Mana b0nggol unta??!


     Assalamualaikum pembuka bicara. Hari ini Ustazah Nys akan berkongsi serba sedikit dari pembacaan yang Nys buat. Sekarang ni pelbagai trend untuk wanita2 yang bertudung. Shawl, syria, lycra, ariani la..macam2 lagi la jenis tudung terbaru. Banyak betul pilihan yang boleh dibuat. Bertudung seolah2 menjadi satu fesyen bukan lagi kerana mengikut hukum Islam. Tapi bukan ini yang Nys nak ceritakan. Kembali kepada tajuk.

     Dengan kehadiran pelbagai jenis tudung ni, bersanggul ni juga menjadi trend untuk gayakan tudung2 tu. Bila mana kalau kita tengok tu betul ke wanita tersebut berambut panjang sebab sanggulnya nampak agak besar. Sanggul tinggi cani lebih dikenali sebagai 'Sanggul Arab'. Sebenar2nya, Rasullullah telah meramalkan fesyen ni 1400 tahun yang lalu yang diumpamakan oleh baginda seperti bonggol unta. Bezanya bonggol unta tegak ke atas tetapi sanggul arab ni condong ke belakang.

     Ada tu yang taksub sangat ngan fesyen cani.. Cantik ker ek? Cam tak Nys pon tak taw. Rambut orang len panjang sampai ke pinggang pon xde la besar sangat nampak sanggulnya, yang panjang paras bahu lak lagi besa. Rupanya, ada yang guna sanggul palsu untuk nampakkan sanggul tu besa. Wah.. sampai camtu skali. Satu dosa yang jelas kat sini adalah memakai sanggul palsu.

     Sanggul palsu termasuk katogeri rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasullullah SAW:
"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan.''[shahih al-Bukhari; no.5934]. Menyambung rambut dalam ayat ni bermaksud mengenakan rambut palsu tanpa membezakan sama ada ia daripada rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.

     Tapi jangan pula salah faham. Ni tak bermaksud sanggul rambut tu haram. Yang haram tu rambut palsu tu. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul cuma dengan syarat diikat dibelakang dengan mennyondong ke bawah. Apa yang diharamkan adalah sanggul yang diikat dengan menyondong ke atas seperti bonggol unta.

     Rasullullah SAW menambah bahawa mereka bukan saja akan menjadi phunui neraka tetapi akan dijauhkan dari syurga sejauh2nya. Mereka bukan saja tidka melintas di tepi syurga, tidak melihat syurga bahkan tidak dapat menghidu keharuman bau syurga sedangkan bau itu dapat dihidu dari jarak jauh.

     So, moral of the story, nak berfesyen tu berpada2 la. Jangan maen redah jer tanpa taw apa2. Semoga ini akan menjadi peringatan la untuk ita semua. Renung2kan dan selamat beramal.

Sumber: Dara.com Edisi 98 Ogos '10

1 mikroorganisma:

PuPeL said...

ada yang balut2 je rambut yang diikat pendek dengan shawls/ tudung bagi lagi besar..ada juga yang jual bulatan span yang boleh disangkut dirambut untuk buat sanggul kelihatan besa..ish..ish..mcam2

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]