Takut Akan Cinta T_T

Assalamualaikum...

Da lama rasanya tak berbicara pasal cinta..  (yeke)
Cinta... Cinta ada banyak definisi. (skema sgt ke ayat?) Tapi nak guna ayat yang paling mudah jer la. Cinta yang paling utama adalah cinta kepada Allah. Cinta teragung yang kita tak perlu takut untuk mengakuinya. Cinta Allah jugalah yang menjamin kita di akhirat kelak.

So, apakah cinta yang buat aku merasa takut? Pastinya cinta sesama manusia, cinta adam dan hawa. Rasa cinta itu sememangnya fitrah tapi fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah. Cinta inilah yang aku takuti. Ia boleh memesongkan kita sehingga kita buta menilai yang mana betul dan mana salah, mana dosa dan mana pahala. Cinta yang boleh membuat kita leka dan alpa dan lagi teruk jika didorong hawa nafsu.

Cinta generasi muda zaman sekarang ni biasanya melibatkan maksiat. Terlebih kasih sayang, terlebih perhatian, terlebih nafsu...

Siapa berani jamin kalau bercinta (kapel) tu takde unsur-unsur seperti dibawah (at least ada 1 @ 2):
1) sms hampir 24 jam, bergayut (call) berjam-jam
2) dating tanpa ditemani mahram
3) setiap masa dok teringat pakwe/makwe, ingat mak ayah jarang sekali
4) pegang tangan, duduk rapat2, makan suap2

Ok, tu baru 4.. Kalo nak senarai entry ni panjang sangat.

Kepada kaum adam,
Kalau betul kamu sayang kepada seorang perempuan, pastinya kamu akan melindunginya. Tidak mengajak kearah keburukan. Melindungi tu bukannya kamu nak dia tu depan mata 24 jam. Contoh: Seorang lelaki dan perempuan dalam komuter yang sesak. So, sebagai lelaki yang bajet macho, kamu suruh si perempuan dalam dakapan biar tak berlanggar dengan lelaki lain. Kejadahnyerrr (kasaq sket). Bukannya suami dia pon. Berlanggar dengan ko takpe plak. Berlanggar tak sengaja tak berdosa. Berlanggar dengan sengaja tu yang berdosa. Selagi tak halal tak perlu susah2 ambil tanggungjawab seorang suami pulak.

Kepada kaum hawa,
Kalau sayang pun dekat seorang lelaki, tak perlu la sampai nak gadai body. Kalau mintak nak sentuh2, ringan2 ke, berat2 ke, sila berkeras cakap TAK BOLEH! Jangan mudah cair dengan lelaki sebab lelaki ni sweet talker;mulut serupa ta**(pengaruh cerita :p) Kalau lelaki tu betul2 sayang kamu and nak jadikan kamu sebagai kekasih halal, die takde nak ajak buat benda-benda maksiat nih. Banyakkan berkeras dengan katakan TIDAK kepada merokok(tiba2). Kalau kita tak bagi peluang untuk mereka mulakan, takkan ada permulaan dan takkan ada pengakhiran. Permulaan yang baik jika hadir lelaki yang menyatakan untuk menjadikan kamu isteri dan katakan padanya, "temuilah waliku".
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Aku takut akan cinta..
Aku bimbang aku tak mampu melindungi diriku,
Aku bimbang aku kan terhanyut dibuai cinta,
Aku bimbang aku lupa akan matlamat utamaku,
Aku mohon Allah bimbinglah aku,
Hambamu yang lemah...

Aku tak mahu rasa cinta diselubungi dosa
Aku tak mahu rasa cinta diluahkan
Kerana selagi seseorang belum mejadi halal bagiku
Maka aku tak pasti adakah dia benar untukku
Adakah dia pemilik tulang rusuk

Biarlah rasa cinta ini kerana Allah,
Moga Allah menjaga perasaan ini
Selagi rasa ini muncul pada seseorang 
yang belum terjamin menjadi kekasih halalku
selagi itu aku akan berasa takut
dan perasaan takut inilah yang akan melindungi aku
InsyaAllah.....

Jodoh itu rahsia Allah... Allah tahu siapakah dia dan pastinya dia yang terbaik untuk kita...

3 mikroorganisma:

Dianaa said...

Setuju sangat dengan semua point tu ;) sepatutnya kaum adam ni melindungi kaum hawa. Kaum hawa pula jgn biarkan kaum adam mempergunakan diri kita ni.

Crew Fathi said...

Terbaik!
Oleh itu.. Kaum Hawa jangan lah tercair dengan pujukan kaum adam.. Sebaliknya.. Selidik mereka dahulu...
Sekarang macam-macam boleh jadi.. Kena lebih peka dengan keadaan sekarang...
Sekarang teknologi pon dah makin naik.. Kalau nk ikotkan.. Banyak lelaki menggunakan fake fb untuk mengorat.. Hati-hati.. Ada sesetengah berbuat demikian untuk memuaskan nafsunya.. Moga Allah Jauhkan Semua ini..

Nys Zairee said...

@Crew Fathi
InsyaAllah.. Tq atas peringatan tu..
^__^

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram