Bertudung | Menutup Aurat atau Trend?

Assalamualaikum bloggerz..

Kalau tengok tajuk entry ni, mestila ditujukan kepada rakan2 perempuan sekalian. Anda bertudung? Anda mesti ada jawapan untuk soalan di atas kan? Jom tengok mana satukah anda.


Boleh baca? Kalau boleh mmg hebat mata anda. Klik gambar untuk gambar besar punya. Huhu.. Ada tak cara anda berpakaian dalam gambar ni? Mesti ada juga sikit kan? Kalau semua yang di atas ni salah, macam mana pula yang betul?


Inilah pemakaian yang sebenar. Susahkah? Bukan hanya boleh memakai baju kurang, ataupun bertudung labuh, asalkan pakaian menepati syarat yang ditetapkan itu sudah cukup. 

Aurat wanita: seluruh badan kecuali telapak tangan dan muka.

Sekarang terdapat pelbagai jenis fesyen tudung. Shawl, syria, tudung arab, yang guna nama artis dan macam2 lagi. Sangat cantik dan berwarna-warni. Kemudian semakin ramai orang memakai tudung. Adakah kerana trend atau menutup aurat? Tahukah anda sebenarnya memakai tudung tetapi tidak menutup aurat itu sama taraf dengan yang tidak memakai tudung? Memakai tudung dan menutup aurat itu sesuatu yang berbeza. Jom nilai sendiri gambar2 seterusnya.



 Ada masalah dengan gambar ni? Ada dua kesalahan.
1) Nampak rambut
2)Baju lengan pendek
3)Baju singkat

Motif? Entahlah..

Rasanya trend skang macam ni la.
Legging: ketat dan menampakkan bentuk kaki.
Hukumnya? Kat sekolah rendah pon ada belajar.
Aduss.. Memang parah.. Sleeveless pun ada jugak? Haih..


Artis sekarang pun banyak merosakkan imej wanita bertudung dan mengubah persepsi masyarakat masa kini tentang tudung. Ada yang dah bertudung tapi pemakaian masih seksi, bila bagi kenyataan pada media kata Allah da buka hati untuk bertudung. Then ada jugak yang bila diajukan soalan bila nak bertudung, katanya masih muda nanti terbuka hati baru bertudung. Hidup mati bukan kita tentukan. Masih muda tak bermakna tak kan mati lagi. Ajal maut di Allah tentukan. Haih.. Tak paham betul. Layann..




Yang ni pulak paling merosakkan.

Mengapa wanita marah apabila lelaki melihat tubuhnya sedangkan mereka yang mepamerkannya? Ketahuilah bahawa lelaki dikurniakan hanya satu nafsu sahaja. Lindungilah diri dari mata2 yang liar dengan menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah kita akn dilindungi daripada segala kejahatan.

Renung-renungkan dan selamat beramal. ^__^







1 mikroorganisma:

Fifiey Azmi said...

salam :)
nice entry ..
I LIKE IT !!

✿ Blog Archive ✿

Powered by Blogger.

✿ Mutiara Kata ✿

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4:100]