Review Filem| Dilarang Masuk

Filem:
Dilarang Masuk

Pengarah:
Jeffrey Chiang

Genre:
Thriller

Pelakon:
Asyikin Kamal, Isma Yusoof, Isma Hanum, Muniff Isa,
Esma Daniel, Betty Banafe dan Zuhairi Ibrahim.


Sinopsis:

Empat orang rakan iaitu Fatia, Ronnie, Badrul dan Juli telah tersesat jauh di sebuah tempat dan akhirnya mereka terjumpa sebuah banglo lama lalu mengambil keputusan untuk bermalam di tempat tersebut. Di dalam rumah tersebut, mereka berempat menjumpai pelbagai perkara aneh seperti mayat dua manusia yang sudah pun mereput beserta sepucuk pistol yang masih terdapat peluru di dalamnya. Selain itu, mereka juga menjumpai 3 beg berisi wang sebanyak RM2.8 juta serta beberapa barang berharga. Bagaimanapun, Fatia dibayangi beberapa bayangan aneh yang melibatkan seorang gadis yang seolah - olah menyeru si Fatia untuk membantunya menyelesaikan satu masalah. Keadaan mula menjadi kacau bilau apabila pistol yang berdekatan dengan mayat yang dijumpai mereka di dalam rumah tersebut hilang. Rupanya mereka tidak keseorangan kerana ada orang lain yang memerhatikan mereka. Siapakah orang itu? Apa hubungannya dengan rumah tersebut? Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda!
Review aku:
Masa aku masuk panggung cite baru bermula. Masa mereka tengah dok depan rumah kosong. Then agak tak menggemari watak Juli yang berpakaian kurang kain. Perlu ker masuk hutan pakai camtu? Then bila masuk rumah cam saspen la kononnye. But pastu nape perlu ade aksi romance walaupun tak melampau tapi agak melampau sebab pelakonnye melayu. Banyak menimbulkan perasaan saspen but kecewa sebab takde pape yang menarik pun. Nak kata thriller tak nampak pon kethrilleran nye. Just kat part hampir last Badrul kena toreh kat leher lepas tu kena amek jantung. Jalan cerita yang sangat boring dan banyak membuat tertanya-tanya. Klimaks cerita yang sangat serabut dan ending yang sangat tak logik.

Actually moral yang cuba disampaikan hanyalah jangan menjual organ. Dilarang masuk?? Sangat tak sesuai. Cam takde kena mengena. Ada rasa sesalan jugak la. Da tajuk pun dilarang masuk tapi masuk jugak. Tu la degil sangat. -___-

Rate:

- - - - -
Nampaknya bintang taknak keluar. Aku tak galakkan orang tonton cite nih. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Apapun pendapat setiap orang berbeza.

Final Assignment!

Mood: Euphoria

Assalamualaikum wahai rakan2 sekalian..

Hari ni aku tulis blog dengan gembiranya. Why? Assignment sudah hampir ke penghujungnya. Yeay!! Esok 1 assignment akan dihantar. Owh.. Bukan esok.. Tapi pukul 10 pagi nanti. Lepas tu assignment seterusnya akan dihantar minggu depan. Ada presentation skali. Actually minggu depan tu da masuk minggu study week da pon.

ni esaimen yg bakal dihantar esok (size A2)

Assignment yang kena hantar minggu depan da hampir siap. Tinggal report ngan slide untuk present. Da upload da.. kat free web hosting jer.. So banyak lak pop up. Huh.. Never mind.. Janji ia berfungsi.. Jenguk la link di bawah yer..


Ok la.. da kol 3 lebey.. ben mau tido.. Nyte..

Thanks~~

السلام عليكم

Aku takde cite lagi kan yang aku sebenarnya bukan hanya seorang pelajar tapi aku juga seorang pekerja part time di Econ Shop. Aku kerja sebab nak tambah sket dwet blanje. Yela..sape nak kasik dwet free2 kan, mestila kena kerja. Sehari sejam pon ok la kan.

Citenye hari ni ada aktiviti dengan semua part timers Econ Shop. Ada la buat gotong royong sket..oh bukan..banyak yer.. Takde lak aku amek gamba kejadian tersebut. -__-

Diringkaskan citenye, aku dapat la adiah untuk part timers terbaik. Terbaik ker..? (tangan di bahu, mata pusing ke atas) Roll eyes

Apakah hadiah yang aku dapat tuh? Jom tengok..


Thanks to all.. Walaupun perkenalan yang singkat, moga ukhuwah kekal selamanya...

yang kat atas ni bukan gambar ari nih.. Ni gambar gambar awal sem dulu masa sesi berkenalan.. ^__^
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]