Dijadikan manusia berpasang- pasangan. Sesungguhnya pasangan lelaki adalah perempuan. Dari awal kewujudan Adam dan Hawa. Hawa diciptakan daripada rusuk kiri Adam. Bukan dari kepalanya untuk jadi atasannya. Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas. Melainkan dari sisinya untuk menjadi pendamping hidupnya. Dekat dengan lengan untuk dilindungi, dekat dengan hati untuk dicintai.
Kita bercinta kerana perasaan itu dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya. Itu telah menjadi lumrah dan naluri kita dan kita tidak boleh halang perasaan itu. Seharusnya cinta kepada manusia itu adalah kerana Allah agar kita tidak tegelincir dari landasannya. Mengagungkan cinta Allah daripada cinta manusia kerana cinta Allah itulah yang kekal abadi selamanya.
Cinta itu ibarat benih, oleh itu hendaklah di tanam pada tanah yg subur. Kemudian perlulah disiram setiap hari dan dibaja bila perlu. Sekiranya dijaga dgn baik, maka berbungalah ia. Jika dijaga dengan lebih baik akan menghasilkan buah. Tetapi kalau ditinggalkan tanpa disiram, pokok yang ditanam tu akan layu. Kalau tak dibaja,ianya takkan berbunga. Kalau dikasari maka dahannya akan patah.
Cinta itu ibarat rama-rama, makin kita kejar,makin ia lari dari kita. Namun bila kita tidak mengejarnya lama-lama ia akan datang juga pada kita tanpa kita menyedarinya. Tetapi apabila kita sudah memilikinya, kita bermain dengan kecantikan die. Kita cuma tertarik dengan kecantikannya dan kita langsung tidak terfikir dengan ikhlas bagaimana Tuhan mnjadikan ia dan kita langsung tidak tahu untuk menghargainya hingga suatu saat kita tidak sedar bahawa kekasaran kita telah membunuhnya dan melukakan dirinya yang lembut.
Apabila cinta datang menyapa kita, janganlah kita hanyut dibuai cinta. Kenalilah cinta, fahamilah cinta. Mencintai seseorang itu biarlah pada haknya. Apabila kita telah mengenali seseorang terdetik di hati kita bahawa dialah yang kita cari selama ini. Cinta tidak buta tetapi cinta membutakan hati kita. Membuatkan kita segalanya tampak indah belaka. Perlulah kita ingat, jangan kita terlalu mencintai kerana ia mungkin akan bertukar menjadi benci satu hari nanti. Dan jangan pula terlalu menbenci kelak akan muncul perasaan sayang padanya.
Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukanlah milikku, tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu....
DugAanNya...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
✿ Mutiara Kata ✿
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]
0 mikroorganisma:
Post a Comment