my side...

Hatiku merintih hiba..sayu dan pilu.. Tiada siapa yang mengerti. Sepi menyelubungi kekosongan ruang hidupku...


Life with problem just like a rubik's cube; even it is hard to solve, but it still has the way to solve it..

Berbicaralah dengan hati pasti kan kau temui apa yang dikau cari...


Kadang- kadang apa yang kita betul-betul sayang hilang dari hidup kita dan kita tak mampu menghalangnya dari terus hilang. Semua yang telah berlaku adalah di luar jangkaan kita, jadi kita perlu bersedia untuk menghadapi segalanya. Kuatkan hati, tabahkan diri, pastinya bukan mudah tapi kita perlu berusaha. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Pasti semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Andai mentari bukan milik kita, mungkin pelangi kan kita miliki...


originally by,

Jom Jadi Agen Topup!!


TOPUP!! TOPUP!!

Skang ni da jadi satu keperluan yang teramat sangat kan??
Kadang2 bile takde topup tuh sanggup jalan jauh sebab takde sumber topup terdekat.

So kat sini aku nak promote nih..
Kepada sesape yang berminat nak menjadi agen topup boleh la contact aku.
Memudahkan diri sendiri, menyenangkan orang laen jugak.
Tak rugi p0n join..

Untuk maklumat lanjut, silalah layari web

Katak Si Katak Lompat....


 
Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi Tinggi,
Cepatlah Adik Cepat,
Cepatlah Bangun Pagi Pagi..


Huhu.. Tibe2 terkenang lagu zaman kanak-kanak. Nape aku tulis lagu ni? Sebab aku nak cite minat aku yang mungkin akan dianggap pelik oleh sesetengah orang. Apa minat yang pelik tu yer? Actually aku suka giler ngan makhluk amfibia yang dipanggil katak nih..
Nape katak?! Takde makhluk laen ker nak minat? Minat setiap manusia nih berbeza. Kalo sume orang ni ade minat yang same, abis la dunia berantakan. Kang d0k minat kat laki yang same, p0mpan yang same, kete yang same, umah yang same...berebut-rebut jadinye. Ish3.. Berbalik kepada cite.. Cane aku ley tergerak ati untuk menyukai makhluk Tuhan nih?
Al-kisah...Dulu masa aku tinggal kat Kemaman, Ganu kite. Mase tu lebey kurang form 1 or 2 la kot..umah aku ni selalu jer ade katak masuk dalam bilik air. Kalo adek-adek aku masuk tyme makhluk nih ade, konfem2 la menjerit2 cam orang sewel. Aku ni lak jenis steady, cool jer.. Tak suke la nak jerit2 nih.. Kalo takut something tuh,aku ley wat relex jer.. Then, ade satu hari tuh, aku masuk toilet(nak buang air la kan) ada la makluk dua alam nih dok bertape kat sudut. Aku taw makhluk nih mane kaco orang. So aku troskan je la hajat aku. Disebabkan perasaan ingin tahu(curious) yang terlampau, aku nak sgt cube sentuh makhluk tuh. Nyut..nyut..Aku tekan badan die ngan jari telunjuk.. Waaa..lembeknye.. Pastu try dua jari lak.. Eeee...berlendir.. Da ngengade ngat nak sentuh, pastu aku tros jek amek ngan tangan.. Katak kat uma besenye x aggresive.. die dok diam2 jer.. Lompat pon tak tinggi mane.. Sejak dari peristiwa tu, memang aku tak takut la katak.. Aku siap wat maen lak tuh.. mak marah p0n wat taw jer.. Siap nyakat mak ngn adek2.. Ade skali tu. Mak aku nga iron baju.. Aku takde pegang katak pon tyme tu, cume nak nyakat mak jer.. Aku cakap, "Mak, nah katak!" Mak aku ape lagi, "Haa..bagi2.. kene kang(sambil menghalakan iron kat aku)".. Huu..nasib dok ja0.. kalo tak abeh da melecur aku.. Hakhak.. Besela nakal2 sket2 tuh kan..

 
Haa.. ni dia koleksi aku berunsurkan katak.
Masih ada lagi yang tak masuk lam gambar.



Ni katak bulat. Tinggal kenangan je la. Tak taw la id0p lagi ke tak. Sebab aku da kasik kat orang. Semoga dia sihat sejahtera.. Windu lak kat die..
 




Dapat cam tak? Ni gamba dari cadar katil aku.. Ada kat gambar kat atas.


Hasil kreativiti aku.
Di dinding bilik C1.1.11, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS).

DugAanNya...

Dijadikan manusia berpasang- pasangan. Sesungguhnya pasangan lelaki adalah perempuan. Dari awal kewujudan Adam dan Hawa. Hawa diciptakan daripada rusuk kiri Adam. Bukan dari kepalanya untuk jadi atasannya. Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas. Melainkan dari sisinya untuk menjadi pendamping hidupnya. Dekat dengan lengan untuk dilindungi, dekat dengan hati untuk dicintai.

Kita bercinta kerana perasaan itu dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya. Itu telah menjadi lumrah dan naluri kita dan kita tidak boleh halang perasaan itu. Seharusnya cinta kepada manusia itu adalah kerana Allah agar kita tidak tegelincir dari landasannya. Mengagungkan cinta Allah daripada cinta manusia kerana cinta Allah itulah yang kekal abadi selamanya.

Cinta itu ibarat benih,
oleh itu hendaklah di tanam pada tanah yg subur. Kemudian perlulah disiram setiap hari dan dibaja bila perlu. Sekiranya dijaga dgn baik, maka berbungalah ia. Jika dijaga dengan lebih baik akan menghasilkan buah. Tetapi kalau ditinggalkan tanpa disiram, pokok yang ditanam tu akan layu. Kalau tak dibaja,ianya takkan berbunga. Kalau dikasari maka dahannya akan patah.

Cinta itu ibarat rama-rama,
makin kita kejar,makin ia lari dari kita. Namun bila kita tidak mengejarnya lama-lama ia akan datang juga pada kita tanpa kita menyedarinya. Tetapi apabila kita sudah memilikinya, kita bermain dengan kecantikan die. Kita cuma tertarik dengan kecantikannya dan kita langsung tidak terfikir dengan ikhlas bagaimana Tuhan mnjadikan ia dan kita langsung tidak tahu untuk menghargainya hingga suatu saat kita tidak sedar bahawa kekasaran kita telah membunuhnya dan melukakan dirinya yang lembut.

Apabila cinta datang menyapa kita, janganlah kita hanyut dibuai cinta. Kenalilah cinta, fahamilah cinta. Mencintai seseorang itu biarlah pada haknya. Apabila kita telah mengenali seseorang terdetik di hati kita bahawa dialah yang kita cari selama ini. Cinta tidak buta tetapi cinta membutakan hati kita. Membuatkan kita segalanya tampak indah belaka. Perlulah kita ingat, jangan kita terlalu mencintai kerana ia mungkin akan bertukar menjadi benci satu hari nanti. Dan jangan pula terlalu menbenci kelak akan muncul perasaan sayang padanya.

Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukanlah milikku, tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu....

I Love You in 100 LanGuAges ♥

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak ( أنا بحبِّك )
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru (愛してる)
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Hae Yo (사랑해요)
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cinta akan kamu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni (我爱你)
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra'dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

daRkneSs oF l0vE.....



Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]