Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan… Sekali lihatlah semula dan nilaikan kembali. Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita. Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod cinta kita di masa hadapan.
Bila cinta beraja di hati, kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA. Maka maruah dan harga diri digadaikan sebagai jaminan kepada kelangsungan sebuah hubungan. Pada ketika itu, berakhirlah satu ikatan cinta nan suci anugerah Illahi dibayangi oleh satu hubungan baru yang diselubungi dengan noda-noda dosa yang keji dan penuh dengan kepuraan semata-mata.
Penyesalan tidak mampu mengundur semula waktu-waktu yang telah berlalu. Oleh itu, bangkitkan semula semangat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Hamparkan kanvas baru yang putih bersih tanpa cela. Lalu coretkan warna-warna indah dan lakaran cinta yang lebih tulus dan ikhlas.
Wahai anak-anak Adam.. Sedarlah dari lenamu. Jangan biarkan dirimu dibelenggu kegelapan. Bangunlah sebelum kamu terus hanyut di alam fana cinta. Cinta harus diletakkan pada haknya. Pada yang tahu menilai dan mengerti makna sebuah cinta.
0 mikroorganisma:
Post a Comment