Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum...

Katanya filem Istanbul Aku Datang berjaya mengaut kutipan tiket kira-kira RM1 juta selepas empat hari tayangan.
Katanya lagi dia berbangga dengan filem itu kerana setakat ini tiada komen negatif diberikan daripada penonton. (myMetro)



Awak..awak.. dah tengok belum cite Istanbul Aku Datang? Best tau? Romantik sangat. Pelakon pon comel je.

Dah... Takde la best sangat. Tu pun sebab adik ajak teman. Aku rasa macam ada yang tak kena jer cite ni. So kira ni yang pertama ke komen negatif? Rasanya tidak.

Seorang perempuan terbang jauh-jauh sebab nak dapatkan cincin pertunangan?
Seorang perempuan yang tak kesah duduk satu rumah dengan lelaki?
Peluk dekat KL adalah perkara biasa?
Adegan nak cium?



Aku tak tahu la kenapa filem yang artisnya beragama Islam perlu membawa watak-watak yang kita tahu salah dan dosa, tapi kita seolah-olah pejamkan mata dan menghalalkan perbuatan tu. Tak perlu tanya pelakon kenapa dia berlakon camtu, pasti akan dapat jawapan2 yang tak masuk akal.

Menghalalkan? Kalau dah penonton pun cakap sweet, comel, romantik tak ke menyokong namanya?

Owh.. Lupa.. Kita kene sokong industri filem negara kita. Tak kesah lah macam.... ok, aku rasa aku tak perlu sambung ayat tu.

Dan aku tertanya-tanya, Malaysia ni bukan negara Islam ke? Kalau berdasarkan scene kat bawah ni....



Dian : Biii.. (terus memeluk Azad)
Azad : Bi,janganlah peluk depan orang macam ni... tak elok orang tengok.!
Dian : You peluk i kat KL ok jer..
Azad : Itu lain, kita kan kat negara orang,negara Islam pulak tuuu.. hormatlah sikit..

"Kenapa tidak ada orang ajak boikot filem Melayu yang mana pelakon2 nya terpaksa buat dosa untuk berlakon dalam filem itu tapi kita lagi suka boikot McDonald sebab....Yahudi." (sumber)
Think about it...

Harap maaf, tiada link download di sini.

nota penyepak: Aku da rasa macam tulis report... dengan sumber lah bagai.. Muahaha



2 mikroorganisma:

fadbtb said...

Citer nie comel lah...... :P

Nys Zairee said...

@fadbtb xde comel sgt lah.. den lg comel.. muahaha

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram