Home / resepi
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Resepi | Muffin Roti Telur
Muffin Roti Telur
Bahan-bahan
12 keping roti
2 biji telur
2 sudu kecil lada sulah
Bawang dipotong dadu
Cili merah @ cili padi dihiris (ikut selera)
Daun sup @ daun bawang dihiris
Garam
Cara-caranya
1. Potong kecil roti ke dalam mangkuk.
2.Masukkan kesemua bahan dan gaul dan lenyekkan bersama roti tadi.
3. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin.
4. Bakar adunan dengan suhu 170°c selama 10-15 minit.
Selamat mencuba dan menjamu selera. Enak dimakan bersama sos cili.
Notakaki: Boleh tambah sosej, fishcake atau fishball ke dalam adunan.
Resepi | Muffin Milo
Muffin Milo
4 sudu Milo
4 sudu tepung gandum
4 sudu gula halus
4 sudu minyak
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Badam dan cip coklat
Campurkan semuanya (kecuali badam dan cip coklat) ke dalam bekas. Putar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas muffin.
Bakar dengan suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Resepi | Tuna Macaroni Baked
Resepi Tuna Macaroni Baked
Bahan-bahan
Minyak zaitun
Bawang holland - 1 biji (potong dadu)
Bawang putih - 2 ulas (cincang halus)
Oregano - 2 sudu besar
Sos prego carbonara - 1 tin
Susu segar @ cooking cream - ½ cawan
Makaroni - 200 g
Tuna in olive oil - 1 tin
Chilli tuna - 1 tin
Sekeping cheddar cheese
Mozarella cheese - 1 paket
Garam - jika perlu
Cara-cara
- Rebus macaroni sehingga lembut. Tos dan asingkan seketika.
- Toskan tuna. Hancurkan dan asingkan seketika.
- Panaskan minyak zaitun. Kemudian tumiskan bawang holland, bawang putih dan oregano sehingga agak layu dan naik bau.
- Selepas itu masukkan sos prego carbonara dan cooking cream. Kemudian masukkan cheddar cheese. Kacau sehingga rata. Masukkan tuna. Kacau lagi sehingga sebati.
- Kemudian masukkan macaroni ke dalam sos tadi. Kacau sebati. Tuang kesemuanya ke dalam loyang bersaiz 8" x 8".
- Akhir sekali taburkan cheese mozarella ke atas macaroni dan bakar ke dalam oven dengan suhu 200°C selama 15 - 20 minit.
Selamat Mencuba!!
**Nota kaki:
Resepi menggunakan dua jenis tuna yang berbeza. Tetapi anda boleh memilih sama ada menggunakan 2 tin tuna in olive oil(tak pedas langsung-boleh tambah black pepper) ataupun 2 tin chilli tuna(pastinya akan menjadi agak pedas untuk dimakan oleh kanak-kanak).
Resepi | Bingka Labu Lemak Manis
Bingka Labu Lemak Manis
Bahan A
2 biji telur
2 cawan santan
½ cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir halus
½ cawan susu pekat manis
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
Bahan B
2 cawan labu- yang telah direbus - toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu 200°C, sapu loyang dengan mentega atau alas dengan baking paper. Panaskan sebentar .
- Satukan bahan A dan blender hingga tepung tidak berketul.
- Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah di lecek, kacau hingga rata.
- Seterusnya tuang ke dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
- Bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Biarkan sehingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Selamat Mencuba!
Tips: Untuk permukaan yang berkerak, anda boleh menambah masa membakar dengan api atas selama 5 minit.
Resepi | Mee Goreng Basah Lencun
Lapar rasanya tapi da bosan pulak makan nasi. Teringin pulak nak makan mee goreng basah macam kat kedai. So aku nak share resepi campak2 bagi korang yang malas nak masak leceh2.
Bahan-bahan (Untuk seorang)
Cara-cara
1) Tumbuk bawang-bawang yang ada.
2) Tumis bahan-bahan mengikut urutan(bahan 1 sampai 5)
Bahan 1& 2 sampai wangi
Bahan 3 sampai pecah minyak
3) Lepas tu masukkan air.
4) Masukkan garam. Beragak sikit letak tu sebab kicap tu dah masin. So rasa lah dulu.
5) Masukkan telur, kacau sampai hancur lebur luluh. Tujuan nak bagi kuah pekat.
6) Masukkan ayam. Kacaulah sampai agak2 masak ayam tuh.
7) Then masuklah mee. Untuk seorang yer. Kalau mampu makan sampai sebungkus tu terpulang lah.. Huhu.
8) Akhir sekali masuk sawi. Jangan sampai layu sangat. Hilang khasiat dia.
SIAP!!
Bahan-bahan (Untuk seorang)
- Bawang merah (Nama pun untuk sorang. Agak2 jer lah nak guna banyak mana)
- Bawang putih (Aku guna seulas jer. Tak suka kalo tergigit)
- Cili kering (kisar)/ Cili Boh (sesedap rasa)
- Sos tomato & sos cili
- Kicap Masin/Manis (sesuka hati)
- Air (ikut nak selencun mana nak, secawan pun ok)
- Garam
- Sebiji Telur
- Ayam potong kecik
- Mee kuning (rendam)
- Sawi
Cara-cara
1) Tumbuk bawang-bawang yang ada.
2) Tumis bahan-bahan mengikut urutan(bahan 1 sampai 5)
Bahan 1& 2 sampai wangi
Bahan 3 sampai pecah minyak
3) Lepas tu masukkan air.
4) Masukkan garam. Beragak sikit letak tu sebab kicap tu dah masin. So rasa lah dulu.
5) Masukkan telur, kacau sampai hancur lebur luluh. Tujuan nak bagi kuah pekat.
6) Masukkan ayam. Kacaulah sampai agak2 masak ayam tuh.
7) Then masuklah mee. Untuk seorang yer. Kalau mampu makan sampai sebungkus tu terpulang lah.. Huhu.
8) Akhir sekali masuk sawi. Jangan sampai layu sangat. Hilang khasiat dia.
SIAP!!
![]() | |
| Lap sket air liur yang meleleh tu.. Teruk noo nengoknyer. |
Resepi | Apam Ladybird
Bahan A
3 biji telur Gred B
200gm gula halus
1 sudu kecil ovalatte
Bahan B
3/4 susu kotak sejuk
255gm tepung gandum
1 sudu kecil baking Powder
Blueberry filling
Pewarna hitam(merah+biru+kuning), kuning, merah
Cara-cara
- Pukul Bahan A hingga putih dan kembang.
- Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga likat bagi setiap kali tepung dimasukkan
- Bahagian adunan kepada beberapa bahagian. 1 senduk adunan untuk warna hitam. Kalau takde warna hitam, guna gabungan warna biru, merah dan kuning. 1 senduk untuk warna original dan selebihnya boleh dibahagi kepada 2 bahagian – merah dan kuning
- Kukus dengan api sederhana(den guna kukus elektrik) selama 10 minit.
>> Apa?? 4 tahun???
Resepi | Tart Blueberry Cheese
Assalamualaikum..
Ni kali kedua aku buat tart ni. 1st tyme ari selasa lepas. Tapi guna custard sebagai filling die. Tapi kali ni aku guna cream cheese plak. Aku kurangkan manis die, kalo tak kencing manis makan bende nih banyak2. Aku buat separuh adunan jer.
Bahan-bahan (36 biji - acuan 4cm)
Sugar dough
85g mentega
30g gula kastor
1/2 biji telur
130g tepung gandum
sedikit perasa vanila
Filling
125g cream cheese
25g gula aising
10g mentega
1/2 biji telur
Blueberry pie filling
Cara-cara(sugar dough)
Cara-cara(filling)
Tiap kali cuti Aku nih macam masuk kelas memasak plak.. (─‿‿─)

- Putar mentega, gula kastor dan perasa vanila sehingga lembut. Putar sekejap sahaja.
- Masukkan telur dan kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum dan uli adunan sehingga menjadi doh.
- Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180°C untuk 15-20 minit.
Cara-cara(filling)
- Putarkan cream cheese, gula aising dan mentega sehingga lembut.
- Masukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi.
- Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 10 minit . Filling tersebut nampak macam kering sedikit.
| Aku blasah jer corak atas tuh.. Muahaha (~o ̄▽ ̄)~o |
Tiap kali cuti Aku nih macam masuk kelas memasak plak.. (─‿‿─)
My mum's birthday & Trifle
Assalamualaikum..
Selamat Hari Lahir Mak!
Aku takde kasik adiah ape pon... Just ade buat trifle.. Taw tak trifle? Meh aku nak share resepinya...
Bahan-bahan
1 kek gulung/swiss roll
sedikit cocktail
1 kotak jeli kristal
untuk custard (lapisan kedua)
2-3 sudu besar tepung custard
1 tin susu cair
2-3 sudu besar gula
Cara-cara
1)Potong kek gulung dan susun di dalam bekas.
2)Asingkan buah dlm tin dan sirapnya. (tak perlu guna semua pun)
3)Custard dicampur dgn sdikit air dan dikacau. Susu cair dimasak atas api perlahan.Campurkan custard tadi dengan gula sambil kacau supaya tak berketul.Kacau hingga agak pekat. Tutup api dan biarkan sejuk dlm 1-2 minit. Tuang atas kek gulung tadi sebagai lapisan ke-2.
4)Susun cocktail atas lapisan custard.
5)Jeli kristal dimasak dan selepas disejukkan 1-2minit,tuang ke dalam bekas sebagai lapisan paling atas.
6)Sejukkan dalam fridge selame 2-3jam.
Tambahan:
Kalau letak dalam cawan kecik lagi senang nak makan.. Bukan bley nak potong trifle ni.. Ambil guna sudu jer.. Sebab die agak lembik.. So kalau letak dalam cawan nampak lebey cantek la..
Nanti aku nak wat can gamba kat atas ni.. Baru nampak cam dessert kat hotel gitu..
Selamat Hari Lahir Mak!
Aku takde kasik adiah ape pon... Just ade buat trifle.. Taw tak trifle? Meh aku nak share resepinya...
*********************************
Bahan-bahan
1 kek gulung/swiss roll
sedikit cocktail
1 kotak jeli kristal
untuk custard (lapisan kedua)
2-3 sudu besar tepung custard
1 tin susu cair
2-3 sudu besar gula
Cara-cara
1)Potong kek gulung dan susun di dalam bekas.
2)Asingkan buah dlm tin dan sirapnya. (tak perlu guna semua pun)
3)Custard dicampur dgn sdikit air dan dikacau. Susu cair dimasak atas api perlahan.Campurkan custard tadi dengan gula sambil kacau supaya tak berketul.Kacau hingga agak pekat. Tutup api dan biarkan sejuk dlm 1-2 minit. Tuang atas kek gulung tadi sebagai lapisan ke-2.
4)Susun cocktail atas lapisan custard.
5)Jeli kristal dimasak dan selepas disejukkan 1-2minit,tuang ke dalam bekas sebagai lapisan paling atas.
6)Sejukkan dalam fridge selame 2-3jam.
Tambahan:
Kalau letak dalam cawan kecik lagi senang nak makan.. Bukan bley nak potong trifle ni.. Ambil guna sudu jer.. Sebab die agak lembik.. So kalau letak dalam cawan nampak lebey cantek la..
![]() |
Nanti aku nak wat can gamba kat atas ni.. Baru nampak cam dessert kat hotel gitu..
Resepi | Popia Gunting Pedas
![]() |
| Nampak sedap kan popia nih? Special edition 1st try. |
Bahan-Bahan:
1 paket kulit popia
15 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
(kisarkan)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa(jangan banyak,nanti masam)
sedikit perasa
sedikit daun kari(digoreng)
sedikit bijan(digoreng)
Cara-cara:
1)gulung kulit popia hingga habis dan gamkan dengan air yang dibancuh dengan sedikit tepung jagung pada hujungnya.
2)potong dengan gunting secara menyerong
3)goreng dengan minyak sehingga masak/kekuningan.
4)angkat dan toskan
5)tumis bahan kisar tadi dengan minyak
6)selepas 10 minit,masukkan air asam jawa,gula,garam dan perasa
7)biarkan sehingga masak dan ke tepikan
8)masukkan popia yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal yang sudah dimasak,bijan dan daun kari tadi.
Resepi | Suci Dalam Debu
Assalamualaikum...
♫♩ Engkau bagai air yang jernih. Di dalam bekas yang berdebu ♬♪
Ari ni bukan nak cite pasal lagu Suci Dalam Debu.. Tapi nak cite pasal kuih Suci Dalam Debu. Kuih ni name camni mungkin sebab berdebu. Ada yang tak kenal ke kuih nih? Mungkin pernah makan tapi tak kenal nama. Tak mustahil gak ada yang tak pernah makan dan tak pernah dengar pun nama kuih nih.
Aku bagi la resepi cane nak buatnya.. Tak susah pon.. Senang sangat.. Pastikan buat banyak2.. Sebab kalo mengadap ni cepat jer habis..
Bahan-bahan
Kulit popia
Nestum
gula halus
*susu tepung (kalau takde pon takpe)
Cara-cara
Ok.. Sekian..

| Haa.. Cani la rupe die.. Aku buat yang gulung |
| Yang ni versi lipat.. Aku buat siket jer yang nih.. |
Aku bagi la resepi cane nak buatnya.. Tak susah pon.. Senang sangat.. Pastikan buat banyak2.. Sebab kalo mengadap ni cepat jer habis..
Bahan-bahan
Kulit popia
Nestum
gula halus
*susu tepung (kalau takde pon takpe)
Cara-cara
- Gulungkan kulit popia. Pastikan ia tidak terbuka. Untuk melekatkannya, gamkan dengan air yang dibancuh dengan sedikit tepung jagung pada hujungnya.
- Potong gulungan kulit popia lebih kurang 1 inci. ( tak perlu guna pembaris :p)
- Panaskan kuali sehingga betul-betul panas.
- Masukkan kulit popia ke dalam kuali. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak dan garing.
- Kisar nestum, susu tepung dan gula bersama. (sukatan ikut sesedap rasa sendiri)
- Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam campuran tadi. Golekkan sampai habis popia goreng. (aku letak dalam balang, pastu kocak2 jer..jangan kocak kuat2 hancur la nanti)
Ok.. Sekian..
Resepi | Apam Aiskrim Comel
Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur
Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)
Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda
Cara-cara
Hasilnya...
Ni la akibatnya bila letak dalam bekas kertas.. Bila kukus kan terbentuknya wap2 air yang menyebabkan ia basah dan bekas da jadi leper.. Hahaha..
Apsal banyak sangat nih? Bende nih jadi banyak sebab aku buat dalam bekas kecik.. Saiz kuih sarang semut jer.. Haha.. Nape yang ni tak leper? sebab aku letak bekas nih dalam bekas apam yang plastik.
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur
Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)
Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda
Cara-cara
- Pukul A sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
- Masukkan C
- Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi dibahagi dua (Nys buat warna biru dan pink)
- Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna biru dan merah.
- Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)
Hasilnya...
| Argh... Asal hodoh sangat? |
| WaAa.. Banyaknyer.. Cam nak wat menjual kat bazar. |
![]() | |
| credit to http://citarasa3iwahaz.blogspot.com. Aku malas nak ambik gambo.. |
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Powered by Blogger.
✿ Mutiara Kata ✿
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]