السلام عليكم
Wah.. Pejam celik pejam celik da nak abis da Ramadhan tahun nih. Lagi 9 hari jer lagi. Tapi biasanya bila da hujung2 Ramadhan nih orang da ingat nak raya jer. Baju raya, kuih raya, tukar perabot langsir..... Tarawih?? Orang kat masjid/surau pon da makin kurang. Tinggallah jemaah2 yang sama macam sebelum Ramadhan dulu.
Rugi..Rugi..Rugi...
Ramai orang lupa 10 malam terakhir nih ada
satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Jadi sepatutnya kita berlumba2 mengejar malam tersebut.
Dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya:
“Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya:
“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu.” Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut yang maksudnya:
“Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”
Rasulullah pun beramal bersungguh2 pada 10 malam terakhir. Sedangkan baginda memang telah dijamin masuk Syurga. Tapi kita.... yang belum tentu di mana destinasi terakhir kita, boleh pulak bersuka ria abaikan amal ibadah. Malu kita sebagai umat baginda.
Lailatul Qadar menjadi rahsia supaya kita berusaha mencarinya dan bukan hanya menunggu malam tersebut. So apa lagi kawan2, jom kita cari Lailatul Qadar yang hanya ada sekali dalam setahun. Belum tentu lagi kita sempat bertemu dengan Ramadhan 1434H. Hari raya lebih bermakna kalau kita benar2 menghayati Ramadhan.