Review Filem| Dilarang Masuk

Filem:
Dilarang Masuk

Pengarah:
Jeffrey Chiang

Genre:
Thriller

Pelakon:
Asyikin Kamal, Isma Yusoof, Isma Hanum, Muniff Isa,
Esma Daniel, Betty Banafe dan Zuhairi Ibrahim.


Sinopsis:

Empat orang rakan iaitu Fatia, Ronnie, Badrul dan Juli telah tersesat jauh di sebuah tempat dan akhirnya mereka terjumpa sebuah banglo lama lalu mengambil keputusan untuk bermalam di tempat tersebut. Di dalam rumah tersebut, mereka berempat menjumpai pelbagai perkara aneh seperti mayat dua manusia yang sudah pun mereput beserta sepucuk pistol yang masih terdapat peluru di dalamnya. Selain itu, mereka juga menjumpai 3 beg berisi wang sebanyak RM2.8 juta serta beberapa barang berharga. Bagaimanapun, Fatia dibayangi beberapa bayangan aneh yang melibatkan seorang gadis yang seolah - olah menyeru si Fatia untuk membantunya menyelesaikan satu masalah. Keadaan mula menjadi kacau bilau apabila pistol yang berdekatan dengan mayat yang dijumpai mereka di dalam rumah tersebut hilang. Rupanya mereka tidak keseorangan kerana ada orang lain yang memerhatikan mereka. Siapakah orang itu? Apa hubungannya dengan rumah tersebut? Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda!
Review aku:
Masa aku masuk panggung cite baru bermula. Masa mereka tengah dok depan rumah kosong. Then agak tak menggemari watak Juli yang berpakaian kurang kain. Perlu ker masuk hutan pakai camtu? Then bila masuk rumah cam saspen la kononnye. But pastu nape perlu ade aksi romance walaupun tak melampau tapi agak melampau sebab pelakonnye melayu. Banyak menimbulkan perasaan saspen but kecewa sebab takde pape yang menarik pun. Nak kata thriller tak nampak pon kethrilleran nye. Just kat part hampir last Badrul kena toreh kat leher lepas tu kena amek jantung. Jalan cerita yang sangat boring dan banyak membuat tertanya-tanya. Klimaks cerita yang sangat serabut dan ending yang sangat tak logik.

Actually moral yang cuba disampaikan hanyalah jangan menjual organ. Dilarang masuk?? Sangat tak sesuai. Cam takde kena mengena. Ada rasa sesalan jugak la. Da tajuk pun dilarang masuk tapi masuk jugak. Tu la degil sangat. -___-

Rate:

- - - - -
Nampaknya bintang taknak keluar. Aku tak galakkan orang tonton cite nih. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Apapun pendapat setiap orang berbeza.

1 mikroorganisma:

KhairulZamanKhobin said...

http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/04/review-dilarang-masuk.html

review saya pasal filem DILARANG MASUK... jemput baca...

✿ Blog Archive ✿

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]