Memang Nak Tegur Tapi........



Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak kongsi tentang tegur-menegur. Bukan bertegur sapa tapi menegur kesalahan orang lain. Mungkin kawan2, jiran tetangga, keluarga atau mungkin orang yang kurang dikenali.

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” 
(Riwayat Oleh Muslim)

Namun begitu, ada saja alasan yang membuatkan kita tidak menegur kesalahan:-
  • Taknak la aku.. Nanti kena marah pulak.
  • Takpe.. Nanti dia insaf la tu.
  • Aku ni bukan la baik sangat nak tegur dia.
Malah lebih teruk kalau kita menganggap kesalahan itu perkara biasa dan membiarkan sahaja:
  • Alah.. Pegang tangan jer pon.. Biasa la tuh..
  • Sah ke ambil wuduk dengan mekap? Rasanya tak sah tapi takpela...
  • Pakai tudung baju singkat? Biarlah, dosa dia.
Tidakkah kita juga dapat saham dosa kalau membiarkan dosa di depan mata?


Daripada ceramah Ustaz Kasim, katanya setinggi2 iman adalah menegur dengan tangan(kuasa). Dan selemah2 iman adalah mengubah dengan hati(mendoakan, membenci kesalahan). Kalau dengan tangan pun tak, dengan lidah pun tak, dengan hati pun tak jugak, jadi apa maknanya itu?


Tapi memang tak dinafikan susah nak menegur kalau melibatkan kawan2 dan keluarga. Nanti salah tegur(walaupun perkara yang betul tapi tak dapat terima), mencetuskan pergaduhan pergaduhan pula.
Oleh itu kita perlu tahu cara menegur dengan betul. 


Ini saya petik daripada blog Ustaz Nor Amin.


Pendapat saya cara untuk menegur orang yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ialah :
  1. Gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menegur pelaku bahawa perbuatannya itu salah dan melanggar peraturan Islam. Boleh gunakan TV atau Radio untuk memasang CD atau kaset ceramah yang berkaitan dengan pemakaian tudung atau tutup aurat apabila dia datang ke rumah. Dalam cara tidak langsung, pelaku tersebut dengar dan dia akan rasa sendiri akan perbuatannya itu. Cara ini tanpa perlu ditegur, dan tidak memerlukan modal percakapan dan hanya bermodalkan bil elektrik dan modal CD atau kased ceramah sahaja.
  2. Gunakan perkataan-perkataan hikmah dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang menguris hati pelaku,, seperti bawa dia berbincang baik-baik di tempat yang tiada orang, kerana bila melakukan teguran dihadapan orang ramai, maka secara tidak langsung kita telah menjatuhkan air mukanya dihadapan orang.
  3. Gunakan perkataan-perkataan sindiran yang tidak menyinggungnya atau tidak mengaibkannya, seperti contoh saya berikan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Hasan dan Hussin menegur seorang tua yang mengambil air sembahyang secara cincai dan sekadar melepaskan kewajipan berwuduk sahaja dengan cara : “Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu, boleh pakcik lihat kami mengambil air sembahyang, jika salah pak cik tegur kami” (Teks ini digambarkan dari saya sahaja untuk menyedapkan lagi cerita ).
  4. Tegur dengan menggunakan orang tengah yang dekat dengannya, supaya segala teguran yang disampaikan melalui orang tengah dapat diterimanya dengan baik dan hati yang terbuka.
  5. Tegur dengan menggunakan surat, SMS atau sebagainya. Teks mestilah didahulukan dengan perkataan maaf,perkataan-perkataan yang lembut dan menyatakan apa tujuan kita menulis surat atau SMS ini, supaya tidak berlakunya salah faham antara pelaku dan kita.
  6. Memulakan dengan pujian untuk mengelakkan pelaku terasa. "Semua dah cantik. Baju cantik, tudung cantik. Tapi kan kalau awak labuhkan sikit tudung tu laaaaaggiiiii cantik!"


Ini antara cara2 menegur dengan baik. Masih banyak lagi cara2 lain yang boleh digunakan. Janji tidak bertentangan dengan syariat.

Kita sepatutnya tidak perlu takut dengan manusia sebaliknya takutlah kita kepada Allah. Sepertimana di dalam Surah Al-Asr yang bermaksud:

Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Dan daripada Hadis Nabi yang bermaksud : “Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat”  
(Riwayat Bukhari dan Tarmizi).

Pastinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi. Jadi oleh itu, tegur-menegurlah selagi termampu. Jika niat kita ikhlas kerana Allah, pastinya Allah akan membantu kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal..
*untuk rakan2 dan diri saya sendiri*

1 mikroorganisma:

mye said...

nice..
thanks 4 sharing..
hehe

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]