Seloka Cinta Remaja

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share sumthing yang aku dapat dari iluvislam. Jadi aku nak pesan awal2 sebelum baca, sediakan 8 botol air sejuk, takut nnt terasa pedas dengan tiba2. Dan juga duduk di dalam bilik bersuhu bawah 0°C takut akan terasa panas teramat sangat.


Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.

Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
                 
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.

Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.

Ada yang kata cinta itu,
C  - cinta
I  - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...

Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...

Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.

Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.

Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.

Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...

Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...


nota kaki: suka sangat seloka nih!  

Lelong..Lelong.. Cinderella sh0es!

Pengumuman..pengumuman kepada wanita2 yang kaki bersaiz 36 @ 5, Nys nak tawarkan kasut cinderella dengan harga yang berpatutan.



ade sket line hitam kat belakang. Klik gambar kalo nak tengok dengan jelas.


Baru pakai 3 kali untuk pergi dinner.
Harga = Below RM50
Berminat? YM me : rnees_zairee

 Nys bajet muat la kan pakai saiz 5 upenyer tak. Melecet2 kaki den.  Sayang sebenarnye tapi kalo tak muat watpe simpan. Rupanya saya ni bukanlah cinderella yang dicari.


http://www.smileycodes.infoJom cari siapakah yang bakal jadi cinderella..

Karangan Bergambar Yang Merepek


Satu hari, kapal terbang sedang melakukan rondaan. Oleh kerana banyak mengeluarkan asap, mata seorang gadis berasa pedih lalu terkeluarlah air mata. Tanpa disangka2, wanita itu seorang yang pelik kerana air mata itu bukan air mata yang biasa. Ia adalah alkohol yang menitis ke atas bara api dan menyebabkan ia api membesar. Tidak jauh dari tempat kejadian, ada sebuah khemah yang tak tahu didirikan oleh siapa. Di dalamnya terdapat bom...lari...!!..lari..!!...bomm!!!!...meletop...

Akibat letupan itu, burung2 banyak bertempiaran melarikan diri. Perasaan cinta burung pada habitatnya telah musnah apabila terlihat sebuah meriam yang akan menghancurkan habitatnya. Burung tersebut berasa lega kerana telah ternampak sebuah rumah yang tidak jauh dari habitatnya. Ia menyangka boleh membuat sarang di serombong asap rumah tersebut. Akan tetapi, burung itu kecewa kerana kapal terbang kerap melalui kawasan itu dan bunyinya amat bising dan mengganggu ketenteraman burung itu dan telur2nya.

Tanpa disedari, tuan rumah itu keluar dengan membawa sepucuk pistol. Burung2 itu sangat takut kerana ia beranggapan mungkin dia akan dijadikan makan malam keluarga tersebut. Lalu dia cuba melarikan diri, terbang setinggi2 yang boleh. Tanpa disangka2, dia tak perasan ada helikopter di atasnya lalu dia telah bertembung dengan helikopter itu. Berikutan daripada kemalangan itu, burung itu didapati mati dan jatuh di hadapan rumah tersebut. Tanpa berfikir panjang, tuan rumah itu terus mengambil burung itu. Ternyata dia bukan lah hendak memakan burung itu tetapi hendak menjualnya dengan harga rm5.40. Tuan rumah berasa sangat gembira. Lantas dia terus menyimpan duit yang baru diterimanya. Akan tetapi, di sepanjang perjalanan..tuan rumah ternampak objek seperti lambang DAP.

Tuan rumah buat tak tahu je sebab dia sokong BN. Ketika dalam perjalanan pulang, dia ternampak tuan kedai menimbang barang di atas dacing. Dia terus meneliti. Nampaknya tuan kedai itu sedang menipu dalam perniagaan. Lalu dia mengambil senapang yang dijumpai di tepi pokok lalu teros menembak tuan kedai itu. Maka berjujuran darah yang keluar. Ketika itu, isteri tuan kedai pon keluar dengan membawa seorang anak. Dia terkejut dan berasa sedih lalu membawa peti kecemasan untuk merawat suaminya.

Isteri tuan kedai berdendam dengan tuan rumah itu. Dia berharap dapat menumbuk tuan rumah itu. Sekali lagi tuan rumah itu mengacukan senapang untuk menembak. Akhirnya, 1 das tembakan dilepaskan. Maka isteri tuan kedai itu pon matilah bersama suaminya. Bendera kemenangan dikibarkan oleh tuan rumah kerana telah berjaya membanteras penipuan. Apabila disedari tuan kedai dan isterinya telah mati, tuan rumah berasa risau kerana sumber barang dapor dan makanannya tiada. Kerana di situ la satu2nya tempat yang menjual makanan. Oleh kerana mereka sudah mati, tuan rumah telah masok ke dalam kedai. Dia mengambil barang2 keperluan untuk rumahnya.

Oleh kerana zaman sekarang nih harga minyak telah naik, dia mengambil keputusan untuk mengambil minyak sahaja kerana boleh mendapat untung jika dijual. Disebabkan banyak minyak yang nak diambilnya, dia terlihat tali di tepi rak kasut. Lalu mengikat tong2 minyak tersebut. Ketika selesai tugasnya, dia pon keluar mengheret minyak2 tersebut. Dia tak perasan ada seorang budak inginkan minyak jugak. Budak tuh sangat marah lalu dia melemparkan batu ke arah tuan rumah tersebut. Tuan rumah tak berasa takut kerana hanya seorang budak yang baling batu. Jadi dia buat tak heran je. Selepas beberapa minit, datang sebuah kereta kebal di belakang budak tuh. Ternyata itu ialah bapak budak tuh. Bapak budak tuh mengugut tuan rumah untuk memberikannya tong minyak itu jugak. Oleh kerana tuan rumah berasa sangat takut, dia telah berdamai dengan bapak budak tuh. Maka, minyak tuh dibahagikan sama rata. Mereka sama2 berjabat tangan berpuas hati.


Penulis: Syahir Harun
Editor: Nys Zairee
Poster: Nys Zairee

Aku dan Katak ♥

Assalamualaikum dan selamat petang!

Katak! Bila sebut pasal katak mesti kebanyakan reaksi akan membuat muka geli. Bukan perempuan jer, lelaki pon bukan semua berani nak pegang apetah nak sentuh makhluk eksotik nih(memerli seseorang..hehe)



Kalau membe yang datang bilik aku, of coz la pompan kan, diorang akan tanye "ko suke katak ker? Banyak sangat katak kat tempat ko. Katak katun je ek?" Hoho.. salah2.. Itu tidak tepat.. Katak betul pon aku suke. Tapi mesti ade yang tak percaya kan.

Ini bilik aku skang.. Penat kemas utuk shoot. Haha..
Jadi oleh itu, aku gembira skali sebab dapat amek gamba ngan beliau. Aku nak share la ngan korang. Zaman dulu aku takde kamera nak amek gamba ngan kaum beliau jugak.

Tangan aku tuh.. Tak caye ker?
"Erm..Hai sume..Ades,malu lak I masuk gambar," kata cik katak.
Mak ai.. besanye katak nih.. Yang suda meninggal.. Innalillah...
Hoho.. Ini bukan katak.. Ular lidi jer.. Tapi still ade yg tak berani nak pegang.
Satu info berguna yang aku dapat tahu, kencing katak tidak menyebabkan buta. Sebaliknya buta kerana orang itu sendiri. Kencing katak tu boley menyebabkan gatal. So bila dok gosok2 jer tu yang buta. Actually bila da kena kencing katak tu terus la basuh ngan air.

Sekian untuk hari ini..

Salam Maulidur Rasul 1432H

Pemenang Contest Teka Bintang

Assalamualaikum..

Setelah seminggu contest berakhir, hari ni baru Nys dapat meluangkan masa untuk mengumumkan pemenang bagi contest ni. Maaf ye sebab buat semua tertunggu2. Sebenarnya keputusan telahpun ada cuma tak sempat nak update.. Student la katekan.

Jawapan: 120 bintang!

Pemenang Contest Teka Bintang:-

1. Dini

2.  Budak Kedah



Tahniah kepada pemenang kerana berjaya meneka dengan tepat. Terima kasih kepada para peserta yang tidak berjaya. Mungkin tuah anda di hari yang lain. Tanpa sokongan anda siapalah Nys di dunia blog ini.(terguna ayat ala2 novel pula)

Kepada pemenang, sila hantarkan maklumat diri -  nama, alamat dan no.telefon kepada rnees_zairee@yahoo.com.



Doodle 1: Waiting




"Patience, he thought. So much of this was patience - waiting, and thinking and doing things right. So much of all this, so much of all living was patience and thinking."
— Gary Paulsen (Hatchet)

Valentine's Day bukan untuk kita

Assalamualaikum w.b.t.

Bulan Februari -  Dikatakan bulan berkasih sayang. Oh..Adakah bulan Februari jer orang digalakkan berkasih sayang? Kasih sayang kepada siapa? Adakah kepada ibu bapa, keluarga, jiran tetangga? Sudah tentunya tidak. Bila sebut Valentine's Day semestinya ditujukan buat pasangan-pasangan kekasih yang tidak halal baginya.

SEJARAH VALENTINE'S DAY
1. Kaisar Claudius II memerintahkan menangkap dan memenjarakan St. Valentine karena menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih dan menolak menyembah tuhan-tuhan orang Romawi. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan. Orang-orang yang mendambakan doa St.Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya.

2. Kaisar Claudius II menganggap tentara muda bujangan lebih tabah dan kuat dalam medan peperangan dari pada orang yang menikah. Kaisar lalu melarang para pemuda untuk menikah, namun St.Valentine melanggarnya dan diam-diam menikahkan banyak pemuda sehingga iapun ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3. Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama-nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara rambang dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan objek hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut (whiplash) orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut kerana anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur. 




“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”
(Surah Al-An’am : 116)

Adapun Cupid (bererti: the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah putera Nimrod "the hunter" dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, kerana dia kacak sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri!


Perlukah meraikan perayaan kaum lain yang boleh membawa kepada perbuatan syirik? Hubungan kasih sayang antara lelaki dan perempuan bukan muhrim juga bukanlah cara Islam. Usah ditambah lagi bilangan bayi-bayi yang dibuang kerana kasih sayang yang diagung-agungkan itu.


Cintailah Allah, Rasul, dan ibu bapamu kerana itulah yang terbaik..

Jemputan perkahwinan

Assalamualaikum.

Dengan ini, saya penyimpan baru mohor besar raja-raja ingin mengisytiharkan bahawasanya saya akan berkahwin sepertimana yang telah tercatat pada kad dibawah.

Klik gambar untuk bacaan yang lebih terang benderang.
Peta tidak disertakan memandangkan rakan-rakan berada di seluruh pelosok Malaysia ini. Maka bolehlah dilihat pada Google maps. 

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Hadiah Misteri Dara.com

Assalamualaikum...

Wah.. Agak bertuah hari ni(hikmah dari peristiwa semalam) sebab aku dapat hadiah misteri daripada Dara.com. Rajin plak aku anta segala borang yang ada dalam majalah. Pagi tadi baru aku amek kat office.

Hadiah ni da sampai mgu lepas lagi. Tapi masa tu kan cuti.
Novel!

First time aku memiliki novel sendiri. Aku tak penah beli novel cani. Novel grafik banyak la aku ade. Ntah la bile aku nak start baca. Thanks Dara.com.. ^__^

Contest Teka Bintang -TAMAT-

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan ini beta mengumumkan bahawa contest teka bintang telah pun berakhir. Walaupun peserta tak ramai, jutaan terima kasih kepada yang sudi menyertai contest yang tak seberapa nih.

Minggu ni Nys sangat busy. Nys akan cuba umumkan pemenang secepat mungkin. Jumlah pemenang belum diketahui. Semua yang berjaya meneka dengan tepat layak menerima hadiah. Nama pemenang serta hadiah akan diumumkan dalam entry akan datang.

LUV U ALL!

p/s: entry ringkas je sbb kurang sihat.

Yeay!! Dapat gak Online..

Hye.. Assalamualaikum..

Wah.. Akhirnya dapat gak online..  Sehari tak online bagaikan sebulan tak online.  Nys skang ni kat umah nenek di Selayang. Takde internet yer di sini. Ni family baru samapi dari Johor tadi. Ada bawak broadband skali. Tu yang baru dapat onlinekan diri.

Nys dok risau lak bila fikir kalau2 peserta ingat nama mereka tak termasuk dalam senarai. Nys da update da senarai peserta. Kalau nama takde sila la bagitaw yer.

Ok la.. Selamat malam.. http://www.smileycodes.info
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]