Aku Bukan Yang Terbaik


Aku Bukan Yang Terbaik
Karya: Syahir Harun

Aku bukan yang terbaik,
manusia yang dilahirkan ini,
mungkin membebankan mu,
mungkin menyusahkanmu,
namun hakikatnya aku cinta padamu.

Aku bukan yang terbaik,
membiarkan mu keseorangan,
tanpa belaian kasih dariku,
seakan-akan mengabaikan mu,
namun hakikatnya aku kasih padamu.

Aku bukan yang terbaik,
kekasaran tutur kata ku,
kelakuan ku,
mungkin tidak menyenangkan mu,
aku lemah, aku gagal, aku kalah,
pada godaan nafsu yang menghantuiku,
namun hakikatnya aku sayang padamu.

Aku insan biasa,
mencari kebenaran di dalam bayang-bayangku,
mencari petunjuk daripada Yang Maha Esa,
semoga kebenaran dan akhlak terpuji,
memusnahkan bayang-bayang keji ku,
memberi cahaya padaku bagi membimbingmu,
menjadi ketua mu,
menjadi pengawal mu,
untuk ke destinasi yang maha hebat,
bernama SYURGA.........

4/8/2010

2 mikroorganisma:

azieda razak said...

ni lagu ke??
cam sedap je...

Nieylicio Kerolicio said...

nope2.. ini puisi dear..

✿ Blog Archive ✿

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails

✿ Kelab Sk0deng ✿

Instagram