Misteri Pontianak Biar Betul!

Tadi Dxsonique, seorang ahli Says telah membuat keputusan untuk berjalan di sekitar kawasan KL setelah membaca tentang rahsia sulit yang menakutkan dalam laman blog Says. Berbekalkan kameranya, tanpa ragu-ragu dia mengembara dari Damansara Utama ke Bukit Bintang untuk membongkar misteri ini. Selepas berjam-jam mencari, akhirnya, cuba teka apa yang dijumpainya? Dua Pontianak berpakaian serba putih berjalan membawa penanda bertulis “Biar Betul” di siang hari!


Tengoklah renungan maut yang dilemparkan oleh Pontianak kepada semua pengunjung Sungai Wang. Kesemua pengunjung merasa takut kepadanya!


Tak percaya dengan kuasa renungan mautnya? Lihat lelaki muda ini yang melarikan diri apabila dia merenungnya.


 Ibu dan anak perempuan menjerit ketakutan apabila Pontianak merenung mereka!


Oh ya, sebelum saya berhenti, saya tertanya apa yang akan anda lakukan lain kali bila anda nampak Pontianak di jalanan lagi? Lari? Bergambar dengannya? Atau…. Tak percaya dengan apa yang anda lihat dan terpegun seperti lelaki di bawah?  Ahak! XD

Memang Nak Tegur Tapi........



Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak kongsi tentang tegur-menegur. Bukan bertegur sapa tapi menegur kesalahan orang lain. Mungkin kawan2, jiran tetangga, keluarga atau mungkin orang yang kurang dikenali.

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” 
(Riwayat Oleh Muslim)

Namun begitu, ada saja alasan yang membuatkan kita tidak menegur kesalahan:-
  • Taknak la aku.. Nanti kena marah pulak.
  • Takpe.. Nanti dia insaf la tu.
  • Aku ni bukan la baik sangat nak tegur dia.
Malah lebih teruk kalau kita menganggap kesalahan itu perkara biasa dan membiarkan sahaja:
  • Alah.. Pegang tangan jer pon.. Biasa la tuh..
  • Sah ke ambil wuduk dengan mekap? Rasanya tak sah tapi takpela...
  • Pakai tudung baju singkat? Biarlah, dosa dia.
Tidakkah kita juga dapat saham dosa kalau membiarkan dosa di depan mata?


Daripada ceramah Ustaz Kasim, katanya setinggi2 iman adalah menegur dengan tangan(kuasa). Dan selemah2 iman adalah mengubah dengan hati(mendoakan, membenci kesalahan). Kalau dengan tangan pun tak, dengan lidah pun tak, dengan hati pun tak jugak, jadi apa maknanya itu?


Tapi memang tak dinafikan susah nak menegur kalau melibatkan kawan2 dan keluarga. Nanti salah tegur(walaupun perkara yang betul tapi tak dapat terima), mencetuskan pergaduhan pergaduhan pula.
Oleh itu kita perlu tahu cara menegur dengan betul. 


Ini saya petik daripada blog Ustaz Nor Amin.


Pendapat saya cara untuk menegur orang yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ialah :
  1. Gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menegur pelaku bahawa perbuatannya itu salah dan melanggar peraturan Islam. Boleh gunakan TV atau Radio untuk memasang CD atau kaset ceramah yang berkaitan dengan pemakaian tudung atau tutup aurat apabila dia datang ke rumah. Dalam cara tidak langsung, pelaku tersebut dengar dan dia akan rasa sendiri akan perbuatannya itu. Cara ini tanpa perlu ditegur, dan tidak memerlukan modal percakapan dan hanya bermodalkan bil elektrik dan modal CD atau kased ceramah sahaja.
  2. Gunakan perkataan-perkataan hikmah dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang menguris hati pelaku,, seperti bawa dia berbincang baik-baik di tempat yang tiada orang, kerana bila melakukan teguran dihadapan orang ramai, maka secara tidak langsung kita telah menjatuhkan air mukanya dihadapan orang.
  3. Gunakan perkataan-perkataan sindiran yang tidak menyinggungnya atau tidak mengaibkannya, seperti contoh saya berikan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Hasan dan Hussin menegur seorang tua yang mengambil air sembahyang secara cincai dan sekadar melepaskan kewajipan berwuduk sahaja dengan cara : “Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu, boleh pakcik lihat kami mengambil air sembahyang, jika salah pak cik tegur kami” (Teks ini digambarkan dari saya sahaja untuk menyedapkan lagi cerita ).
  4. Tegur dengan menggunakan orang tengah yang dekat dengannya, supaya segala teguran yang disampaikan melalui orang tengah dapat diterimanya dengan baik dan hati yang terbuka.
  5. Tegur dengan menggunakan surat, SMS atau sebagainya. Teks mestilah didahulukan dengan perkataan maaf,perkataan-perkataan yang lembut dan menyatakan apa tujuan kita menulis surat atau SMS ini, supaya tidak berlakunya salah faham antara pelaku dan kita.
  6. Memulakan dengan pujian untuk mengelakkan pelaku terasa. "Semua dah cantik. Baju cantik, tudung cantik. Tapi kan kalau awak labuhkan sikit tudung tu laaaaaggiiiii cantik!"


Ini antara cara2 menegur dengan baik. Masih banyak lagi cara2 lain yang boleh digunakan. Janji tidak bertentangan dengan syariat.

Kita sepatutnya tidak perlu takut dengan manusia sebaliknya takutlah kita kepada Allah. Sepertimana di dalam Surah Al-Asr yang bermaksud:

Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Dan daripada Hadis Nabi yang bermaksud : “Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat”  
(Riwayat Bukhari dan Tarmizi).

Pastinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi. Jadi oleh itu, tegur-menegurlah selagi termampu. Jika niat kita ikhlas kerana Allah, pastinya Allah akan membantu kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal..
*untuk rakan2 dan diri saya sendiri*

Stay Up Kepala Fenin @_@

Assalamualaikum..

Hai sume.. Haih..kepala masih fenin.. Nampaknya macam malam ni pon kena stay up gak..
"Wow..rajinnyer Nys study.."

Hakhak..takde maknenye.. I tak study la.. Aku wat esaimen.. Bese kalo wat esaimen mesti aku tidao gak.. But semalam excited lak buat mendalah nih. Nak tengok? Nih nak kongsi sket..

ni la inspirasi aku
in progress...

memotong kertas

tinggal huruf T jer..

Tada!! Siap suda.. I loike..

antara bnde len yang aku wat semalam

Sebenarnya semua ini adalah untuk kegunaan semasa membuat web nanti..

miszpathetic punyer contest::DEFINISI CINTA ♥

Tarikh luput: Jun 2011*

Cinta..cinta..cinta.. Sebelum ni dah banyak aku menulis tentang cinta. Cinta bahagia, cinta luka... Berkali-kali gagal bercinta membuatkan aku berfikir kembali. Sebenarnya ada cinta yang tak mungkin akan mengecewakan kita iaitu CINTA ILLAHI.






Titis-Titis Jernih
Oleh: Nys Zairee

Titis-titis jernih itu
mengiringi kesayuan
melahirkan keinsafan
akan dosa-dosa lalu
yang menghantuiku

Titis-titis jernih itu
membibitkan kecintaan
kepadaMu oh Tuhan
yang telah menunjukkan
sinar ketakwaan

Titis-titis jernih itu
menjadi detik permulaan
akan sebuah kehidupan
atas nilai kesedaran
tanpa sebarang paksaan
demi keredhaanMu, Tuhan.


dari entri INI.

Tag:

1st give away AKA contest from rosiee

Arghhhh...! Tolong2... Otak den da jem.. Giler susah... Ape yang susah? nih hah baru pas menjawab sudoku yang cik rosie ni kasik.. Tahap hard nih.. Pasni tros nak tidur.. Penin paler den.. @__@

sape cepat die dapat.. 
klik SINI.


Jawapan aku:-



Nah video yang besh untuk tontonan..



Harapnya saya la yang bertuah tuh..

Tido dlu.. Nyte2.. 
Assalamualaikum..

CONTEST : PHOTOSHOOT PERCUMA bernilai RM150 anjuran Faridism Photography

end date: 1 April 2011


Wow..! contest menarik untuk disertai. Setelah beberapa bulan menyepi tanpa join apa-apa contest, contest ni sebagai contest pertama untuk bulan nih.
Kenapa Nys harus dipilih..?
Kerana pihak anda susah untuk mencari seseorang seperti Nys. Haaa...
Kenapa? Lihat tema yang Nys inginkan.. ^__^

Tema:
Photoshoot bersama dengan haiwan exotic seperti katak, ular, iguana dan lain-lain( yang telah dipastikan tidak mematuk dan menyengat yang boleh menyebabkan terlantar di hospital)

 Contoh:
ni gambar yang diambil dengan membayar RM6

 
Ok tak tema nih.. Sangat mengidam2kannya..

 Tag:
Ira
Meera
Emi

DONE!

Contest Design T-shirt Rasmi Sahabat Blogger

okay. dah lama yang tunggu kan? kali ni jom perah otak untuk designkan T-Shirt untuk sahabat blogger ni. sebab nye dah ramai yang tunggu kan. kalau event pas ni boleh la semua pakai T-Shirt ni.
syarat-syaratnye :

1.mesti menggunakan logo sahabat blogger
2.corak tak kesah cmne nak buat. asalkan cun n tak lebih-labih.
...3.panel-panel adalah admin-admin sahabat blogger. dorang akan pilih design mana paling cun dan layak di angkat sebagai T-Shirt rasmi sahabat blogger
4.mesti ada url sahabatblogger.net
5.motto mesti pakaimoto rasmi iaitu 'we are now united'
6.bila dah siap sila postkan design korang kat event ni ye. bukan kat wall SB. kang jatuh bawah lak takde admin dpt tgk
7. tarikh tutup adalah pada 12.00am 7/4/2011. sebulan tu


pemenang akan di pilih seorang sahaja, dan design pemenang akan dijadikan T-shirt rasmi SB ni. hadiah? dah ada sponsor.thanks to Ady Soleh Ahmad yang sponsor hadiah :D
kalau ada masaalah bleh rujuk Bro Framestone & Atiq Salleh

jom cuba!!



My design
komen..komen..komen..

nota kaki: Entri copy paste jer dari SINI

Program Gempak Desa RKM --> Kampung Natoi

Tarikh: 4,5 & 6 Mac 2011
Destinasi : Kampung Natoi, Changlun, Kedah

     Hujung minggu lepas, aku menghilang selama 3 hari 2 malam. Aku turus serta program nih sebab aku belum pernah lagi join program anak angkat. Agak janggal di situ kerana aku sorang jer yang kos Seni yang ikut. Yang laen sume kos Sains Komputer dan Management.

Malas cite banyak. Jom tengoh gambar. Banyak yang aku tak dapat lagi gambar nih.

dalam bas sedang dalam perjalanan
di SMK Hosba - sesi mengingat nama
bat origami pulak.. group I menang taw
Fasi, pelajar dan guru kaunselor
sukaneka
Cendol Makcik Mek

Dah bosan dengan Facebook?

Assalamualaikum...

Lamenye tak menaip kat blog nih.. Da berhabuk, bersawang daa.. Pinjam vakum jap?

Kepada sesiape yang ade facebook: Adakah korang boleh kalau tak online fb untuk satu hari? Mesti akan bukak gak kan melainkan tempat korang takde internet. Tapi kan semakin lama rasanya fb nih makin membosankan la pulak. Korang tak rase ker? Tak? Ke aku jer rasa camtu?

Kalau ada yang berperasaan cam aku, ape kata kita join laman sosial yang baru. Sangat menarik dan canggih. Admin pastinya meluangkan masa untuk melayan korang.



nota kaki: Sapelah yang rajin wat bende nih kan? Tak rase yang ni mmg die yang buat.
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]