Karangan Bergambar Yang Merepek
Satu hari, kapal terbang sedang melakukan rondaan. Oleh kerana banyak mengeluarkan asap, mata seorang gadis berasa pedih lalu terkeluarlah air mata. Tanpa disangka2, wanita itu seorang yang pelik kerana air mata itu bukan air mata yang biasa. Ia adalah alkohol yang menitis ke atas bara api dan menyebabkan ia api membesar. Tidak jauh dari tempat kejadian, ada sebuah khemah yang tak tahu didirikan oleh siapa. Di dalamnya terdapat bom...lari...!!..lari..!!...bomm!!!!...meletop...
Akibat letupan itu, burung2 banyak bertempiaran melarikan diri. Perasaan cinta burung pada habitatnya telah musnah apabila terlihat sebuah meriam yang akan menghancurkan habitatnya. Burung tersebut berasa lega kerana telah ternampak sebuah rumah yang tidak jauh dari habitatnya. Ia menyangka boleh membuat sarang di serombong asap rumah tersebut. Akan tetapi, burung itu kecewa kerana kapal terbang kerap melalui kawasan itu dan bunyinya amat bising dan mengganggu ketenteraman burung itu dan telur2nya.
Tanpa disedari, tuan rumah itu keluar dengan membawa sepucuk pistol. Burung2 itu sangat takut kerana ia beranggapan mungkin dia akan dijadikan makan malam keluarga tersebut. Lalu dia cuba melarikan diri, terbang setinggi2 yang boleh. Tanpa disangka2, dia tak perasan ada helikopter di atasnya lalu dia telah bertembung dengan helikopter itu. Berikutan daripada kemalangan itu, burung itu didapati mati dan jatuh di hadapan rumah tersebut. Tanpa berfikir panjang, tuan rumah itu terus mengambil burung itu. Ternyata dia bukan lah hendak memakan burung itu tetapi hendak menjualnya dengan harga rm5.40. Tuan rumah berasa sangat gembira. Lantas dia terus menyimpan duit yang baru diterimanya. Akan tetapi, di sepanjang perjalanan..tuan rumah ternampak objek seperti lambang DAP.
Tuan rumah buat tak tahu je sebab dia sokong BN. Ketika dalam perjalanan pulang, dia ternampak tuan kedai menimbang barang di atas dacing. Dia terus meneliti. Nampaknya tuan kedai itu sedang menipu dalam perniagaan. Lalu dia mengambil senapang yang dijumpai di tepi pokok lalu teros menembak tuan kedai itu. Maka berjujuran darah yang keluar. Ketika itu, isteri tuan kedai pon keluar dengan membawa seorang anak. Dia terkejut dan berasa sedih lalu membawa peti kecemasan untuk merawat suaminya.
Isteri tuan kedai berdendam dengan tuan rumah itu. Dia berharap dapat menumbuk tuan rumah itu. Sekali lagi tuan rumah itu mengacukan senapang untuk menembak. Akhirnya, 1 das tembakan dilepaskan. Maka isteri tuan kedai itu pon matilah bersama suaminya. Bendera kemenangan dikibarkan oleh tuan rumah kerana telah berjaya membanteras penipuan. Apabila disedari tuan kedai dan isterinya telah mati, tuan rumah berasa risau kerana sumber barang dapor dan makanannya tiada. Kerana di situ la satu2nya tempat yang menjual makanan. Oleh kerana mereka sudah mati, tuan rumah telah masok ke dalam kedai. Dia mengambil barang2 keperluan untuk rumahnya.
Oleh kerana zaman sekarang nih harga minyak telah naik, dia mengambil keputusan untuk mengambil minyak sahaja kerana boleh mendapat untung jika dijual. Disebabkan banyak minyak yang nak diambilnya, dia terlihat tali di tepi rak kasut. Lalu mengikat tong2 minyak tersebut. Ketika selesai tugasnya, dia pon keluar mengheret minyak2 tersebut. Dia tak perasan ada seorang budak inginkan minyak jugak. Budak tuh sangat marah lalu dia melemparkan batu ke arah tuan rumah tersebut. Tuan rumah tak berasa takut kerana hanya seorang budak yang baling batu. Jadi dia buat tak heran je. Selepas beberapa minit, datang sebuah kereta kebal di belakang budak tuh. Ternyata itu ialah bapak budak tuh. Bapak budak tuh mengugut tuan rumah untuk memberikannya tong minyak itu jugak. Oleh kerana tuan rumah berasa sangat takut, dia telah berdamai dengan bapak budak tuh. Maka, minyak tuh dibahagikan sama rata. Mereka sama2 berjabat tangan berpuas hati.
Penulis: Syahir Harun
Editor: Nys Zairee
Poster: Nys Zairee
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
✿ Blog Archive ✿
-
▼
2011
(119)
-
▼
Feb
(12)
- Seloka Cinta Remaja
- Lelong..Lelong.. Cinderella sh0es!
- Karangan Bergambar Yang Merepek
- Aku dan Katak ♥
- Salam Maulidur Rasul 1432H
- Pemenang Contest Teka Bintang
- Doodle 1: Waiting
- Valentine's Day bukan untuk kita
- Jemputan perkahwinan
- Hadiah Misteri Dara.com
- Contest Teka Bintang -TAMAT-
- Yeay!! Dapat gak Online..
-
▼
Feb
(12)
Powered by Blogger.
✿ Mutiara Kata ✿
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]
0 mikroorganisma:
Post a Comment