Resepi | Muffin Roti Telur




Muffin Roti Telur

Bahan-bahan
12 keping roti
2 biji telur
2 sudu kecil lada sulah
Bawang dipotong dadu
Cili merah @ cili padi dihiris (ikut selera)
Daun sup @ daun bawang dihiris
Garam

Cara-caranya

1. Potong kecil roti ke dalam mangkuk.

2.Masukkan kesemua bahan dan gaul dan lenyekkan bersama roti tadi.

3. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin.

4. Bakar adunan dengan suhu 170°c selama 10-15 minit.

Selamat mencuba dan menjamu selera. Enak dimakan bersama sos cili.

Notakaki: Boleh tambah sosej, fishcake atau fishball ke dalam adunan.

Resepi | Muffin Milo



Muffin Milo

4 sudu Milo
4 sudu tepung gandum
4 sudu gula halus
4 sudu minyak
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Badam dan cip coklat

Campurkan semuanya (kecuali badam dan cip coklat) ke dalam bekas. Putar sehingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas muffin.

Bakar dengan suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Resepi | Tuna Macaroni Baked




Resepi Tuna Macaroni Baked

Bahan-bahan

Minyak zaitun
Bawang holland - 1 biji (potong dadu)
Bawang putih - 2 ulas (cincang halus)
Oregano - 2 sudu besar
Sos prego carbonara - 1 tin
Susu segar @ cooking cream - ½ cawan
Makaroni - 200 g
Tuna in olive oil - 1 tin
Chilli tuna - 1 tin
Sekeping cheddar cheese
Mozarella cheese - 1 paket
Garam - jika perlu


Cara-cara

  1. Rebus macaroni sehingga lembut. Tos dan asingkan seketika.
  2. Toskan tuna. Hancurkan dan asingkan seketika.
  3. Panaskan minyak zaitun. Kemudian tumiskan bawang holland, bawang putih dan oregano sehingga agak layu dan naik bau.
  4. Selepas itu masukkan sos prego carbonara dan cooking cream. Kemudian masukkan cheddar cheese. Kacau sehingga rata. Masukkan tuna. Kacau lagi sehingga sebati. 
  5. Kemudian masukkan macaroni ke dalam sos tadi. Kacau sebati. Tuang kesemuanya ke dalam loyang bersaiz 8" x 8".
  6. Akhir sekali taburkan cheese mozarella ke atas macaroni dan bakar ke dalam oven dengan suhu 200°C selama 15 - 20 minit.


Selamat Mencuba!!

**Nota kaki: 
Resepi menggunakan dua jenis tuna yang berbeza. Tetapi anda boleh memilih sama ada menggunakan 2 tin tuna in olive oil(tak pedas langsung-boleh tambah black pepper) ataupun 2 tin chilli tuna(pastinya akan menjadi agak pedas untuk dimakan oleh kanak-kanak).




Resepi | Bingka Labu Lemak Manis



Bingka Labu Lemak Manis

Bahan A
2 biji telur
2 cawan santan
½ cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir halus
½ cawan susu pekat manis
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega

Bahan B
2 cawan labu- yang telah direbus - toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih


Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C, sapu loyang dengan mentega atau alas dengan baking paper. Panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan A dan blender hingga tepung tidak berketul.
  3. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Seterusnya tuang ke dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Biarkan sehingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Selamat Mencuba!

Tips: Untuk permukaan yang berkerak, anda boleh menambah masa membakar dengan api atas selama 5 minit.


Baby oh Baby - 3rd Trimester 2.0

IUGR vs. SGA

Sambungan dari kisah yang sebelumnya. Bila klinik tempat scan tu bagi surat, dalam tu doc dah ada mention pasal IUGR. Ape kebende IUGR ni? Aku pun buat la pembacaan sikit².

Faktor-faktor yang menyebabkan IUGR adalah:

🔹Faktor daripada ibu: alcohol, merokok, sesetengah jenis ubat (corticosteroid, propanolol, dilantin, heroin), anemia, malnutrisi, berat badan ibu kurang daripada 50 kg, penyakit jantung, hipertensi kronik, hipertensi, connective tissue disease.

🔹Faktor daripada bayi: Masalah genetik dan kromosom, jangkitan kuman dalam janin ketika hamil.

🔹Faktor plasenta: placenta preavia, abruption placenta.

Yang nampak related dengan aku cuma berat badan ibu kurang dari 50kg.

Kes aku kena refer dekat bahagian pakar O&G. Tercari² aku amende la O&G ni. Rupa²nya obstetrik dan ginekologi. Aduhai doc. Tulis la penuh baru la senang nak mencari. Aku dah la tak pernah dengar term medik ni.

Doc dekat hospital besar kata kes aku bukan IUGR tapi SGA. Adoi.. Banyak pulak term. Kena research lagi. Aku kena datang check up dekat sana setiap minggu katanya. So tiap² minggu aku kena scan. Nak tengok pembesaran baby normal ke tak. Doc kata SGA ni boleh ada dua kemungkinan; 1) baby kecik sebab jangkitan. 2)baby kecik sebab keturunan. So doc kata jangan risau sebab dia check aku semua ok dan baby pun nampak normal. Dia membesar cuma agak lambat. Kalau keturunan, tu maknanya aku la keturunan pertama sebab berat family aku yang lain semua normal. Aku je yang underweight.😅 Kali kedua aku pergi check up, masa doc scan dia cakap baby girl. Aku pun pandang hubby senyum². Dah confius di situ. Boy ke girl? Hubby kata dia tetap rasa boy. Aku tak kesah pun. Tapi barang baby yang beli banyak jugak kaler biru. Kalau girl pun tak salah pakai biru kan. So aku beli jugak baju pink sikit. So nasib la keluar girl ke boy. Warna tak berdosa. 😝

[Intrauterine growth retardation (IUGR) vs small for gestational age fetus (SGA). Diagnostic aspects].

[Article in Polish] Cyrkowicz A, Czekański A.

Abstract
Fetal growth deficiency and low birthweight requires an accurate assessment and may be divided into two groups: 1. Intrauterine growth retardation (IUGR) which is strongly associated with a fetal structural malformation, infections (TORCH) and utreoplacental dysfunction considered to be the most common cause. 2. Genetically, constitutionally small baby (SGA) classified as a well-nourished, healthy and short baby. Taking into account clinical data, medical history, health state of a patient, serial ultrasound growth scan, Doppler ultrasound, cardiotocography and enzymatic monitoring may proved to be useful to differentiate between these two problems.
Kesimpulan yang aku dapat dari research ni, IUGR lebih bahaya dari SGA. Moga baby sihat dan selamat hendaknya.

Rujukan:
1. http://www.majalahpama.my/mobile/apakah-bayi-iugr-1.271744 

2. http://www.myhealth.gov.my/kecil-dari-usia-kandungan-sga/?viewid=tag%2Fwindows-10%2F
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9640869

Baby oh Baby - 3rd Trimester

Assalamualaikum.

Eh..eh.. 1st takde, 2nd pun takde. Tetiba 3rd pulak. Di hujung² kehamilan ni tetiba pulak rasa nak share pengalaman pertama nak jadi ibu ni. (Macam tak percaya je)

Kalau diikutkan kiraan, hari ni kandungan dah mencecah 30 minggu 4 hari. Senang kata kalau org tanya, "Dah pregnant berapa bulan?" Aku jawab, "7 bulan dah." Orang tanya lagi, "Eh, keciknya perut. Tak macam 7 bulan pun."

Kisahnya pada minggu ke 27, aku ngan hubby nak pergi scan baby. Nak tau jantina lah kononnya. Hubby kata mesti baby boy. Aku tak kesah la boy ke girl. Asalkan sihat sempurna. Bila dah scan, jantinanya tak confirm pun. Doc pun main agak² je kata macam boy. Tapi bebird tak nampak pun. Baby aktif sangat dok pusing². Masa scan boleh pulak tunjuk bontot 😅. Macam mana nak tengok nyer. Tapi masa tu jugak dapat tahu yang saiz baby kecik dari saiz normal. Sepatutnya saiz untuk 27 minggu tapi baby saiz baru 24 minggu. Doc bagi surat suruh refer dekat klinik kesihatan yang buat check up setiap bulan. Masa tu aku fikir, baby ok kot. Aku lengahkan bagi surat sampai waktu check up (seminggu lepas scan).

Masa hari pergi check up (minggu ke 29), aku baru bagi surat tu. Nurse tak cakap apa sangat. Dia check yang rutin jer. Tapi bila jumpa doc, dia la yang bising sebab tak bagitahu as soon as possible (lebih kepada sindir aku 😑). Doc cakap, "sama ada doc yang scan tu rasa tak penting atau awak yang rasa tak penting." Duhh.. Aku rasa macam kena tunjal kepala. Baru aku rasa macam, bahaya ke kalau macam ni. Lepas tu doc suruh refer dekat hospital besar. Kes IUGR. Pergh..Risau gila rasanya.

Bersambung....


Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]