Apesal lak tetibe aku cite pasal artis nih? Tak penah2 pon sebelom ni. Da la tak minat pon. Sore cam pompuan lak tuh. Maaf la fan Justin Bieber nih.
Ni sebabnye tadi dok layan2 facebook pastu ade la yang share video bertajuk "Penangkapan justin bieber.....". Nape pulak nak tangkap die ek? Dari sumber yang aku dapat ni kate mamat yang bernama Justin Bieber sebenarnya tak wujud kat atas dunia tapi sebaliknya seorang pakcik yang berusia 51 tahun, seorang pedophilia telah ditangkap polis kerana menyamar sebagai Justin Bieber.
Bintang pop remaja Justin Bieber ditangkap selepas penyelidikan polis membuktikan bahawa Justin Bieber bukanlah seorang remaja berusia 16 tahun, namun seorang pedofilia berusia 51 tahun yang menyamar. (Video penangkapan diatas)
Lelaki dengan nama asli Michael Cote tersebut menyamar sebagai idola remaja selama bertahun-tahun dengan menggunakan wig dan topeng getah.
Analisa dari FBI mendapati bahawa lirik lagu-lagu Justin Bieber mengandungi kata-kata yang bertujuan untuk memanipulasi fikiran gadis-gadis di bawah umur. Terbongkarnya identiti penyamaran Michael Cote sebagai Justin Bieber terungkap setelah topeng yang ia kenakan terlepas di tengah konsert.
Selebriti Kim Kardashian yang pernah digosipkan menjalin hubungan dengan Justin Bieber pengsan setelah mendengar khabar tersebut.
Sementara rapper remaja Jasmine Villegas yang pernah ada hubungan dengan Justin Bieber dilaporkan mengalami gangguan kejiwaan yang berkaitan dengan berita bahawa Justin Bieber adalah seorang lelaki berusia 51 tahun yang menyamar.
Aku tak pasti sama ada cite ni betul ke tak. Kalo betol la kan konfem fans die bley muntah darah. Yela.. Bajet dak mude last2 laki tua ganyut. Muahaha..
0 mikroorganisma:
Post a Comment