Bicara Hati: Tentang Jodoh

Aku selalu bermohon kepada Allah
Andai benar seseorang itu telah
ditakdirkan untukku
Tunjukkanlah padaku
agar aku tahu
bahawa dia benar untukku..

Namun...
Andai dia bukan jodohku
Bawalah dia jauh dariku
kerana ku tak sanggup
melukai dan dilukai

Aku yakin
Segala yang telah Kau tetapkan
adalah yang terbaik untukku


My mum's birthday & Trifle

Assalamualaikum..

Selamat Hari Lahir Mak!


Aku takde kasik adiah ape pon... Just ade buat trifle.. Taw tak trifle? Meh aku nak share resepinya...

*********************************


Bahan-bahan

1 kek gulung/swiss roll
sedikit cocktail
1 kotak jeli kristal

untuk custard (lapisan kedua)


2-3 sudu besar tepung custard
1 tin susu cair
2-3 sudu besar gula



Cara-cara

1)Potong kek gulung dan susun di dalam bekas.



2)Asingkan buah dlm tin dan sirapnya. (tak perlu guna semua pun)
3)Custard dicampur dgn sdikit air dan dikacau. Susu cair dimasak atas api perlahan.Campurkan custard tadi dengan gula sambil kacau supaya tak berketul.Kacau hingga agak pekat. Tutup api dan biarkan sejuk dlm 1-2 minit. Tuang atas kek gulung tadi sebagai lapisan ke-2.



4)Susun cocktail atas lapisan custard.


5)Jeli kristal dimasak dan selepas disejukkan 1-2minit,tuang ke dalam bekas sebagai lapisan paling atas.




6)Sejukkan dalam fridge selame 2-3jam.





Tambahan:

Kalau letak dalam cawan kecik lagi senang nak makan.. Bukan bley nak potong trifle ni.. Ambil guna sudu jer.. Sebab die agak lembik.. So kalau letak dalam cawan nampak lebey cantek la..

google

Nanti aku nak wat can gamba kat atas ni.. Baru nampak cam dessert kat hotel gitu..

Conteng-conteng Dinding

Assalamualaikum.. Salam Jumaat..

Semalam adek aku yang last ajak aku g kelas dia. Sebab ade nak hias2 kelas.. Awat ajak aku nyer...? Bukan kelas aku pon...

Bodek la konon aku lukih cantik la, ape la..

So aku baru la jugak pulang dari menconteng dinding kelas die.

Mase aku pegi, tengok ramai ngat kanak2.. Tapi segan gak.. Daa...kanak2 pon same tinggi ngan aku.. Ade lak budak laki ni banyak mulut.. Banyak beno cakapnyer.. Beberape minit gak aku dok luar kelas baru aku masuk. Segan cikgu diorang laki.. Ahak.. Seb baek tak ensem.. Kalo tak, mesti aku da ngorat.

Bese la budak2 nih, aku dok menconteng, dok tengok jer.. Bakat bukan seberape pon. Pastu diorang bising2 dalam bilik.. Nyanyi la, menjerit la.. Haiyoo.. Penat tahu berdiri jer..
Takde makan2 ker..? Perot lapar nih..




Tu burung ke ikan..? Huhu

Hukum Pegang Anjing : Sentimen atau fakta?



Beb.. Blog aku ade anjing. Nak kena samak/sertu ker..?

Isu pegang anjing ni antara isu yang terhangat di blog2 dan disebarkan dengan meluas dekat laman2 sosial terutamanya facebook la kan. Biasanya melibatkan golongan artis yang beragama Islam.. Yang bukan artis pon ada jugak yang kena kalau ada gambar yang tersebar.

Aku tulis entri ni sebab sekarang ni tengah kecoh pasal sorang artis ni bergambar dengan anjing. Firstly, aku tak taw nape ade pihak yang tak bertanggungjawab dengan sewenang2nya menyebarkan gambar tu dan hal itu telah menimbulkan fitnah. Secondly, disebabkan cerita tu, golongan2 yang terasa hebat agamanya telah bercakap seolah2 ahli agama yang tahu segala-galanya dan tak kurang yang kononnya memberi nasihat tetapi guna kata2 yang kesat.

Aku bukan nak backup mereka yang terlibat memegang haiwan najis berat. Aku cuma harap meraka2 yang salah tafsir tahu apa yang dinamakan najis berat dan tidak sewenang2nya meletakkan hukum.

Jom tengok komen2 di bawah:



Ok.. Cukup dua ni jer. Rasanya adakah ini cara menasihati orang?

Pegang anjing ataupun khinzir tu tak haram pun. Yang haram tu adalah memakannya. Kalau tak, nape tolong anjing pon boleh masuk syurga?
Nak banding dengan pegang arak.. Pegang arak tu dosa. Tolong bawak pon dosa.
Pegang tangan bukan mahram... lagi la berdosa. Kepala kena tusuk besi lagi baek tau.. Bley bayang kepala kena tusuk besi?

T_T

Aku rasa benda ni tak perlu jadi isu besar pun. Lebih baik utamakan isu aurat, sebab menutup aurat tu wajib. Atau isu pergaulan bebas, yang menyebabkan berlakunya zina.

Apa kata ustaz? Tengok video di bawah...







p/s: Kalo da xde sebab musabab nak pegang sangat tu kenapa? Ce pegang katak ke, ular ke takde orang nak bising. Peace Yo..

Tragedi Maulidur Rasul




12 Rabiulawal 1433H

"صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم"
Ayuh kita berselawat kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


Di hari yang mulia ini, tanpa disangka2 satu tragedi berlaku. Semuanya berlaku terlalu pantas. 


Hari ni aku ada temujanji dengan member aku (bukan dating).  Dan beliau adalah seorang perempuan. Ikutkan aku nak soh ayah aku anta jer g bandar. Malas lak nak bawak moto panas2 dengan jalan yang berbelit2 tuh. Tapi parents aku nak g kenduri kawen tu pas zohor. Aku lak janji nak jumpe kawan kol 12 tengah hari. So, aku pon naek la moto.


Malas nak cite panjang... Aku sebenarnya da langgar kete. Seb baek aku langgar kete, bukan kete langgar aku. So, salah aku la kan. Alhamdulillah, panjang lagi umur aku. Cedera ringan jer. Sebab tu aku masih mampu menaip. Walaupun bahu aku ni ase saket gak. Mak aku kate kat selekoh tu penah ade orang mati eksiden. 

Aku tak nangis pon pas eksiden.. Tapi aku ase nak nanges setiap kali mak ayah cakap ngan aku.. 




nota kaki busuk: Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

Main Pondok-Pondok

Assalamualaikum dan salam Jumaat..

Cuti tinggal 2 minggu lebih lagi. Fius otak makin tak betol jadinye asek dok umah.. Kembali ke zaman kanak2 la plak.. Pondok takde, khemah pon boleh.


Camping tepi umah pon boleh.. Tak dalam utan, tepi utan pon boley. Tapi siap ade bantal, selimut.. Malamnye aku bawak laptop. Haha.. Tak survival langsung!


Semalam 10 Rabiulawal makanya bulan separa. Bintang2 tak nampak lak sebab bukan kamera canggih pon.
Konon nak bermalam dalam khemah. Tidur setengah jam jer.. Pastu kol 12 lebey terjaga masuk uma.. Sume pon da tido.. Bukan takut yer.. Cume.. Ahaha.. Takde pape..

Ari ni nak wat ape lak yer...?
Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]